Wednesday, June 30, 2004

A Good Laugh

I went out to see the Dodgeball movie today. The movie is quite hilarious. I laughed incessantly when I watched stupid act by Ben Stiller and Vince Vaughn. Oh man, who would have thought that an ordinary Joe like Peter LaFleur (Vince Vaughn) would win the Dodgeball International Tournament against his nemesis, White Goodman (Ben Stiller), the owner of Globo Gym. The humor is good. The acting isn't that bad. But most importantly, it made me laughing like hell. I just wish I could share the laughter with someone else, watching cinema with someone instead of myself alone. :(.

Nevertheless, it's a good movie. I recommend this movie to anyone out there who loves to have one big smile when he/she walks out from the cinema. I definitely feel relieved after watching it.

So people, remember what coach O'Houlihan said, "If you can dodge traffic, you can dodge a ball".

Tuesday, June 29, 2004

Satu Lintasan

" mungkin kebetulan kita ditemukan
untuk bermesra seketika
untuk duduk-duduk bercerita cuma.
mencipta kenangan untuk dilupa
meninggalkan sesuatu untuk
diceritakan di kemudian hari..."


Satu bait-bait kata yang punya makna. Dijumpai tidak lama dulu dan disimpan untuk digunakan di hari muka. Akhirnya, di sini juga ia diletakkan, disampaikan untuk menyampaikan satu makna. Moga ianya dimengertikan oleh dia dan dia sahaja.
Another Amazement in Science & Technology

Guys, read this. This is something you need to check it out, especially those who are pregnant right now!

Scans uncover secrets of the womb
excerpt from BBC News
http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/3846525.stm



A new type of ultrasound scan has produced the vivid pictures of a 12 week-old foetus "walking" in the womb. The new images also show foetuses apparently yawning and rubbing its eyes. The scans, pioneered by Professor Stuart Campbell at London's Create Health Clinic, are much more detailed than conventional ultrasound.





Professor Campbell has previously released images of unborn babies appearing to smile.

He has compiled a book of the images called Watch Me Grow.





Conventional ultrasound, usually offered to mothers at 12 and 20 weeks, produces 2D images of the developing foetus. These are very useful for helping doctors to measure and assess the growth of the foetus, but convey very little information about behaviour.



Complex behaviour

Professor Campbell has perfected a technique which not only produces detailed 3D images, but records foetal movement in real time. He says his work has been able to show for the first time that the unborn baby engages in complex behaviour from an early stage of its development.

Professor Campbell told the BBC: "This is a new science for understanding and mapping out the behaviour of the baby.





"Maybe in the future it will help us understand and diagnose genetic disease, maybe even conditions like cerebral palsy which puzzles the medical profession as to why it occurs."



The images have shown:
From 12 weeks, unborn babies can stretch, kick and leap around the womb - well before the mother can feel movement
From 18 weeks, they can open their eyes although most doctors thought eyelids were fused until 26 weeks
From 26 weeks, they appear to exhibit a whole range of typical baby behaviour and moods, including scratching, smiling, crying, hiccoughing, and sucking.

Until recently it was thought that smiling did not start until six weeks after birth. An hour long session using the new technology, which is not yet available on the NHS, costs £275.

Monday, June 28, 2004

Cuba Resipi Mummy



Saja-saja ajer nak try masak resipi lauk daging yang mummy bagitau over the phone hari tu. Hmm..mungkin la tak sejadik yang macam mummy punya but at least, rupa tu ada la sikit-sikit. Buat lauk daging yang berkuah..masam-masam sket and pedas! Lama aku tak makan daging, asyik tibai lauk ayam ajer. Lama-lama muka aku pun jadik cam ayam jugak!

Sunday, June 27, 2004

Terbaca Kisah Lama

Aku saja belek-belek balik diari lama...tengok-tengok terjumpa catatan ni. Hmmm...asalnya aku tak ingat macam-mana aku boleh tulis catatan ni...catatan aku marahkan kat papa. Hmmm..hubungan anak dengan bapak, takkan selamanya tenang. Sekali sekala terkocak jua.

Monday, July 14, 2003

perjalanan ke syurga

berulang suara bercerita kembali
pada kisah semalam
yang datang dan pergi
usia kita, perjalanan dunia
pencarian ke syurga
menanti merasa kehidupan
masih adakah kecintaan
masih adakah kerinduan
yang belum engkau lepas
dari kurungan
masih adakah kemarahan
masih adakah kebencian
yang tetap engkau
simpan di perasaan
segala mungkin adalah kemungkinan
perancangan semalam
menanti merasa kebenaran

Hati aku sebenarnya rasa sebal and marah. Marah sebab ayah aku panggil kawan-kawan perempuan aku jalang. Patut ke? Just sebab aku balik dari sembang dengan diorang jam 1.30 pagi? Panggil diorang betina sebab diorang keluar malam? Patut kah?

Okay, let me see. Aku tak pernah jumpa kawan baik aku dari sekolah rendah sejak dua tahun lepas. Dalam masa dua tahun, banyak menda yang jadi dalam hidup aku. Banyak gambar yang nak diterangkan, banyak peristiwa yang nak dikisahkan. Diorang datang amik aku jam 10 malam. Carik tempat and park kereta, paling cibai pun kitorang start sembang jam 11 malam. 2 jam setengah kitorang melepak sambil sembang pasal life masing-masing, pasal kawan-kawan and pasal future vision. Cukup ke 2 jam setengah tu? Apsal tak boleh ke kami just sembang kat situ, daripada pergi Nuovo, Bistro, Modesto? Apa salah diorang sampai ayah aku panggil diorang jalang, betina? What the fuck man!!!!

Lepas tu, tak cukup dengan tu ayah aku sindir aku. Cakap ini bukan US. Okay ni bukan US, so? Still agama tak salahkan perempuan keluar malam dalam beradab. Bapak aku kata aku tak beradab pulak, ikut hati nak ajer aku menjawab. Tapi sebab aku ada adab lagi ler aku tak menjawab. Hormat kat ayah walau pun hati aku tak setuju gila babi apa yang dia kata. Tambah-tambah lagi bila mengata kawan-kawan aku jalang and betina.

Ni yang makin buat aku tak sabar nak berambus keluar dari rumah ni. Hidup penuh terkongkong. Dahsyatnya!
Semalam Yang Serabut




Friday, June 25, 2004

Panggilan Rindu

Kenapa
Mataku tak terpejam
Walau pun malam telah berakhir
Menunggu panggilan rindumu
Merdu suaramu menikam kalbu

Sampai bila aku harus menanti
Dalam rindu yang dalam
Tak bertepi

Adakah titik cahaya di hati
Menerangi jalan hidupku nanti

Waktu pun telah berlalu
Aku tiba ke penghujung hidupku
Namun duka yang ku tanggung ini
Masih juga ia di situ


Aku suka dengar lagu ni sebab Aishah yang nyanyikan lagu ni. Suara dia memang kena dengan lagu ni, lenggok dia pun memang best betul kalau dia nyanyi lagu ni. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila aku nyanyi lagu ni, aku tahu memang gerenti tak sedap. Bukan sedap untuk orang lain dengar, tapi syiok sendiri dengar! Hehehehe..

Penyanyi Aishah sebenarnya sepupu pada mama. Aku tak tahu pasal tu sampai Tok Mak bagitau aku. Satu hari aku duduk melepak kat rumah Tok Mak sambil melayan Kakak. Apa saja yang dibuat oleh Alis aka Kakak tu..aku layan ajer ler. Sambil tu aku sembang-sembang dengan Tok Mak, baru aku tahu rupanya Aishah tu ada kait-mengait dengan family mama. In fact, Aishah tu duduk sebelah rumah Tok Mak ajer. Aikk, pelik??!! Padan ler tak pernah nampak jiran Tok Mak keluar...asyik kosong ajer. Celebrity rupanya! Padanlah juga mama pernah bagitau aku, dia bawa Aishah tu ke Alam Shah untuk practise konsert Diraja Sultan Selangor, waktu tu concert band Alam Shah jadi accompanying orchestra untuk malam tu. Tapi yang paling best tu sebenarnya waktu tu, mama nak kata, mama rindu kat aku lepas setahun aku tinggalkan Malaysia. Hehehehe..itu sekali ajer yang aku pernah dengar dari mama, "Everytime I see the band, I will instantly remember you". Cukuplah sekali tu apa yang dia cakap, aku ingat sampai mati yang mama aku rindukan aku.

Dah dua tiga malam aku mimpi yang aneh-aneh. First sekali, aku mimpikan kereta Proton Saga. Tapi kali ni bahagian depan kereta tu lain sikit. Macam ada rupa Datsun lama sikit. Aku tak puas hati. Aku pergi ke belakang kereta untuk check, betul ke ni kereta Proton Saga. Ya, memang betul. Proton. Bengong!

Mimpi kedua aku..ermm..tak ingat. Tapi aneh juga!

Mimpi ketiga, aku balik kampung dengan somebody. Balik kampung ke Kelantan sana. Kesian dia, kepenatan agaknya lepas lama sangat dalam kereta. Sampai ajer dia kat rumah Bak, aku dukung dia and baringkan kat katil dalam bilik kat sebelah dapur. Bilik tu bilik kosong sebenarnyar, bilik milik Ayah Su waktu dia bujang-bujang dulu. Sekarang ni bilik tu dah jadi bilik tetamu. Aku teringat juga aku ada nampak papa dalam mimpi aku tu.

Aku suka tengok dia lena tidur. Nampak tenang. Dia baring mengiring. Ada perasaan semacam sayu bila tengok dia macam tu. Tapi sayu yang bercampur suka dan aku pun tersenyum.

Lepas tu aku pun terjaga dari tidur. Damn it!! Damn it!! Apsal la aku terjaga bila aku tengah mimpi best aaaa? Siot betul...sedar-sedar dah masuk subuh. Haiyohhh!

Orang kata kalau terbawak-bawak sampai dalam mimpi, tandanya kita tengah rindukan sangat orang-orang tu ek? Erkk..aku rindukan Proton Saga? Proton Saga berhybridkan Datsun lama yang macam mama bawak dulu ke? Aku rindukan papa ke? Aku rindukan dia ke? Hmmm...entah. Pakcik pun tak tau, nak oiii!!!

Mimpi

Bila cakap pasal mimpi...aku ada 3 mimpi yang aku takkan lupa sampai mati. Pertama bila aku baru-baru masuk silat dan baru ajer lepas menjalani upacara perlimau tapak, mandi penerimaan ahli. Malam tu aku mimpikan ada orang bersilat depan aku. Sepasang pesilat dengan seorang yang berdiri di depan diorang. Pasangan silat tu tengah bersilat dan yang lagi seorang tu nampak macam jurulatihnya. Diorang buat satu-satu buah depan aku, cuma aku tak tahu diorang buat buah silat apa. Aku cuma pandang ajer. Mistik? Ajaib? Entah, mungkin mainan tidur.

Mimpi kedua ialah mimpi bulan dan matahari. Aku mimpi aku terawang-awang di angkasa. Aku nampak bulan dan matahari ada dekat sangat depan aku cuma aku tak terasa bahang matahari. Kemudian aku nampak figure orang tua bertongkat. Orang tua tu kemudian dia sembamkan muka dia ke permukaan bulan dan bulan pun berkecai depan aku, tinggal matahari ajer. Apa yang jadi kemudian tu, aku pun tak tahu. Again, apa maksudnya? Aku pun tak tahu.

Mimpi ketiga, aku mimpikan Asiah berlalu pergi dari aku. Waktu tu aku hari-hari solat istikharah minta diberikan aku petunjuk. Sampai satu hari aku mimpi berjumpa Asiah. Segala-galanya putih sebab waktu tu kami di Bangunan ADP yang baru (now dah jadi bangunan Business kat kampus 17 tu). Aku nampak Asiah pakai baju kurung yang aku suka tengok dia pakai tu. Tudung kaler cokelat kot. Aku sembang-sembang dengan dia dan kemudiannya dia berlalu pergi dari aku. Dia berjalan meninggalkan aku. Aku buat tak tahu ajer and aku pandang ajer dia berjalan tinggalkan aku. Lepas tu aku pun sedar dari mimpi aku.

Mimpi tu aku tahu apa maksudnya. Maksudnya aku boleh lupakan dia sebab dia memang bukan untuk aku. Macam mana aku tahu? Aku tahu sebab the very next day tu aku nampak dia dan Lan dating sama-sama kat depan blok asrama siswi. Hehehehee..semua orang kat PPP tu tahu, sapa-sapa dating kat depan longkang area asrama siswi tu, maknanya diorang ni couple ler. Hehehehe..akhirnya doa aku terjawap.

Hmmm..tidur aku penuh dengan mimpi yang aneh-aneh. Tapi mimpi-mimpi tadi tu takleh lawan mimpi yang satu ni lah - mimpi aku lawan Darth Vader dalam jamban rumah aku. Itu serius shit aku takleh lupa gak..camner ntah Darth Vader leh masuk dalam mimpi aku. Maybe aku ni the last Jedi Knight kot, sapa tau, ye dak?

A Conversation to Remember



Chot: anta balik m'sia bila?
aku: aisey..soalan berat nak jawap ni..hujung tahun ni insya allah ana balik lah
aku: susah sangat buat Ch E ni laa
Chot: ye ke? balik aa cepat sheikh.. hehehe.. leh keluar minum sekali
Chot: tapii
aku: itu la...teringin gak..lame tak jumpa antum semua ni
Chot: actually, duk US lagi best, ye dak!


Hmmmpp...that was the last time I had a conversation with him in March this year.

He is a good friend of mine. A cool guy to hang out with. A great host (I usually stay at his house if I come over to Troy) but a lazy cook. Unfortunately. Heheheheh.

I missed to send him at the airport as the distance between Albany, NY and State College, PA is 600 miles apart, mind you! But I did go to New York just to attend his supposed-to-be commencement day or graduation day as other people might call it. It's just that he wasn't there to attend his own graduation - hiding somewhere in Ithaca for tamrin!

Nevertheless, it was fun to be with him. I recall there was this incident where me, Chot, Erhan and Lan went to a creek near Andirondack Mountains. The creek is hailed as the Grand Canyon of the East - the real motivation for us to go there. Anyhow, after we had a long walk down the creek and a short trip of water rafting, Erhan recklessly lost his rental car key. Oh shit, how are we supposed to get home?

We looked over the trail which we passed before but the laborious search was to no avail. We then cynically teased Erhan for losing the car key although everybody was quite worried about how to get home from there. It took about 2.5 hours of driving from that place to Troy and trust me, this place is one remote place! So, we decided to call Zaid in Troy and asked him to get a replacement key from the rental car office tomorrow morning. Lan needed to go home with his car (he brought a few other passengers as well) and me, Erhan and Chot decided we should stay there. Just to take care of the car.

Hehehehe..with only three of us left there and a motel to stay over...it was one hell of fun. Erhan kept blaming himself for being such a monkey during the walk through the creek (possibly he dropped the key while doing that) while me and Chot were busy taking our picture. Chot kept making joke about the whole incident. Clam chowder and a loaf of bread were our only dinner that night. The very next day we walked about a mile from the motel just to find food and a public phone. Thank God Zaid managed to get the key and drove to the place to send the key. We finally reached Troy by late afternoon. All thanks to our 'ever hyped' Erhan...hehehehe..poor that fella! Next time I need to remind him to zip his pocket if he's trying to do any monkeying business.

Ahhh...I surely miss that kind of moment. And I surely miss my friend, Israr Syahrir Sha'ari aka Chot.
Terkenang Sekejap...

Aku : Errmm..Datin Seri, boleh tak kalau saya cuma panggil Datin Seri ni, makcik ajer?
Makcik Wan : Oh, tak ape. Panggil ajer.
Aku : Sebabnya saya tak biasalah panggil Datin Seri ni. Boleh kan Makcik?

The very next day I received an email from her. She wrote a quote, "A rose is a rose,whatever name you call it". Ahhh...very humble statement as I recalled it. It has been almost a year since the last time I talked to her over the phone. Last time I called her just to wish a happy birthday to her husband and I had a short conversation with her. I was very delighted when she told me that she still remember me as F*rid from US. And of course I could not forget her for thinking that she were the maid of the house during our first time conversation a few years ago. Hehehehe...I am very much like to wish her, may she overcome all the adversity with strong heart and faith in God. My prayer is always be with you and your family.

And who is she?

She is Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Thursday, June 24, 2004

IBM 'helped in Nazi mass-murder'
http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/3832141.stm

Machines built by computer giant IBM helped the Nazi regime commit mass murder more efficiently, Gypsy groups have alleged.

A Swiss court has cleared the way for a lawsuit against the firm, asking for compensation for its wartime role.

IBM had an office in Geneva during the war, which the lawsuit alleges was used for trading with the Nazis.

The firm insists that it had no role in the Holocaust, and that its German unit was taken over before the war.

This was how IBM punch-card machines came to be used by the Holocaust bureaucracy, the company says.

Call for compensation

The case is one of many lawsuits launched by groups representing Jewish, Gypsy and other victims of the Holocaust.

Most actions so far have been based in the US, and have targeted German companies such as DaimlerChrysler, Volkswagen and Siemens, which can be shown to have profited from Nazi-era slave labour.

Some German companies have contributed to funds created to compensate victims and their families.

The IBM case could be more difficult, since the plaintiffs will have to demonstrate some knowledge on the part of the US firm that its machines were being put to immoral use.

IBM has, however, already paid into a German Government-led Holocaust fund.

A US lawsuit against the company was dropped in 2001.

******************************************************

I am telling you...this whole thing about Holocaust is one big bullshit! I mean, seriously bullshit!! Okay, 6 million people were dead, but it was 60 years ago for crying out loud!!!

(Sian IBM sbb kena deal ngan this allegation, dah ler lame giler accusation. Aku nak samanlah kerajaan Jepun sebab dulu diorang landing kat padang sawah padi atuk aku dulu time WWII, abih rosak padi takleh makan. Atuk aku dapat makan ubi kayu jekk time tu, mujur tak mati. Kalau mati, maybe aku tak ada hari ni. Aci tak?)

What about the muslims killed in Sarajevo? And in Ambon? And in Afghanistan during Soviet invasion, and of course during the US led invasion? And muslim babies death in Iraq for the past 10 years?

The death of 6 million jews, gypsy and a few other minorities is somewhat questionable nowadays. Who can tell me exactly, where the fuck they got that number, given a meagre scale of efficiency in recording birth & death certificates during that time? Plus the huge exodus of Europeans including the Jews from Europe continent to America after the Great Slump in 1930s. And please tell me for sure, how many jews were in Europe left back then? Let's compare the number please.

And yeah, it was during the war!! People died in war, so what??! One man's death is a casualty and 100 men's deaths are merely statistic. And 6 million death? 60 years ago?Hey, don't make such a big fuss over it, get over with it and move on laa dude! Huh...

Wednesday, June 23, 2004

Baby Kawan-kawan



Firzanah Amni nama anak sulung Puan Nurul Aida kita. Puan Aida ni, kembar pada kakaknya Puan Nurul Aini yang baru bersalin baru-baru ni dan mendapatkan anak perempuan sulungnya yang diberi nama Auni Syifa'. Puan Nurul Aida dan Puan Nurul Aini telah lama menjadi kawan saya sejak kami tamat peperiksaan SPM kira-kira 5 tahun dulu.

Well, secara kasarnya pysche Puan Aida ni boleh dikatakan lebih kurang dan pukul rata saja dengan psyche saya. Itu menurut kata Puan Caza, eh silap, Cik Caza. Tapi Puan Aida selalu juga selisih faham dengan saya sampaikan dia merajuk tak mahu datang blog saya lagi dah, apa nak buat, nama pun psyche dah sama. Takleh seia sekata. Tak apa, yang penting saya tetap datang ke blog dia untuk tahu perkembangan perangai 'anak saudara' saya si Amni tu.

Perkenalan saya dengan Puan Aida amatlah unik kerana kami berkenalan menerusi internet kira-kira 5 tahun dulu juga. Kami tak pernah berjumpa selama hampir 5 tahun. Yang menjadi jambatan komunikasi ialah surat, birthday card, hari raya card, wedding invitation card, phone calls and instant messenger. Dulu bermula dengan ICQ, lepas tu sambung di AOL IM, kemudian sekarang ni di Yahoo! Messenger, masih lagi berhubung cuma kadang-kadang tak berhubung. Macam mana tu?



Dari zaman Puan Aida dan Puan Aini bujang, bertukar-tukar pakwe (applies only to Puan Aida), bertunang dan berkahwin, saya masih lagi tak berpeluang berjumpa dengan mereka berdua. Asalkan saya pulang ke M'sia, ada saja aktiviti yang saya lakukan, samada memancing barracuda di Sungai Kelang, atau pun menziarahi unta di Sintok, Kedah atau pun mengendap pasangan salah laku di taman KLCC, itu semua menghalang saya daripada bertemu dengan mereka. Sampaikan Puan Aini seronok pulak bersembang dengan papa saya sambil bertanyakan ke mana saya pergi bertapa, samada di Gunung Jati atau pun di Bukit Belacan.

Namun yang demikian, pada tahun lepas saya berpeluang berjumpa dengan Puan Aida dan suaminya, Encik Mufis bersama-sama Puan Aini dan Encik Yusuf di sebuah restoran di Ampang Park. Memanglah penat ketika itu kerana saya berkejaran dari somewhere dan terus buat appointment dengan pasangan Aida dan Aini. Setelah bertahun-tahun berkenalan, berkongsi cerita pengalaman hidup, berkongsi rasa susah senang di internet, akhirnya bertemu juga kami di restoran di Ampang Park. Buat pertama kalinya saya berjumpa dengan Puan Aida dan Puan Aini tapi ternyata kemesraan seperti telah berkawan bertahun-tahun lamanya (cuma tak pernah berjumpa). Suami-suami mereka iaitu Encik Mufis dan Encik Yusuf juga begitu sporting sekali. Kami menghabiskan masa dan makanan di situ dengan bergossip sana-sini, mengumpat sana-sini dan membelek-belek album gambar saya yang saya bawakan khas untuk tatapan mereka semua.

Insya Allah bila saya dah bekerja nanti dan mempunyai pendapatan yang tetap dan tidak perlu bekerja di loji minyak PETRONAS di Miri, Bintulu atau pun Labuan, atau pun di lokasi Kerteh, Gurun mahu pun Melaka dan Segamat, saya akan membelanja mereka semua makan di restoran kegemaran saya, iaitu Restoran Patani di Ampang. Sekian, terima kasih.



Yang ni pulak baby kepada Puan Norhayati Abdullah, seorang teman yang saya kenali sewaktu berhingus di sekolah menengah dulu. Panjang ceritanya kalau nak dikisahkan di sini, kelak sampai tiga empat purnama, takkan habis panjang ceriteranya. Jadi nak dipendekkan ceritanya, saya dulu tak kenal pun Puan Yatie ni. Tak rapat pun, cuma mendengar berita dan cerita dan gossip dari kawan-kawan sekolah dulu.

Pertama kali saya berjumpa dengan Puan Yatie ni ialah ketika di dewan besar SAS, sewaktu dia baru saja selesai memberikan pidato dalam pusingan kelayakan Pidato Piala Diraja peringkat Kuala Lumpur. Tapi masa tu saya amatlah segan, dan saya hanya menemankan orang yang rindu dendam 7 8 keturunan dengan Puan Yatie. Saya cuma tersengih busuk seperti kerang yang tunggu dibakar di warung makan Seksyen 18, Shah Alam.

Kebetulan pulak Puan Yatie ni kawan baik kepada tunang kepada kawan baik saya di SAS dulu, jadi secara tak langsung kami banyaklah juga berkomunikasi dan berbicara bersama, baik samada sewaktu dia bujang dan hinggalah waktu dia tak bujang dah. In fact Puan Yatie pernah berada di KLIA sewaktu saya mula-mula nak terbang ke US, tapi dia berada di sana bukanlah untuk menghantar saya, tapi menghantar kawannya dulu. Cisss..tapi tak apa. At least dia ada juga di airport. Malangnya saya telah dikantoikan oleh Puan Yatie apabila dia nampak saya melelehkan air mata di airport kerana terlalu sedih meninggalkan warung cendol di Coloseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Puan Yatie sekarang sedang berada di Cranfield, UK bersama-sama suaminya yang sedang menyiapkan PhD dan Puan Yatie sendiri seorang pemegang Sarjana dari universiti di sana. Dengar cerita Puan Yatie nak jadi tenaga pengajar di UTM bila pulang ke tanahair nanti ya? Mudah-mudahan Puan Yatie suami isteri dapat jadi tenaga pengajar yang baik pada generasi muda kita. Ameen.
Antara Cita-cita dan Harapan, Antara Angan-angan dan Kenyataan

Aku percaya ramai antara kita sekarang ni hidup dalam satu kenyataan yang sangat jauh berbeza dengan apa yang kita angan-angan kan. Dan kalau ya pun kita hidup dalam keadaan yang kita angan-angankan, itu sudah bukan lagi menjadi angan-angan kerana ianya sudah menjadi satu kenyataan. Begitu juga pada waktu-waktu dulu, sebelum kita masuk ke universiti atau pun sebelum melangkahkan kaki ke sekolah, kita sudah punya satu cita-cita yang kita mesti kejar walau pada harga yang sangat mahal. Soalnya sekarang, sudah tercapaikan cita-cita itu? Atau pun yang tinggal hanyalah harapan yang seringkali kita angan-angankan untuk menjadi satu kenyataan yang mengesahkan satu cita-cita?

Cita-cita, harapan, angan-angan dan kenyataan.

Yang mana satu wujud dahulu?



Dulu sebelum aku melangkahkan kaki ke luar sekolah, aku sudah ada pelan hidup dalam ruang masa 10 tahun. Bila aku buat pelan hidup 10 tahun aku tu, segalanya nampak jelas, segalanya nampak 'achievable, attainable and doable'. Imagine mindframe of a 17 year old teenager?

19 - 23 - obtain a degree in Chemical Engineering.
23 - 24 - secure a job. Save money as much as he can.
24 - 27 - develop a career. Improve himself in his career.
27 - get married.

So, yang kat atas tu semuanya cita-cita aku.

Tapi sekarang sadly to say, aku berumur hampir 24 tahun (ingat semua, birthday aku 31 Ogos, jangan lupa hantar hadiah, ok?), tapi still terhegeh-hegeh kat universiti untuk menghabiskan study aku. By right aku dah lag setahun dari pelan hidup aku. And of course, everything will be off by 1 year, provided all the things which I've planned is working well lah.

Kalau dulu aku nampak clear semuanya, sekarang ni dah macam ada sikit-sikit jerubu. Ada kabur-kabur sikit itu macam. Dah tak baper clear, kena pakai spek tebal lagi rasanya. So, dari cita-cita, turun sedikit pangkatnya - jadi harapan.

Aku sekarang ni cuma berharap untuk dapat buat apa yang aku dah cita-citakan sebelum ni. Instead of making the list to be as objective as it can be, I opt for making it an outline. Merely a guideline. Timeline di sini semacam dah sudah tak wujud. Jadi harapan ni adalah cita-cita yang tak ada tempoh masa. Flexible? Mungkin aku wajib wujudkan ruang flexibility in my plan of action.

Sekarang ni, lepas melalui bermacam-macam episod dalam kehidupan aku, jerubu yang dulu-dulu sikit sekarang ni dah kira macam jerubu tahap kebakaran hutan di Indonesia dah! Kalau dulu visibility at least boleh nampak laa lagi KLCC dari beranda rumah aku, now jangankan KLCC, nak nampak Menara MPAJ dari rumah aku pun ada slim chance ajer. Kiranya, jerubu makin teruk. And harapan tadi, dah almost menjadi satu angan-angan. So there I am, hit by the reality - kenyataan.

Tapi bila aku duduk-duduk balik lepas solat fardhu, lepas aku fikir-fikir balik semuanya. Sebenarnya tak ada jerubu, tak ada kabus, tak ada ribut monsun sebenarnya untuk ganggu gugat apa yang kita dah cadangkan pada diri sendiri. Pokok pangkalnya sekarang terletak pada kata diri kita dalam hati. Samada mahu atau tak. Samada ingin atau tak. Kalau nak usha awek, usha bebetul sampai dapat. Kalau nak makan tu, biar melantak bebetul sampai kenyang tergolek mati. Kalau nak mandi tu, biar sampai habis air satu kolam tadahan. Pendek kata, kena ada komitmen.



Sekarang ni aku kena betulkan semula komitmen aku. Betulkan niat aku balik. Start to look everything with a positive eye, instead of negativity which clouds my head now. I need to go off from this place one day, escape from every routine I do everyday. It's so tiresome. I need to go off to rejuvenate my inner core, recharge myself and change the engine oil within myself.

So, dua minggu lagi aku akan ke Laurel Park insya Allah untuk menenangkan diri, beruzlah dalam hutan dan berukhuwwah dengan brader-brader Indonesia & Malaysia - berhibur dan beribadah di hutan Laurel Park dalam program Summer Training Camp anjuran Indonesia Muslim Student Association & Malaysian Islamic Studies Group.

Klik sini untuk lihat aktiviti yang bakal disediakan

In the mean time, I will stop write until this Friday. Ada exam final paper EE 305 (Introduction to Electronic Devices) and exam paper Thermodynamic (serious shit kalau aku lepas paper ni, aku nak bakar semua notes Ch E 303 aku nih).

See y'all in a few days from now.

Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir, salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang kukenang...
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepadamu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya, hanya berserah pada Nya
Salam akhir, salam yang teristimewa
Bersamanya kumemohon keampunan
Melaluinya kuberi kemaafan kepada mu.
Andainya aku punya waktu
Masih kuingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu, sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan.
One Lunch Conversation

Aku : Weh, ko suka ek minah tu?
Mr. X : Mana kau tau ni? Kechik bagitau ek?
Aku : Ha ah..kekekeke..siot la ko!
Mr. X : Uishh..lawa giler minah tu! Kau kenal dia ke? Camner ko kenal dia?
Aku : Hmm..kenal. Dia budak Connecticut kan? Ade ler aku jumpa dia time meeting MSA (Muslim Student Association).
Mr. X : Oo..eh, ko tau tak dia tu Presiden Pakistani Student Associaton?
Aku : Erm, tak tahu pulak! Bukan ke dia satu batch ngan ko? Eh tak, satu batch ngan Didie kan?
Mr. X : Ha ah..tapi aku rasa dia muda lagik aa dari kitorang. Eh, ko sungguh ke kenal dia? Haa..sat gi dia mai lalu sini, kau panggil aa dia. Introduce dia kat aku weh!
AKu : Kalau kau suka, naper ko tak approach ajer dia? Cakap kat dia, kau nak kenal dia! Habis cerita.
Mr. X : Giler ko! Mana buley macam tu, itu desperate namanya tu! Tak boleh, tak boleh!
Aku : Dohhhh..itu ler namenyer gentle beb. Bukan pompuan suka ke lelaki yang confident? Confident aa macho sket..
Mr. X : Itu bukan macho..itu bodoh namanya. Desperate! Takper, sem depan aku mesti kenal dia jugak!
Aku : Laa..apsal tak sem ni dude? Selambe aaa..desperate kejadahnya??!
Mr. X : Sem ni aku nyer connection takde. Sem depan gerenti ade!!
Aku : Hahahahahaa..apa jadah sial nak kena ada connection pulak. Kau nak kenal, ko kenal ajer la, nak tunggu ade connection amendanya. Haa, pi la..dia dah ada kat situ!
Mr. X : Mana buleyyy..kena menipu sikit!! Takper menipu, asal jangan jadi hipokrit! Ishhh, hidup ni tak boleh hidup kalau tak menipu. Takleh hidup beb!!
Aku : Ooohhh, macam tu ek?

I thought I was the only bastard liar here, but apparently I have another follower. Or is the whole world populated with a lot of bastards just like me?

Tuesday, June 22, 2004

Teman Jadi Bekalan Sepanjang Zaman



Siapa sangka siapa menduga, bak kata Liza Hanim, bila setelah berbelas tahun terpisah disebabkan perpindahan aku dari Kampung Klang Gate ke Ampang berjaya semula bertemu dengan kawan-kawan lama. Aku berpindah dari Kampung Klang Gate masa aku umur 11 tahun. Terpaksa meninggalkan semua rakan yang rapat dengan aku sejak dari tadika untuk berjumpa dengan kawan-kawan baru di Ampang. Pernah jugak aku merungut pada papa yang aku tak suka tinggalkan Klang Gate sebab aku lost contact dengan hampir semua kawan baik aku kat sana. Tapi lepas papa cakap, kalau tak kerana aku masuk ke Sekolah Kebangsaan Taman Tasik ni, tak mungkin aku akan dapat offer ke SAS lepas keputusan UPSR diumumkan. Hmm..betul gak kata dia, bila satu pintu tertutup, tuhan akan buka pintu peluang yang lain pulak untuk kita.

Baru-baru ni kebetulan abang si Irma Damayanti baru mendirikan rumahtangga, so ada ler kenduri kawen kat rumah si Maya ni. Sakan la dia menjemput kenkawan lama ke rumah dia, bukan untuk meriahkan kenduri kawen abang dia, tapi untuk memeriahkan diri sendiri pulak. Hehehehe..dapat la berjumpa dengan kawan-kawan semua walau pun tak ramai. Aku walaupun tak dapat menghadirkan diri tapi alhamdulillah dapat tengok gambar kawan-kawan semula. Seronok rasa kat hati dapat tengok balik muka kawan-kawan aku. Semuanya dah jadi orang yang lawa-lawa, hensem-hensem. Aduhai, bila lah aku nak berjumpa dengan diorang balik ni??

Okay, dalam gambar tu..yang tengah berdiri pakai t shirt kaler hitam tu, namanya Mawar Suria Ismail. Bapaknya kerja dengan askar pangkat pegawai tinggi. Si Mawar ni kawan aku yang paling lama berkawan, sejak dari zaman Tadika KEMAS sampailah sekarang. Nama glamer dia sekarang Warie. Aku kuat bertekak dengan dia, kadang-kadang tak tahu pun apa reason kami bergaduh tapi memang itulah hakikatnya - gaduh tetap gaduh, kawan tetap kawan. Now everytime aku keluar dari State College untuk berjalan ke, kalau aku nampak postcard yang cantik-cantik, aku akan belikan untuk dia sebab aku tahu dia suka kumpul postcard. Warie sekarang bekerja sebagai Software Engineer.

Dulu-dulu time kat sekolah menengah dulu (Warie masuk SSP, aku masuk SAS), ramai bebudak band sekolah aku menskandalkan aku dengan si Warie. Katanya aku balak si Warie (simpang malaikat 44!!). Cikgu Suhaimi pulak selamba cakap, "Alaa, dah satu tadika sama-sama, kemudian satu sekolah rendah, lepas tu berjumpa balik waktu sekolah menengah..nanti-nanti lepas ni berjumpa pulak kat rumah yang sama!". Serius shit aku blur, sapa buat skandal ni? Padahal aku gadoh sikit punya tak ingat dengan si Warie ni, boleh pulak diorang cakap aku ni couple dengan Warie time sekolah dulu. Aku pernah tanya Warie ni, belah mana yang dok sebar skandal ni dulu, belah Seri Puteri ke? Atau pun belah Alam Shah? Dia pun blur, sama jek blur ngan aku.



Sebelah Warie pulak ialah si Irma Damayanti. Aku sebenarnya memang sungguh la lampi untuk ingat muka dia tapi nama dia memang aku hafal sejak dari dulu sampai sekarang. Apa ek yang filem P Ramlee cakap, "Sungguh pun rupamu tidak ku kenal, akan tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku!!", haa..macam tu la kot. Cuma baru-baru ni bila Mastura ingatkan balik kat aku pasal Maya ni, baru lah aku dapat contact balik dia through Yahoo Messenger. Akhirnya aku dapat match balik nama dengan muka. Aku memang yakin giler si Maya ni sekelas dengan aku dari darjah 3 dan darjah 4 cuma aku kantoi tak ingat rupa dia camner.

Sebelah Maya pulak ialah si Mastura. Aku ingat rupa Mastura ni sebab nama dia femes jugak dalam kelas sebab dia selalu ponteng kelas. Hehehe..selalu bila check kedatangan, nama dia mesti ada kurengggg sikit! Rupa dia yang cerah-cerah and paling tinggi dalam kelas tu memang takkan dilupakan. Kami waktu tu kebanyakaannya gelap-gelap ajer, dia ajer la yang cerah daripada kami. Mastura ni rupa-rupanya anak tauke restoran kat Taman Melawati tu..baru aku tahu sehhh. Takpe, nanti aku balik M'sia, bolehlah aku gerak gempur restoran bapak dia!! :D

Sebelah Mastura namanya Norafizah, muka agak familiar tapi aku tak ingat langsung semenda pasal dia. Yang duduk pulak dari kiri is Khadijah. Khadijah sekarang dah jadi Network Engineer. Ya Allah muka dia memang familiar sangat cuma nama dia ajer aku kantoi sikit. Muka tak berubah dari kecik sampai ke besor, sama ajer dengan si Warie & Mastura. Sebelah Khadijah is Roszaliza, kawan aku yang paling kecoh dan happening + pening. Aku pernah jumpa sekali dengan Roszaliza waktu aku lepak dengan Fadzli Radzi, geng budak Klang Gate jugak lepas SPM dulu. Meriah giler mini gathering time tu Roszaliza memang ada talent untuk jadi hos talk show, wa cakap sama lu!

Hehehehe..yang ni special sikit. Sebelah si Roszaliza ialah Rozielawati. Musuh aku nombor satu masa darjah 1 dulu. Selalu gaduh time berbaris kat luar kelas. Rozielawati masa tu dia jadi Ketua Kelas. Mak aihhh, baru dapat tali leher merah and jadi Ketua Kelas dah kerek giler ngan kitorang. Aku ngan Heri apa lagik, hangin jekk satu badan. Selalu gadoh-gadoh lawan mulut ngan dia. Hehehe....satu kenangan pasal si Rozie yang aku takleh lupa ialah masa darjah 1 dulu. Rozie terkencing dalam kelas. Memang serius shit satu kelas kecoh giler. Dia nangis giler babeng laa. Aku senyum sendiri ajer bila ingat-ingat balik kisah dulu. Maya kata Rozie dah tunang dah and sekarang mengajar di UKM.

Sebelah Rozie is Norsasila. Aku tak baper ingat dia..tapi aku rasa dia la kot minah yang selalu kena ejek Sarsi kat dalam kelas dulu. Aku suspect cenggitu sebab nama dia la. And seingat aku, bebudak lelaki kat dalam kelas aku ni jenis setan-setan semua, nakal tak ingat! Asal ada modal nak buat ejekan, kutukan dan mainan, memang sah-sah dah kena dah nyer lah!



Haa..yang ni best sikit. Kawan aku si Fauzi ni. Fauzi ni waktu kat sekolah rendah dulu toksah kata la rupa nerd tahap Einstein. Spek dia yang plastik tebal tu siap kaler hitam lagi. Bila bercakap asyik dok tolak spek dia naik ke atas sebab menggelungsur ke bawah. Lepas aku pindah dari Klang Gate, aku berjumpa sekali lagi dengan dia masa aku Form 5 sebab aku baru tahu dia dengan Pyan dapat masuk Sekolah Menengah Sains Selangor which is next to my school and rugy rival forever for SAS. Fauzi & Pyan memang conquer result Mathematic Modern and Add Math kat sekolah dia la masa tu. Study dia memang otai habis. Bila berjumpa sekali lagi, memang aku terus dapat cam dia sebab rupa dia tak berubah langsung dari dulu sampai sekarang. Cumanya spek ajer bertukar, lebih hensem, lebih bergaya and lebih macho! Harap dapat jumpa dengan Fauzi sekali lagi, nak ingat balik kenangan jadi budak nakal di sekolah dulu.

Yang last sekali si Nasrul. Aku tak kenal Nasrul sebab dia masuk SKKG bila aku baru ajer keluar dari situ. So aku tak tahu pasal mamat ni melainkan kawan si Nasrul ni jadi pakwe si Maya. Dengarnya ada orang tu tengah tunggu seru (ehemm ehemm Cik Maya ye?), jangan lupa hantarkan kad jemputan pada kenkawan lama. :)

Sunday, June 20, 2004

Selamat Hari Bapa?



Ermm...hari bapak? hari walid? hari ayah dan abah? Kenapa kena sambut sekali setahun? Naper tak sambut hari-hari? Entah, ikut gaya mat salleh kot. Orang Melayu takde la pulak ada budaya sambut hari bapak setahun sekali ni. Muslim lebih-lebih lagi, sebab kita selebret hari ayah hari-hari dengan hormat kata ayah, akur dengan perintah ayah.

Okay ler, dah alang-alang hari ayah, aku sambut la jugak kan hari ayah tapi dengan cara aku sendiri.

Nama ayah aku Mohd Nor bin Mokhtar. Aku panggil ayah aku papa. Papa lahir tahun 1948, kira-kira 3 tahun selepas Perang Dunia ke 2 tamat secara rasminya. Aku memang tak hafal tarikh lahir papa sebab dalam family aku, kami memang tak pernah celebrate birthday sapa-sapa. Memang papa tak pernah cakap pun tarikh lahir dia sampai aku sendiri tanya dia. In fact, papa tak pernah bagitau apa apa pun pasal personal life dia pada kami melainkan bila kami tanya. Papa lahir dalam keluarga pesawah. Tok Mokhtar seorang pesawah, sama juga dengan atuk perempuan aku, fondly known as Mak Long Timah among relatives. Tok Mokhtar meninggal sekitar tahun 1982 - 1984 akibat disantau orang. Aku masih kecik lagi waktu tu, tak tahu semenda. Kata Ucu, papa banyak mewarisi raut wajah dan susuk tubuh Tok Mokhtar.

Papa pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato Manan di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Selepas tu papa dapat masuk ke sekolah pertukangan di Tanjung Karang. Ketika itu, hanya ada tiga buah sekolah pertukangan ajer di Malaya. Di sana papa belajar macam-macam, dari bertukang kayu sampai ke baiki enjin kereta dan bercucuk tanam. Kata papa, sekolah vokasional hari ini atau lebih dikenali dengan nama sekolah teknik bermula daripada penubuhan sekolah pertukangan dulu. Habis pendidikan papa di sekolah pertukangan, dia jadi buruh FAMA sekejap. Papa pernah cerita kat aku, waktu tengah rusuhan kaum tahun 1969, papa bekerja sebagai buruh dengan FAMA untuk kutip sayur-sayuran dari orang Cina di Sekinchan untuk dihantar sebagai bekalan makanan kepada orang-orang Melayu yang terkepung di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ketika itu hanya lori-lori FAMA saja yang dibenarkan masuk. Itu ajer la citer sikit yang aku dapat dari papa pasal riot 1969.

Kemudian papa masuk polis. Tak silap aku, papa join Pasukan Polis Hutan dulu sebab aku pernah nampak uniform PPH dalam almari lama kat rumah dulu. Lepas tu baru papa diserapkan ke dalam PDRM sebagai mata-mata. Papa ditempatkan di Balai Polis Kuala Krai, Kelantan dan di situ dia bertemu jodoh dengan mummy dalam tahun 1975 gitu. Kata papa, abang angkat dia yang juga seorang anggota polis yang tinggal di Kampung Gulang-gulang yang aturkan majlis walimah dia sebab keluarga papa jauh di Selangor sana. In fact, sampai sekarang pun kalau balik ke Kuala Krai untuk hari raya, papa mesti singgah ke rumah abang angkat dia and kenalkan kami semua. Aku memula ingatkan abang angkat dia tu salah seorang daripada saudara kami, tapi rupanya salah. Cuma abang angkat. Tapi papa sangat hormat pada abang angkat dia.

Selepas bertugas di Kuala Krai, papa diarahkan untuk berpindah ke Kota Bharu dan juga dinaikkan pangkat. Apa pangkatnya ketika tu, wallahu'alam. Aku memang tak tahu. Semasa di Kota Bharu lah papa dan mummy dianugerahkan dua orang lagi anak lelaki (along dilahirkan di Kuala Krai sebelum berpindah ke KB). Mummy dah start mengidam nak anak perempuan (sebab tu masa kecik-kecik dia pakaikan aku baju budak perempuan..tertekan sehhh aku!!!!).

Waktu papa muda-muda dulu, papa ada misai. Memang hensem habis la kalau tengok dalam gambar hitam putih dia. Memang nampak ciri lelaki sejati habis laa. Tapi sekarang ni, papa dah tak simpan misai dan janggut dia. Along pun ada ikut rupa papa waktu muda-muda dulu. Aku pulak ikut serabai papa waktu papa malas nak cukur misai dan janggut dia. Hehehehe..den kalo time maleh nak bercukur, memang rupa cam hantu sikit lah. Aini ngan Aida selalu sound suruh aku shave misai ngan janggut nih.

Papa ni memang tak banyak bercakap (tempias pada along). Tapi yang aku pelikkan, dia memang pandai bab-bab personal relation ni. Pandai masuk dengan crowd. Kalau kat rumah tu, dia banyak habiskan masa dengan baca surat khabar. Pagi baca suratkhabar, tengah malam sebelum tidur pun papa akan baca suratkhabar dari mukasurat ke mukasurat yang lain (tempias ke aku). Dulu waktu dia muda sket dari sekarang ni, papa suka tengok wrestling (tempias pada angah). Sekarang ni papa banyak habiskan masa dengan baca buku agama. Papa jugak seorang yang penyabar, jarang tinggikan suara and rajin buat kerja rumah (sekali lagi tempias kat angah). Lagi satu papa suka pada budak-budak kecik. Sebab tu rasanya mudah untuk mummy kerja jaga anak orang sebab papa dan mummy layan budak-budak yang mummy jaga macam anak sendiri. sayang sungguh papa pada budak-budak tu. Waktu ditatang, memang papa tatang sungguh. Tapi kalau waktu degil tak nak ikut cakap papa, memang kena marah sungguh. Setiap kali Abang Karim (bapak pada budak-budak yang mummy jaga) pening kepala nak layan karenah anak-anak dia, selalu la dia ugut nak panggil papa nak suruh marahkan budak-budak tu. Takut bebudak tu! Hehehehe..

Sekarang papa dah pun dinaikkan pangkat ke pangkat Sarjan Mejar, pangkat tertinggi yang dia boleh dapat berdasarkan taraf pendidikan dia. Sarjan Mejar juga dikirakan sebagai pangkat pegawai tertinggi dalam kategori pegawai rendah. Tangga gaji pun dah maksimum (apesal aku cerita pasal ni aa?). Sekarang pejabat papa di Ibupejabat PDRM Bukit Aman. Satu perangai papa yang aku sangat pelik - papa tak pernah pakai uniform polis di rumah. Papa pergi kerja pakai baju civilian dan tukar pakaian dia semasa di pejabat. Aku cuma pernah ternampak papa dalam uniform polis dia waktu dia datang melawat aku dengan kereta polisnya di PPP dulu sebab kebetulan dia ada mesyuarat pegawai-pegawai polis di Hotel INTEKMA, Shah Alam. Insya Allah papa akan pencen dari pekerjaan polisnya pada bulan 11 nanti.

Setahu aku, papa sangat minat memburu. Papa rajin pergi memburu di hutan dengan kawan-kawan memburu dia. Family aku kira dah biasa la makan daging ayam hutan, pelanduk, rusa dan kancil. Sedapnya memang toksah kata. Papa juga seorang penembak hebat. Dia selalu dapat pingat emas kalau ada acara menembak anjuran PDRM. For sure aku tak mo jadik penjahat berdepan dengan dia sebab sah-sah mati kena tembak tepat kat dahi nanti ngan dia.

Aku hormatkan papa bukan saja sebab dia ayah aku. Aku hormatkan dia sebab sikap dia yang bertanggungjawab pada family. Pada sikap dia yang gentleman pada mummy. Pada sikap dia yang penyabar dengan karenah anak-anak walau pun ada masa-masa dia hilang sabar. Pada rasa amik beratnya dia pada pendidikan anak-anak dia. Papa pernah cakap kat aku dulu-dulu, kalau dia tak cukup duit untuk sara pendidikan anak-anak dia, dia sanggup buat kerja part time untuk cukupkan keperluan pendidikan kami. Aku sekarang ni dah pandai la sikit-sikit man to man talk dengan papa. Dulu aku tak pandai sebab aku takut papa pikir macam-macam pasal aku. Cuma lately sejak aku berumur lebih 21 ni, baru aku pelan-pelan cuba man to man talk dengan dia. Walau pun papa taklah bersekolah tinggi macam ayah orang lain, tapi papa kaya dengan pengalaman hidup. Papa pun banyak rahsia hidup yang aku banyak tak tahu. Kadang-kadang bila aku dengar papa bercakap, gaya cakap macam orang masuk universiti. Hmmm..itulah hebatnya papa aku pada pandangan aku.

Hmmm...memang aku tak pernah cakap kat papa yang aku sayang dia gila babi. Biasa ler, konon nak jaga macho la kan. Anak jantan mana cakap emo-emo nih dengan bapak diorang. Cuba check sket, sesapa yang ada abang-abang atau pun adik lelaki. Tapi one day, aku nak cakap jugak pada dia yang aku sayangkan dia with my own words. Betapa aku sangat appreciate apa yang dia dah buat pada aku. Betapa aku terharu dengan pengorbanan dia tak kira siang malam kerja kuat nak sara keluarga. Betapa dia sangat-sangat bersabar dengan karenah mummy yang aku rasakan kadang-kadang terfikir, kenapalah papa kahwin dengan mummy ni?

"Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon Kau ampunkan dosa ayah dan ibuku. Aku mohon Kau sejahterakan kehidupan mereka. Ya Allah ya Rabbul Izzati, aku mohon Kau pulihkan kesihatan kedua orang tuaku. Seandainya mereka pergi terlebih dulu dari aku, aku mohon Kau tempatkan mereka berdua di jannah Mu kerana di situlah selayaknya mereka berada, ameen ya rabbi".

HAPPY FATHER'S DAY TO ALL THE FATHERS AROUND THE GLOBE.
I'm One Bastard Liar

Uhmm..let me see, who the hell on earth has never been lying to anyone (okay dude, exclude all the religious men and women here, let's focus on less mortals like me and you!). There is a saying which says, "Once you lie, you will never stop lying" - which is very much true. Very much true. It doesn't matter for what reason you lie, you're still one bastard liar. It won't make a difference to anyone of your victims. In this matter, I am honestly and sincerely admit that I am one good liar. Okay, so I'm a liar, so what?

I don't know. I guess the pain of accepting of who I am makes me a liar.

Dah lama dah sebenarnya aku buat kerja ni. Aku rasa, ade ler dah dekat nak bertahun-tahun yang aku sendiri tak ingat nak kira sejak dari darjah berapa. Apesal aa aku menipu sebenarnya ni? Entah, serius shit aku tak tahu. Hmm..contradicting myself from my earlier statement. Alah, sapa kisah pun kalau Mohd F**id Mohd N*r menipu? I'm nobody in anybody's life except for my parents. And yet, again and again, the people that I lied the most are my parents. Irony is it?



Aku menipu ayah aku bila aku kata kat dia, aku kena gi Johor Bahru in 1997 sebab cikgu paksa aku jadi conductor untuk band dalam Band Competition. Padahal setahun sebelum tu aku dah janji dengan papa yang aku akan quit band sebab aku fucked up dalam final exam Form 4 (aku dapat aggregate 24 dalam final exam, papa pissed off giler and he blamed my involvement in band had to do with this bad result!). But aku degil, aku diam-diam join band, still coaching the band until when it was almost close to SPM week. Aku gi Band Competition kat JB tu pun sebab aku volunteer, kalau nak ikutkan Form 5 tak yah gi pun sebab kena concentrate kat SPM.

Aku tipu papa lagi sekali bila aku sampai kat US. Aku call papa for the first time aku masuk apartment during my freshman year. Papa tanya aku ok ke tak and aku jawap aku ok jek, takde hal nyer! Padahal masa tu aku tahan sebak tak ingat-ingat sebab aku rindu sangat kat mak ayah aku. Aku homesick giler time tu. Aku kalau boleh tak mahu letak telefon tu sampai papa tegur aku, kata dia nanti bil telefon rumah naik, sapa susah nak bayar?! Nak tak nak terpaksa ler letak.

Aku selalu tipu mummy sebab masa kecik-kecik dulu amik duit dia without her knowledge. Aku beli gula-gula dengan duit tu. Bila mummy tanya kat kitorang, aku dengan selambanya jawap tak tahu. Sampai satu hari aku kena kantoi red handed amik duit mummy, depan rumah jugak aku kena libas dengan tali pinggang papa waktu petang tu. Hmm..dulu aku dapat 30 sen jek buat belanja kat sekolah rendah, mana nak cukup untuk isi perut aku yang constantly lapar time tu? 10 sen untuk beli air and 20 sen beli kuih. Korang boleh tahan ke? Aku tak!

Aku selalu cakap kat orang yang aku tak pernah hisap rokok. Unfortunately I did smoke. The first person yang tahu aku hisap rokok is Mat, kawan baik aku dari sekolah rendah. Itu pun sebab aku hisap rokok kat rumah dia lepas PMR dulu. Ahh, maybe tak serius pun sebab aku hisap rokok seminggu ajer, sehari sebatang rokok. Saja nak rasa apa best nyer hisap rokok ni. Mujur papa and mummy tak tahu pasal ni. Kalau tak, maybe aku kena penggal kepala dengan papa. Tapi aku stop hisap rokok la lepas habis sekotak rokok tu. Tu jer, no big deal.



Aku selalu tipu orang kata aku okay ajer hidup kat US ni. Aku tak pernah sunyi. Ada ajer yang aku buat untuk buat hidup aku lagi menarik. But the reality is, hell no!! Aku selalu rasa sunyi kat sini. Even when I was in the crowd, aku still rasa sunyi walau pun kiri-kanan aku riuh rendah macam nak kiamat. Pernah satu ketika aku terasa macam nak bungkus kain baju aku kat sini and balik ke M'sia and pretend like nothing happened. Pretend that my study in US is in fact a dream. One nightmare. A total mistake. But I guess, I just have to live with it.

Sebab tu agaknya aku jarang senyum dalam gambar. Jarang-jarang senyum sebab life aku sendiri pathetic, takde menda yang nak disenyumkan. Semuanya senyum kambing and senyum tapir.

Aku selalu gak tipu diri sendiri. Aku tahu aku takleh buat Chemical Engineering ni, tapi aku continue jugak study menda alah ni - walau pun terpaksa struggle mencanak-canak. Paksa jugak telan semua menatang haram jadah pasal Chemical Engineering ni. Just because I wanted to kick Along's ass when I graduate with a degree in this stupid course, the same course he took a couple of years ago.

Aku boleh tipu orang dengan muka senyum selamba ajer. Serius shit aku boleh buat camtu. Aku in fact pernah tipu polis kat sini masa aku kena tahan speeding kat Interstate 80 dulu. Dengan muka confident aku cakap driving license M'sia aku tak expired lagi, in fact M'sia ada grace period of one month pulak untuk expiring driving license. Polis tu percaya, in fact juniors aku yang ada dalam kereta tu pun boleh percaya hidup-hidup apa yang aku cakap kat polis tu. All that with a smiling face! "Thank you sir, and you have a good day sir (I bluffed right at your sorry face!!)".

Jahat ke aku kalau aku menipu just to save my own skin? Hmm..once you lie, you will always be lying. Lie after lie just to cover up the previous lie. I guess that's why nabi pun cakap, "berkatalah benar sekali pun ianya pahit". Oh yeah, hell yeah. Don't live and lie! You'll die in agony, trust me!

But I guess no matter how many people I lie, there is one person I could not lie to. No matter how hard I tried to conceal my secret, aku mesti akan tak sengaja tercakap benar kat dia. Mungkin sebab aku dah kenal dia agak lama, walau pun tak lama benar pun. Aku rasa senang untuk share semua rahsia hidup aku dengan dia. And I know she knows that I lied to her just now about one thing.

Mungkin sebab aku semat dalam hati aku yang dia ni, kawan aku yang paling best. The bestest friend. I would do anything not to hurt her feeling walau pun aku ngan dia ni, memang cakap open tak ingat-ingat punya. Maki hamun bahasa biasa ajer bagi aku ngan dia. Cakap direct tu dah kira cam prinsip komunikasi kami walau pun bahasa kasar nak mampus, walau pun memang lepas tu sakit hati tak ingat-ingatnya. Hmm...

Sampai bila ekk aku nak menipu ni? Especially menipu diri sendiri? Menafikan sendiri apa hak kita atas diri sendiri? Hak untuk mendapatkan yang terbaik, untuk memperolehi yang terbaik atau pun untuk mencukupkan keperluan sendiri, untuk meluahkan apa yang dirasai dalam diri dan untuk memiliki apa yang kita mahu dalam hidup?

Ada ke orang nak percaya kat aku lepas ni, after all I wrote here about me being a good liar? Do you really think what I wrote here is the truth, nothing but the truth and so help me God??! Well people, You be the judge!

Friday, June 18, 2004

Dulu-dulu



Percaya atau tak..kali terakhir aku cakap dengan Along aku was last year. Itu pun tak dan habis 10 minit. Aku rasa dalam 2 3 minit ajer aku bersembang dengan dia, itu pun bukan sembang - soal jawab ringkas.

Bukan busy ke apa..ntah! Aku memang tak bernafsu nak cakap dengan dia. In fact, aku tak ndak pun amik tahu pasal hidup dia. Bagi aku, dia tu orang asing yang aku tak kenal sebab aku terpisah dengan hidup dia sejak dia duduk berasingan dengan kami. Along stay dengan Pak Long kat Lembah Keramat sebab nak habiskan tingkatan 3 dia kat Sek Menengah Lembah Keramat. Masuk Form 4, along ke MRSM Taiping untuk first batch program khas. Lepas SPM, along dapat ke Banting untuk buat accelerated A-Level program.

Tahun 1995 along dapat pergi ke Loughborough, UK. Along dapat satu universiti dengan Mak Long Kesuma. Aku pulak tengah prepare nak amik PMR. Waktu tu aku memang gelabah tak ingatnya pasal PMR jadah nih. So before Along bertolak ke UK, papa dan mummy bawak dia lawat aku kat sekolah. Details yang lain aku tak ingat, cuma satu ajer yang aku ingat, "Ko boleh ke dapat semua A ni?".

Tu ajer yang aku ingat. Itu yang aku sangat-sangat ingat walau pun dah hampir 9 tahun berlalu. And memang lepas tu, aku tak harap apa-apa lagi dari dia. Aku simpan azam, aku nak buktikan kat dia yang aku boleh buat lagi baik dari dia dalam PMR. Although along dulu amik SRP and of course PMR tak sama, tapi aku still nak tunjuk kat dia...aku boleh buat lagi baik dari dia. Alhamdulillah aku dapat straight As dalam PMR. Aku call mummy, suruh bagitau along kat UK tu, yang aku dapat semua A dalam semua paper aku.

Aku pernah cakap kat papa, kenapa Along cakap camtu? Kenapa tak bagi word of motivation instead of teasing me? Kenapa tak jadi macam Mak Long Kesuma yang tak putus-putus bagi nasihat, bagi dorongan, bagi peransang untuk jadi yang lebih baik? Kenapa mesti rendah-rendahkan aku..yang sebenarnya adik sendiri?

In fact, aku pernah juga cakap kat mama pasal Along. Hmmm...aku pun tak ingat apa yang mama komen pasal Along.

In fact, aku amik Chemical Engineering ni pun sebenarnya nak tunjukkan kat Along yang aku boleh berjaya tanpa kata-kata dorongan dia. And aku boleh buat lagi bagus dari dia sebab dia pun amik Chemical Engineering juga di UK sana. Aku bukanlah cita-cita sangat nak jadi Chemical Engineer ni. Ego kuat sangat kot dengan Along ni.

Now adik bungsu aku si Farah pulak yang amik SPM. Aku paham pressure yang dia alami sekarang, sama macam aku went through dulu. Aku selalu cakap kat Farah, gagal sekali tak bermakna gagal selalu. Dia pernah complaint kat aku yang English dia selalu barai. Padahal tak barai mana pun, just nombor dua dalam kelas ajer. Nombor satu dalam English is her classmate, lelaki. Aku cakap, "Haa..apa lagi..ngorat laa mamat tu. Jadikkan boipren, leh study sesama English. Leh cakap omputih selalu ngan dia. Nanti eloklah English Farah nanti!". Aku buat syarat pada Farah, kalau dia nak hantar email kat aku, dia mesti tulis email dia in English. Kalau tak aku takkan layan. And bila aku reply, aku reply in English as well.

Everytime Farah habis exam, aku akan call mummy and tanya apa result yang Farah dapat. Mummy memang dah biasa report kat aku apa yang Farah dapat dalam result exam dia. Kalau keputusan dia bagus ke..tak bagus ke, aku akan tetap email dia and cakap tahniah, cakap dia dah buat sebaik mungkin. Dulu masa Farah dapat 8A dalam PMR dia pun, aku hadiahkan sebuah laptop iBook untuk dia. Sebab itu yang dia mahukan dari aku. Aku nak adik aku dapat apa yang aku tak pernah dapat dari Along dulu. Aku nak adik aku tak rasa dia keseorangan dalam hadapi pressure academic world. Aku tahu aku memang tak rapat dengan adik aku, and aku tahu adik aku ada kakak angkat lagik tuh..tapi aku buat dekk ajer. Aku cakap kat dia, kalau nak mintak aku beli baju ke apa ke, jangan haraplah. Tapi kalau dia nak aku belikan buku untuk dia, insya Allah tak ada duit pun aku akan usahakan untuk belikan dia buku. Besides, aku dah janji ngan papa and mummy yang aku akan jaga Farah bila papa dan mummy dah tak ada nanti. Janji ni aku buat masa aku darjah 6 dulu, waktu balik dari MRSM Taiping lepas hantar Along ke sana.

Setakat ni alhamdulillah, Farah performs very well in school. Now kat MRSM Jasin, MRSM tempat Kak Long Aini and Kak Ngah Aida kita pernah study dulu. Farah dapat Dean's List almost every semester. Mudah-mudahan adik aku dapat go through SPM dengan penuh ketenangan.

Thursday, June 17, 2004

Berahi Tari Silat



Aku tak kira, jejak ajer kaki aku kat M'sia nanti, aku nak cari gelanggang silat Gayong. Nak join gelanggang Cikgu Rasul, segan pulak sebab aku pernah jadi murid dia for almost 5 years. Ada peristiwa tak best waktu belajar dengan dia dulu. Sampai mati hidup balik pun aku takkan lupakan. Samalah juga dengan cikgu. Hmmm..

Satu ajer niat aku - aku nak belajar bunga keris. Aku pernah belajar permainan seni parang dua dan lembing. Jadi, teringinlah nak lengkapkan ilmu silat aku dengan permainan senjata silat. Aku suka tengok orang main keris and aku suka tengok lenggok langkah silat bila orang pegang keris. Keris orang melayu cantik kalau nak compare dengan senjata lain. Keris yang diorang guna untuk belajar main buah tapak hidup keris ada la dekat-dekat nak sepanjang tiga per empat hasta tangan aku ni. Keris lok tujuh yang cikgu beli di Terengganu. Berat dan besar. Kalau hunus tapi pegang tak mantap, mesti terlucut dari tangan ni.



Silat dah semacam sebati dalam diri. Aku pun dah semacam ada tindakan refleks kalau ada sesiapa sentuh badan aku tak semena-mena. Sama la juga kalau aku rasa diri aku dalam keadaan bahaya - hati berdebar-debar, langkah kaki mula ringan, aku mula genggam penumbuk, mulut aku akan diam and mata aku akan memandang tajam. Setakat ni tak pernah lagi aku gunakan ilmu silat untuk pertahankan diri sendiri melainkan untuk buat persembahan demonstrasi silat ajer. Harap-harap aku tak payah keluarkan ilmu silat ni melainkan bila berhadapan dengan keadaan bahaya ajer.

Wednesday, June 16, 2004

Rindu Ini Milik Siapa?

Rindu ini sudah lama berlabuh. Aku masih rasa bahagia, walau kau tidak sudi menyambungnya - A Samad Said, Sasterawan Negara

Satu ungkapan yang sudah lama aku kuburkan bersama kenangan-kenangan dulu. Cuma baru-baru ni aku gali balik dan aku cari balik ungkapan ni. Bukan untuk diingat-ingatkan balik apa yang dah jadi..cuma untuk jadi teman pada peristiwa semasa.

Sebuah Misalan

Pernah tak lama dulu aku katakan banyak perkara di dunia ni dimodelkan dengan model matematik. Matematik calculus dalam bidang integrasi atau pun dalam bahasa melayunya disebut pengkamiran perlu ada limit atau pun had untuk diterjemahkan kepada satu nilai yang absolute. Secara totalnya kita melihat hasil nombor dan bukan kepada satu nilai yang 'constant' tanpa kita ketahui apakah itu nilainya. Semua orang benci kepada ketidaktahuan. Semua orang tak gemar bila terpaksa berhadapan dengan satu risiko yang mereka sendiri tidak tahu apakah yang mereka terpaksa hadapi.

Begitu juga soal rindu. Rindu ini seperti satu persamaan yang perlu dikamirkan untuk mendapat satu nilai. Dan tentu sekali nilainya sangat besar yang merangkumi satu citra hidup, satu nilai kepercayaan dan satu nilai kemanusiaan. Untuk meninggalkannya tentu saja satu perkara yang amat sukar kalau tidak mustahil. Untuk berhadapan dengan rindu yang tidak diketahui nilainya ternyata sangat meruntun perasaan. Jelas sekali, kepastian satu ciri yang memungkinkan manusia tersenyum riang dan bukannya berhati walang, bak kata bonda Azya pada aku dulu.

Rindu juga boleh diibaratkan seperti sebiji benih. Benih yang jika kita tanam dengan cermat dan sirami dengan air dan dibajai sebaiknya sudah tentu akan menghasilkan sebuah pokok. Pokok itu kemudian dijagai terus menerus hingga membuahkan hasil yang enak-enak untuk dinikmati oleh tuannya. Pokoknya sekarang bagaimana mahu diambil buahnya sekiranya benih yang baru hendak tumbuh, sudah direncatkan proses pertumbuhannya. Kurangnya air dan kurang baja, lantas terus mati dirembat cabaran-cabaran alam yang bersifat semasa.

berapa lama mesti kunanti
sinar cahaya matamu
gemerlap bagai bintang
menghiasi malam, malam yang menutup
diriku.
berapa lama perlu kutunggu
lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman, taman syurgawi
pada sebuah hati yang sepi.
penantian suatu siksa
yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu.
kepastian suatu penawar
dalam suka dan duka
yang meniti hidupku. - Penantian oleh Zubir Ali


Begitulah kata Zubir Ali. Sangat cocok untuk digandingkan dengan rasa rindu. Rasa rindu yang tak bertepi, rasa rindu yang selalu datang menziarahi diri selalu saja berjumpa dengan pintu yang tertutup rapi. Dikunci. Walau pun diketuk berkali-kali tapi masih degil untuk dibuka, takut-takut kalau yang di luar sana ialah penjahat yang cuba merosakkan diri sendiri.

Rindu itu diakhiri dengan satu pertemuan
Satu pertemuan yang akan ditemukan dengan kebenaran
Dan kebenaran itu pasti akan datang
Lewat, sekejap, hampir - semuanya hanya masa
Jadi meter satu perasaan.

Haa..itulah yang aku dok fikirkan masa aku tengah mandi. Sopankah kalau aku masih lagi merantai-rantai rasa rindu, atau pun kurang ajarkah aku lontarkan rasa rindu yang tak ada tepinya? Pada siapa, tak usahlah bertanya. Dengan siapa, pun tak payahlah bertanya. Kaunter pertanyaan dah pun ditutup, mungkin untuk satu tempoh masa yang tak ada hadnya.

Tengah elok dok berfikir..sibuklah pulak Camelia datang pada aku, berdansa dan menyanyi-nyanyi lagu kegemarannya, Rindu Padanya.

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia..mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat kumelupakan dirinya
Terbayang...wajahnya di mataku
Ingin kutanya namanya
Tapi hatiku rasa malu
Dan terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah dilamun cinta
Oh hatiku, resah selalu
Haruskah aku menyatakan
Perasaan kukepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Kubagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar di setiap ketika
Tidur malamku tak lena
Asyik tak ingat kepadanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain di ingatan
Oh tuhan, kurindu padanya.


Hmm..ternyata soalan rindu ini milik siapa tak dapat aku jawap dengan sejelas-jelasnya. Bukan kerana aku yang tak ingin menjawapnya, tapi kerana tiada orang yang mahu menjawapnya. Lama-kelamaan, soalan ini akan reput dan akhirnya hilang begitu saja bersama rindu itu bila masa terus saja berlalu. Yang ada, cuma aku dan dia yang semakin tua dihurung hari-hari mendatang.

Tuesday, June 15, 2004

Oh baby, oh baby, spank me, spank me not!

Hahahahaha..seriously I was smiling at myself when i gave a thought about this phrase. It wasn't something that I wanted to talk in the first place but when i reminisce through the time, talking about the whole thing of American cultural experience, this can never escape from my mind. See..staying together with non Malaysian will of course reward you in the most bizarre way. I only thought this could only happen to my friends and not to myself, yet again I forgot the fact that I actually share my life space with non malaysian, furthermore, non-Muslim.

Hearing somebody moaning early in the morning at 3 am I must say, probably would be the right time to start bonking your girlfriend. But when I woke up at 9.30 am on last Sunday, I could clearly hear somebody was yelling and moaning like no other! Imagine if you hear this, "Oh baby, c'mon! C'mon..spank me!". I laughed very very very and extremely hard in my own room..covering my mouth so that nobody could hear my obnoxious laugh! Oh god..I am pretty sure now my African American housemates are on aphrodisiac. I think I should introduce Air Tongkat Ali Super to the guys and Kacip Fatimah to the girlfriends. I am damn sure they will love it!!

Oh my my...I guess that completes my American experience. Phewww!!!

p/s: You know what, I think I need to write a suggestion letter to the Housing office - "Please make a sound-proof door to avoid noise pollution from housemates".

Haa..ape? New Jersey?

Mummy : Aishah tak ada kat rumah hari ni. Kak Ita bawak gi rumah Pak Long sebab Abg Zul gi US.
Aku : Laa..ya ke? Abg Zul dah lama ke gi US? Baper lama?
Mummy : Ntah, dengar katanya dalam sebulan. Baru seminggu Abg Zul pergi.
Aku : US tu kat mana mummy?
Mummy : Kat New Jersey. Entah ler..mana mummy tahu sangat.
Aku : New Jersey? Laa..dekat sangat dah ngan tempat ayed ni. Dalam 5 jam drive. Apsal tak bagitau!!
Mummy : Eh..mane mummy tahu. Tak ingat sangat la tempat mana dia pergi.
Aku : Laa..abih tu mummy dok sebut New Jersey tu. Mana mummy tahu pasal New Jersey tu?
Mummy : Mummy cakap ajer..New Jersey. Tempat betulnya manalah mummy tahu.
Aku : Ohh..mummy tahu ekk New Jersey? Camner eh mummy tahu? (aku dah start gelak-gelak dah time nih).
Mummy : Eleh..ingat mummy tak tahu ke? Mummy dulu belajar juge..masuk sekolah jugak belajar pasal peta Amerika ni. Hahahaha...

Aku serius shit bantai gelak bila aku sembang ngan mummy. Saja ajer nak usik-usik mummy aku. Lama tak bercakap dengan dia. Mummy cerita ler last week dia gi hotel ngan papa sebab ada majlis anugerah ape ntah untuk anggota polis. Angah dapat hadiah sebab Angah dapat diploma dia dari UTM. Mummy kata, Angah bawak tunang dia sekali pi majlis tu. Mummy mengadu ler, mummy kena makan kat meja kat luar dewan sebab orang ramai sangat. Tahun lepas takde la ramai sangat, kata mummy lagi. Hmm..last year Farah dapat hadiah sebab dia dapat straight As in PMR. Aku saje-saje tanye mummy, kalau aku dapat degree ni hujung tahun nanti, rasa-rasanya dapat ke hadiah? Mummy cakap tak dapat ler kot sebab mummy pernah tanya kat papa, papa diam ajer. Tapi for Caza, maybe dia dapat lah kot sebab ayah dia blom pencen lagik. Ciss..dengkinyer aku!! Dah ler 4 tahun berturut-turut jemputan untuk celebrate anak merdeka asyik kena reject ajer sebab aku ada kat US, masa aku dapat straight As in PMR pun takde dapat hadiah dari PDRM, dapat SPM under 10 agg. pun takde dapat ape-ape gak. Aisey..suwey betul lah!

Aku sebenarnya malas nak call rumah time papa ada sebab nanti dia tanyakan pasal passport aku yang dah expired tu. Serabut kepala otak aku kalau papa dah start tanya pasal passport ni. Aku tahu la dia risau tapi isk..insya Allah I can handle it. Aku memang pantang sikit lah orang tanya pasal menda menda yang melibatkan kerja-kerja di pihak aku. Sebabnya aku tahu tu kerja aku and aku akan settlekan, bila orang tanya banyak-banyak kali...aku jadik serabut kepala otak. Haa..pastu..start la aku nak cakap merungut-rungut.

Aku : Mummy, hari tu yed masak nasik ayam. Nasik jadik elok la. Ayam pulak ayed masukkan ajer dalam oven, baked. Tapi kan, sup dia tak rasa apa.
Mummy : Laa..kenapa pulak?
Aku : Entah..sebab kelam kabut kot sebab terlewat masak. Pastu lupa nak letak halia ler..lupa nak tumis ler. Last-last yed letak kiub tomyam sebiji. Hahahaha..asal ada rasa, jadikk jek!
Mummy : Abih yang makan tu takde kata apa ke?
Aku : Takde ape pon..melantak ok ajer! Oh..lagi satu..ayed ari tu masak nasik ala-ala nasik lemak. Sebab dah boring makan nasik putih kosong. Ayed letak perisa pandan sebab tak ada daun pandan kan! Jadik kaler hijau nasik tu mummy!
Mummy : Yang pi letak banyak sangat perisa pandan tu buat apa??!
Aku : Laa..mane la ayed tahu..Dia nyer color tu pekat sangat..letak sikit dah jadik kaler hijau. Terkejut orang masa tengok air santan tu jadik kaler hijau. Tapi lepas tu nasik tu jadik lemak la kan. Haa..lauk makan malam tu ayed buat kurma daging.
Mummy : Hehehehe..lain kali jangan ler letak banyak sangat. Letak sikit ajer cukup ler.

Aku suka betul bercerita kat mak aku pasal apa yang aku dah masak. Suka dengar feedback dia. Kekadang mintak resipi kat mummy, tak pun dia sendirik bagik petua cara dia masak. Seronok memang toksah kata la kan. Kalau citer kat papa, dia bukannya nak respond sangat unless aku cerita pasal akademik aku, tak pun pasal kenkawan aku. Dulu time aku accident kereta time aku second year dulu, aku call papa and bagitau aku accident dengan Leman and Faiz. Dia leh tanya pulak, "Faiz dengan Lokman ok ke?". Lorrr..bukannya tanya pasal anak sendiri dulu..tanya pasal anak orang lain. Ceh, hampeh betul!

Dulu-dulu time kat asrama, jangan harap ler aku nak bercerita banyak kat mak ayah aku. Paling kuat duit aku habis buat call family ade ler dekat nak 20 sen. 10 sen untuk 3 minit, so 20 sen dah jadik 6 minit. Itu pun rasanya argue nak pujuk ayah aku bagi duit sikit sebab duit belanja dekat nak habis. Tapi biasanya habis 10 sen, itu pun tak abih 3 minit tu. Hehehehe..now dah jauh beribu batu baru ler terasa nak cerita semua menda. Tapi aku tak citer la pasal aku dengar American dalam rumah ni beromen siang malam pagi petang. Mahunye kena sembur ngan mak ayah aku! Haa..nanti aku dapat lecture free la..memacam laa..tapi tak pernah lagi dapat lecture pasal sex education ni. Keh keh keh keh...mandi wajib pun aku belajar masa darjah 6 dari Ustazah Rahimah (ingat lagikk camne dia nak explain kenapa kena mandi wajib..hahaha..lawak giler seh!). Yang lelain tu baca sendirik la kan!
Quote of the Day

"There are two types of men who cheat: one, the bastard, and the other, seeking love in the wrong places." - Dina Zaman, Gongkapas.blogspot.com

Monday, June 14, 2004

Perjanjian Suci


Ni gambar contoh jekk, ok? Aku tak kenal pun sapa mamat/minah nih


Ramai orang nak membina satu rumahtangga yang bahagia. Rumahtangga yang sentiasa dihiasi kisah-kisah yang ceria, kisah-kisah yang membahagiakan dan menyerikan hidup. Tak kurang juga orang suka membicarakan harapan-harapan tentang rumahtangga masing-masing. Pastinya, semuanya yang muluk-muluk.

Aku bukanlah nak berjiwang kat sini nak bicara tentang bagaimana nak membina keluarga bahagia. Aku punya keluarga sendiri belum dibina, belum lagi terisi kekosongan tempat seorang bakal suri hidup, inikan pulak nak bersyarah tentang soal bahagia rumahtangga. Mesti ramai orang kate, "Apa kejadahnya mamat ni?". So, sebelum aku dibaling telur atau pun tin pepsi kosong, I better keep my mouth shut on this subject matter.

But for what I want to say here, is the feeling of melancholic and at the same time, the feeling of euphoria to see our friends and relatives celebrating their happy moment. I am pretty sure this blissful moment is everlasting in their mind. Sacredly revered between the two couple for the rest of their lives. Percayalah cakap aku, even waktu hubungan kita tengah bergoncang dilanda badai, kalau dikenang-kenang balik macam mana kita bina hubungan tu pada awal waktunya, mesti datang keredaan dalam semarak rasa marah tu. Rasa kecewa pun mesti paling tidak terubat sikit.

Pengorbanan yang dilakukan bukanlah sedikit nilainya dalam nak menjaga satu-satu hubungan. Tak kiralah pengorbanan dari segi material dan emosional, atau pun spiritual juga. Banyak sangat hati yang perlu dijaga dalam nak menyemaikan benih-benih bahagia dalam hubungan. Aku kira, bukan setakat hati dua orang saja yang terlibat, tapi hati-hati ahli-ahli keluarga mesti dijaga. Mak aku pernah cakap kat aku dulu, "Ayed bawak lah sapa-sapa pun, mummy tak kisah. Kalau Ayed dah suka, mummy pun ikut saja". Masa mak aku cakap camtu kat aku, aku boleh dengar dia tersedu kat hujung corong telefon tu. Jelas di situ, dia beri keredhaan bukanlah bermakna kita boleh pergunakan sewenang-wenangnya. Teringat pulak bila Angah asyik keluar dengan Kak Rafidah waktu sebelum bertunang dulu, telinga aku la jugak jadi tempat aduan mummy pasal rasa tak senangnya dia tengok Angah selalu benar keluar setiap hujung minggu dengan Kak Rafidah. Kadang datang juga rasa sayu pada mummy, tapi pada masa yang sama aku rasa happy jugak untuk Angah. Betapa hati seorang mak berkorban sebab nak tengok anak-anak dia bahagia.

Bila dah dua hati ditunangkan pulak, banyak sangat la pulak rintangan dan cabarannya. Papa kata dulu, waktu bertunanglah waktu syaitan nak usaha kuat untuk putuskan satu-satu hubungan tu. Kata-katak Kak Siti di Arab Saudi tu pulak, "pertunangan ni macam tempoh percubaan saja, nak tengok sesuai ke tidak". Teringat pulak kata-kata seorang ahli panel waktu Forum Baitul Muslim di Leesburgh, Virginia kira-kira 5 tahun dulu, "Bilamana seorang anak adam ni mendirikan rumahtangga, maka menangislah seluruh umat syaitan sebab kurangnya dua orang keturunan Adam untuk disesatkan". Jadi dalam tempoh pertunangan la pulak akan ditimbulkan beribu macam gangguan untuk mengelak keturunan adam dan hawa bersatu. Aku pernah dengar, orang yang mendirikan rumahtangga ni diibaratkan seperti sudah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Jadi bayangkanlah betapa besarnya nilai sebuah ikatan ni dari sudut pandangan agama?

Saat nak dirikan rumahtangga, dalam cuba carik mardhatillah tu, kita pulak nak buat besar-besaran macam putera raja nak bernikah layaknya. Memang betul, acara ni sekali seumur hidup, insya Allah. Tapi selalu pulak kita campuri dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Ambil contoh kita buat majlis nyanyi nyanyi pulak, siap lagu dangdut pulak tu (aku pernah tengok ni time kenduri kawen kawan aku last year). BIla dibuat pulak majlis besar-besaran, tapi dihadkan pulak hadirin yang datang sedangkan majlis ini sepatutnya jadi milik komuniti setempat. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat dalam kawasan situ. Kata allahyarham Sheikh Syed Mutawalli ad Darsh, ulama fiqh dari Al Azhar, dia menentang keras majlis walimah yang diadakan secara besar-besaran kerana menurutnya ada hadith Rasulullah yang menyebut, "The worst wedding dinner is the one which is given to the rich and denied to the poor." Tak syar'ie pulak untuk dibuat walimah di hotel-hotel, berhabisan beribu-ribu, hatta hingga berhutang pulak. Sepatutnya walimah diadakan untuk dihebahkan pernikahan dua manusia dan juga mencari rahmat tuhan, bukannya nak cari bala atau pun kemurkaan tuhan pulak. Kalau dah permulaan rumahtangga pun dicemari dengan perkara-perkara buruk, macam mana pulak nak dilayarkan rumahtangga bahagia yang direstui Allah ta'ala.

Itu pendapat aku lah. Pendapat orang mungkin lain-lain. Bagi yang terlebih duit, mesti la pulak sangat lain daripada idea perkahwinan aku. Bagi yang kurang duit macam aku ni, kita fikirkan hak mana yang wajib lah. Selebihnya kita seadanya saja.

Mungkin ada orang nak rujuk macam mana majlis pernikahan Fatimah Az Zahra dan Saidina Ali karamallahu wajhah berlangsung. Ikuti kisahnya di bawah ni.

--------------------------------------------------------------------

taken from [http://forums.gawaher.com/index.php?showtopic=7981&]

By Shaykh Maulana Saleem Dhorat

Wedding Of Faatimah (Radhiyallaahu Anha)

Faatimah (Radhiallaahu Anha) is the youngest daughter of our beloved Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam). Out of all the children, he was the most beloved to him. He said, 'The Queen of the ladies in Jannat is Faatimah.' He also said, 'Faatimah is part of my body. Whoever grieves her, grieves me.'

When Faatimah (Radhiallaahu Anha) reached the age of fifteen, proposals for her marriage began to come from high and responsible families. But the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) remained irresponsive.

Ali (Radhiallaahu Anhu), who was 21 at the time, says: It occurred to me that I should go and make a formal proposal, but then I thought, 'How could this be accomplished, for I possess nothing.' At last, encouraged by the Prophet's kindness, I went to him and expressed my intention to marry Faatima (Radhiyallaahu Anha). The Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) was extremely pleased and asked, 'Ali! Do you possess anything to give her in Mahr?' I replied, 'Apart from a horse and an armour I possess nothing.'

The Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) said, 'A soldier must, of course, have his horse. Go and sell away your armour.'

So, Ali (Radhiallaahu Anhu) went and sold his armour to Uthmaan (Radhiallaahu Anhu) for 480 Dirham and presented it to Rasulullah (Sallallaahu Alayhi Wasallam). Bilaal (Radhiallaahu Anhu) was ordered by the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) to bring some perfume and a few other things and Anas (Radhiallaahu Anhu) was sent to call Abu Bakr, Uthmaan, Talhah, Zubayr with some companions from the Ansaar (Radhiallaahu Anhum).

When these men arrived and had taken their seats, the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) recited the Khutbah (sermon) of Nikaah and gave Faatimah (Radhiallaahu Anha) in marriage to Ali (Radhiallaahu Anhu). He announced, 'Bear you all witness that I have given my daughter Faatimah in marriage to Ali for 400 Mithqaal of silver and Ali has accepted.' He then raised his head and made Dua saying, 'O Allah, create love and harmony between these two. Bless them and bestow upon them good children.' after the Nikaah, dates were distributed.

When the time came for Faatimah (Radhiallaahu Anha) to go to Ali's (Radhiallaahu Anhu) house, she was sent without any clamour, hue and cry accompanied Umm Ayman (Radhiallaahu Anhu). After the Aaisha Salaat, the Prophet (Sallallaahu Alayhi Wasallam) went to their house, took permission and entered. He asked for a basin of water, put his blessed hands into it and sprinkled it on both Ali (Radhiallaahu Anhu) and Faatimah (Radhiallaahu Anha) and made Dua for them.

The sovereign of both worlds gave his beloved daughter a silver bracelet, two Yemeni sheets, four mattresses, one blanket, one pillow, one cup, one hand-grinding mill, one bedstead, a small water skin and a leather pitcher.

In this simple fashion, the wedding of the daughter of the leader of the worlds was solemnised. In following this Sunnah method, a wedding becomes very simple and easy to fulfill.
Something To Share With You

I heard so many people whine about the eligibility to eat gelatin or additives in processed food while they are staying abroad. So, I think I'd better share this piece of article, commenting on such subject matter. This is an answer written by Sheikh Mutawalli Ad Darsh, an ulama in UK. We are allowed to make ijtihad from what he said. As I believe, an ijtihad can be performed once we study about the subject matter and get the knowledge of its fiqh from the authority, for instance in this case, is an ulama Dr. Sheikh Mutawalli ad Darsh.

------------------------------------------------------

Coca-cola, e-additives: halaal or haram?
 
from Abu Muntasir:
Jamiat Ihya Minhaaj Ahl us Sunnah (JIMAS)
taken from [http://homepage.ntlworld.com/farrukh/ia/cola.htm]

Recently some query and discussion has been taking place with regards to Pepsi and possibly Coca Cola containing a small amount of alcohol and how we should view such beverages. Shaikh Albani's view is that change purifies substances that had originally been deemed prohibited.
 
As brother Tamimi kindly pointed out with due care and caution that Shaikh Albani apparently also hold it permissible to eat e.g., chocolate bars containing intoxicating substances in small quantities. This is because even if one were to eat say a 100 such chocolate bars, one would not become intoxicated. He drew our attention to the shaikh mentioning the hadith of when a rat fell in some ghee (clarified butter). They simply removed the rat and threw out the ghee that they saw had been contaminated around where the rat had fallen. The rest of the ghee was still considered pure. The shaikh's analogy was with regards to the fact that some remnants of the rat falling in the container of ghee were still in there, but it was still considered pure.
 
He also clarified the other hadith, "that if something is considered impermissible then small quantities are also impermissible" where the shaikh agreed that if the small quantity is enough, where you take it numerous times it will have the same effect as the original dose, then it is not permissible. However, in the case of alcohol in the chocolate which is so minute, that even if one eats a 100 bars one will not become drunk, then this ruling doesn't apply here...thus harmonizing the aforementioned situation and the latter hadith.
 
Subsequently Ali Al-Timimi confirmed that Ibn Baz has a similar Fatwa which can be found in a booklet distributed by the Saudi Embassy entitled Fatawa al-Mughtarib.
 
He said the rule is does consumption lead to drunkenness even if large quantities are drunk. Since it is apparent that drinking large amount of Pepsi does not lead to intoxication it is therefore not haram to consume.
 
Here are some notes from Dr. S. Darsh (may Allah have mercy on him) where he discusses the issue of food additives. He wrote the following in 1992!
 
--------------
 
ADDITIVES
 
Additives are chemical elements. They are no more considered as the original material from which they are derived, the fiqh rule is: 'any change in the substance entails change in the rule'. This is the answer I give to those who inquire about what foods today are Halal. Many try to argue that any additive which contains an element of Haram makes a food itself Haram, based on the hadith, "any flesh grows out of suht (unlawful food) will not enter Paradise". But there are two aspects to this: first, suht means unlawful. Ibn Mas'oud explained this word which is recorded in chapter 5 verse 42 of Tafseer Ibn Katheer as meaning 'one who takes bribes'. Thus, Ibn Katheer first explained suht generally as anything unlawful or derived from unlawful means. Second, this hadith is weak, (see Kashful Khafa vol.2 page 176).

The HANAFI Position
 
Going to the substance of the letter. The purity of an additive is based upon the principle described (the change of the nature of the substance) . In vol. 1, page 314, Hashiya ibn Abedin, Radd al Muhtar ala ad-durr al Mukhtar, a standard Hanafi fiqh text book, written by Muhammad Ala'a al Deen Al Hasafki, there are more than thirty purifying things mentioned by Al Hasafki (rendered into a poetry form to make it easy to memorize) . In one line he said, 'and change of substance" .
 
Ibn Abedin said, "the swine which drowns in a salt lake, after decomposition, becomes salt and thus halal". Ibn Abedin based his comments on the saying of Al Hasafki regarding the manufacturing of vinegar made from wine. "According to the principle of change of substance, vinegar made of wine is lawful". He then went on to say, "Vinegar made by mixing wine with water, according to the correct opinion, is pure".
 
One page 315, Al Hasafki has said that "soap made from impure oil is pure and can be used". Ibn Abedin, commenting on this said, "This is an example of change of substance". He then went on to quote a statement issued by Al Mugtaba which reinforced Al Hasafki's view that pure soap could be derived from oil that was not pure. A similar position was reflected by Muhammad ibn Al Hasan, the second great pupil of Abu Hanifa.
 
According to Ibn Abedin, the fat of a dead animal, used to make soap is subject to the same conditions. The expression used was impure (najas) as opposed to mutanajjis which means to make impure. However, oil is usually used in preference to other fatty substances. However, reading Al Munyah, I found an explanation which supports the first view, he states, "If a man or dog falls into the container in which soap is being made, it remains pure".
 
Ibn Abedin goes on to say, "Know that a compound is deemed pure, according to Muhammad ibn Al Hasan, from the rule which allows for change of substance". In addition, he adds that any product or substance, not only soap, can also be judged pure on account of its widespread use.
 
One page 326, on the subject of change of substance, as if to reinforce the point, al Hasafki says that dust and smoke particles rising from burnt human or animal excrement cannot be judged impure. If it were, he says, then we would be forbidden to eat bread baked on fires in which such impurities were used as fuel. The same can be said for salt filtered from animal-contaminated lakes.
 
This, concludes Ibn Abedin, is how any product or substance is judged to be pure or otherwise. Muhammad Al Dakhira, Al Muhit and Abu Hanifa are all of the same opinion. Other shaikhs choose to follow this ruling as well. This is the chosen rule for the Shar'iah ruled that these things were impure in their nature. The reality of a thing changes with the change of some of its implied parts, not to mention all of them. Salt is totally different from meat and bones. If they become salt, they are salt. What is similar to that in the Shar'iah is the life-germ (sperm), the beginning of human life. From a Hanafi point of view it is impure, then it is turned into a clot, it is still impure, then it becomes a lump of flesh and at this point it becomes pure.
 
The same goes for wine juice. it is pure, when it becomes wine it becomes impure, but when it turns to vinegar, it becomes pure. This is as far as the Hanafi school is concerned.

The HANBALI position
 
The Hanbali school's attitude is quite different. In al Mughni by Ibn Qudamah, a Hanbali standard book, in the book of purity, section on utensils, he writes: 'No impure thing could turn into pure as a result of the change in its substance except wine when it changes by itself into vinegar'.
 
But it could be deduced that all impure things become pure as a result of the change of its nature, analogous to the change of wine to vinegar is the skin of a dead animal when tanned and the domestic, edible birds and animal which eat excretion.

The LITERALIST position

According to the Literalist School: Ibn Hazm, the exponent of the Literalist school wrote in his manual (Al Muhalla) volume 1, page 166, problem no. 132: 'If the excretion of the animal is burnt down or changed and becomes ashes or dust, all that becomes pure and can be used for tayammum (earth purification) . The proof of that is the fact that rules are in accordance with what Allah Most High, has ruled regarding the objects in what the object is named. If the name of the object is changed or dropped, the previous rule is dropped as well. It is something from that which Allah has named'. As such, excretion is different from dust, as it is different from ashes. The same thing with wine which is different from vinegar and human being is different from the blood from which he is created. The dead thing is different from dust or ashes.
 
In problem 136, page 178, he goes on to say: 'If the quality of the substance of naturally impure object changes the name which was given to it so that it is no more applicable to it and it is given a new name which is given to a pure object, so it is no more an impure thing. It becomes a new object, with a new rule.
 
The same thing is true of a pure thing changing into impure thing such as juice becoming wine or the wine becoming vinegar. The pork flesh eaten by a chicken and becoming a chicken flesh. It is halal. The water becoming wine or the food turning into excretion, the excretion and the wine used as fertilizer or becoming a fruit and so many other things.
 
Al Qur'an
 
The basis of all these is the Qur'anic verse:
 
'And surely there is a lesson for you in the cattle we give you to drink of what is in their bellies from between the faeces and blood, pure milk, wholesome to those who drink it' (16-66)
 
Allah Most High, considers it one of the favours He bestowed upon people that a healthy pure animal product comes out of these impure things.
 
CONCLUSION

In the light of what is mentioned above, and the widespread use of so many things which are becoming essential needs for Muslim communities living in a non-Islamic environment, any substance which chemically changed from its original character becomes a new product and ACCEPTABLE to use. This includes:
 
1. Chemical preservatives, i.e. all E' numbers
 
2. Soap made from fat, animal products or oil, deemed impure in its original form
 
3. Toothpaste
 
4. Wine Vinegar
 
5. Gelatin and products containing it
 
To obtain gelatin from animal protein, it has to undergo a lengthy chemical process described in the Oxford dictionary of science as follows:
 
'A colourless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling' (page 290)
 
This description shows the great change it undertakes and the new name it takes. On considering part of the Qur'anic verse of chapter 16 I quoted earlier, it is clear this process is like or similar to the process of obtaining milk out of the dirt inside the belly of the animal which Allah described as wholesome, palatable and pure.
 
In fact, most of the new products which are containing such chemical elements are obtained by chemical processes. These processes are not a mere mixing up of what is Haram with what is Halal. it is a real change. Protein is different from gelatin. As such it is pure and can be used in products which are allowed. Vinegar, milk and salt are all examples of products extracted from impure substances.
 
In fact the Hanafi view in this connection is much more advanced and liberal, particularly when we study the purifying aspects mentioned by Ad-Durr Al Mukhtar, which, by the way, includes boiling, tanning, slaughtering and dividing.
 
To hasten to say Haram without considering the process of change, to look into the original without considering the new product shows the inability to understand the world of science and chemistry advanced as it is nowadays and ignoring the needs of the Muslim communities in their new environment.
 
May Allah guide us on the right way.

Sunday, June 13, 2004

Starbucks Huh?

Well, got this from Amelia's Friendster page.

Quoting phalinn: "Half of the people that hang out at trendy coffeeshops eg. Starbucks don't even drink kopi o at home because they dont take caffein. What are they doing at Starbucks?? Pretending cool."

I know she ain't wrong about this!! She's da man!!!
Hidup Orang Bujang : Satu Idealism & Mentaliti



Hidup bujang ni, bagi aku la, kalau nak kira dah lama sangat dah. Sejak aku masuk sekolah menengah lagi, aku dah diajar, diasuh, dan dididik untuk hidup bujang. Kalau kat rumah tu, takyah mention la..sebab dah memang papa and mummy dok kerah kitorang buat kerja macam-macam. Agaknya diorang dah tahu dah, bila besar nanti, Along akan jadi begini, Angah akan jadi begitu, Alang jadik camni and Farah akan jadi ntah camne-camner lah kan.

Aku rasa pelajaran pertama yang aku terima dari papa untuk jadi orang bujang ialah masak nasi guna rice cooker. Mula-mula memang aku rasa, ape laa papa ni dok suh aku belajar masak nasik ni. Tak nampak hasilnya pun melainkan nak tolong mummy, kurangkan kerja dia kat dapur. Dah ler aku dok kena marah ngan papa sebab basuh beras tak cukup bersih masa tu..hahaha..buat telinga aku ni perit jekk kena herdik ngan papa. Tapi bila aku dah datang US, barulah aku rasa kesian kat anak-anak jantan yang datang ke US tak bawa apa-apa ilmu dapur. Paling kurang pun, bagi gheti lah masak nasik. Tak ada lah menyusahkan orang sangat nanti.

Orang bujang di M'sia mungkin senang kot bab-bab makan ni sebabnya warung bersepah kiri dan kanan jalan. Bagi yang duduk kat oversea cam aku ni, pun senang juga - McDonalds, Burger King, China Buffet, Uncle Chen's, Papa John's Pizza, bersepah tak ingat-ingat punya. Tapi sampai bila? Lama kelamaan tekak mesti meluat asyik makan menda sama ajer. So nak tak nak, kenalah belajar masak. Ada setengah orang bujang kat oversea ni, kalau dah dia kata tak gheti masak tu, terus tak nak belajar masak. So serahkan kat housemate/roommate lain yang pandai masak. Mana jadik camni beb!! Kalau dah tahu tak gheti masak, belajarlah masak. Tak rugi satu menda pun!! Serius shit aku cakap. Paling cibai pun belajar la camner nak masak kari sebab tu aku rasa yang paling senang amat nak masak. Pejam mata pun buleh masak lagik. Yang lelain, seperti kata Cik Caza berjambul kita cakap, terserah pada kreativiti memasing. Nak makan ikan buntal goreng berlada ke..nak buat laksa penang campur laksam ke..nak buat ASAM PEDAS UDANG ke kan..kekekekeke..gasaklah! Janji, kena belajar masak. Kalau kita serahkan nasib perut kita kat orang lain, terseksa la jawapnya. Better we decide for ourselves, nak masak atau tak..give the power to perut!!

Kemudian, cerita pasal kebersihan diri. Hal ni memang aku sendiri ngaku la..aku bukan gungho sangat pun. Laundry sebakul pun buat seminggu sekali. Kalau tak pun, buat laundry bila stok spender dah habis or kain sarung dah habis semua kotor. Baru terhegeh hegeh nak buat laundry. Tapi kalau kat rumah senang la, mak kita yang basuhkan. Errmm..kat rumah aku, mummy ler basuhkan. Cuma mummy ajar kitorang, malam sebelum masuk tidur, siap-siap isi washing machine tu dengan air and kemudian masukkan kain kotor dalam washing machine. Asingkan yang color dengan yang tak color. Asingkan pakaian dalam dengan pakaian lain. Tak pun, kalau ada baju yang kotor sangat, mummy akan suruh kitorang rendam semalaman and masukkan clorox sket (untuk baju kaler putih ler, jangan pulak dihumban clorox kat baju berwarna..ada nak kena sepak dengan mummy nih kang!). So bila aku masuk asrama...aku pun buat ler camner yang mummy ajarkan. Pernah juga aku tengok member aku, si Ucop (now executive TELEKOM), cara dia basuh spender dia. Dia tak guna berus pun..aku pun musykil.

"Weh Ucop, bersih dak spender ko ni kalo basuh camni? Pakai sental ajer?".
"Mak aku suh basuh spender camni..aku buat ajer laa..apsal?".


Haa..see..sekali lagik mak yang jadi permulaan asal kita belajar hidup membujang. Cuma mak aku tak ada la pulak ajar camner nak basuh spender..tu belajar sendirik la kat asrama dulu.

But now dah masuk kat college ni, mesin laundry pun ada..mudah. Bayar ajer, asingkan kain baju, masukkan detergent, pastu insya Allah kalau tak meletup washing machine tu...siaplah laundry kita in 30 minutes or so. Kemudian masukkan dalam dryer ajer. Voila!!

Bersenam. Haaa..bersenam. Alahai, mesti korang bantai gelak tak ingatnya bila aku cakap pasal bersenam ni. Ye ler, sape ler aku nak cakap pasal bersenam ni. Tapi gi mampos, nak gak cakap. Orang bujang kena bersenam banyak sebabnya kalau tak bersenam, nanti otak tak ada buat menda-menda. Kalau otak tak buat menda-menda, nanti sel-sel otak mati sebab tak ada dendrit baru yang terbina hasil dari aktiviti persekitaran tubuh badan. Bersenam ni bagus, dapat keluarkan peluh, nanti dalaman badan pun akan jadi lebih bersih. Kalau tak caya, sapa-sapa yang lama tak bersenam tu kan, cuba bawak-bawak bersenam dalam sejam gitu..kemudian pergi kencing. Tengoklah kuningnya kencing korang tanda badan korang proses perkumuhan badan dengan lagi efisyen. Sebab tu bila kita bersenam, kita kena make sure kita minum air banyak juga untuk gantikan air yang keluar dari badan, tak kiralah dalam bentuk peluh, air kencing atau pun taik. Bila dah replenish air dalam badan, sama la cam kita ganti minyak hitam..badan jadi lebih sihat dan kuat! hehehehe...

Orang bujang lagi satu perangai dia, dia jadik malas nak membaca. Bagi yang student, terpaksalah baca hari-hari..itu dah jadik kemestian. Tapi yang dah kerja, camner? Alasan penatlah...tak ada masa laa..apa lah. Betul tu, penat pun memang penat, hari-hari kerja cam haram nyer banyak dari start masuk office sampai keluar office. Malam nak gi berfiesta dengan kenkawan kat Zouq ke..tak pun kat Nuovo ke..paling koman pun kat kelab Dangdut Goldstar. Atau pun, mungkin nak gi merendek/tenet ngan pakwe makwe kat memana kan. Balik pulak dah penat, tak sempat nak solat isyak terus tergolek atas katil meleleh air liur basi. Akhirnya hasilnya, otak kita tak berkembang.

Daya pemikiran kita terhenti setakat itu. Pengetahuan kita tentang dunia sekeliling tak bercambah. Akhirnya otak kita mati dan hati kita mati. Kita jadi selfish sebab hanya tahu apa yang kita tahu dan mahu.

Bagi aku, semangat membaca ni penting. Membaca tak kisahlah apa bentuk bahan bacaan sekali pun (Penthouse, Playboy, Maxim atau pun Cosmopolitan terkeluar dari carta bahan bacaan yang aku maksudkan). Carilah satu bahan bacaan yang membina. Mulakan dengan baca satu muka surat satu hari. Kemudian tambah lagi..kemudian tambah lagi..dan lagi dan lagi dan seterusnya. Nanti kita baru tau, betapa luasnya dunia ni. Tak ada la setakat jalan yang kita dok ulang alik pi tempat kerja, surau tempat kita dok solat, and warung yang kita asyik dok minum hari-hari. Baru kita tahu, siapa itu Ariel Sharon, siapa itu General Richard Myers, apa jadik kat Tony Blair dalam House of Commons, apa cerita dengan mesyuarat jemaah kabinet M'sia. Baru terbuka pemikiran kita, terbukak kita pada pelbagai option yang ada depan mata.

Itu ajer ler serba sedikit yang aku boleh ulas pasal mentaliti orang bujang ni. Itu adalah antara kebenaran-kebenarannya gaya hidup orang bujang. Aku nak ulas banyak pun tak dapat gak, sebab aku dalam proses nak perbetulkan hak mana yang tak betul dalam hidup bujang aku. Nak komen pasal cara hidup orang dah kawen, takleh kot sebab aku belum kawen. Bini pun tak ada lagi. So, gitu la orang bujangnya. Ada banyak menda yang kita boleh buat untuk jadikan kehidupan membujang kita ni satu kehidupan yang menyeronokkan dan bukan rutin seharian. Berubah gaya dari hari ke hari, perbaharui niat dan azam dan seterusnya mencapai matlamat kita untuk membesarkan lagi maksud kehidupan kita.