Saturday, November 27, 2004



Siri Rindu Ini Milik Siapa bahagian ke 8 dah pun diuploadkan (orang melayu kate, dimuatnaik ek?). Feel free to read it. Nak kutuk, nak komen, nak buat apa-apa pun, feel free jugak. Tak luaknya aku. :D

Gambar raya pun dah diupdatekan di fotopages (tengkiu pakcik fotopages sbb sponsor website gambo ni!).

Friday, November 26, 2004

Soalan Maut



Sejak dua menjak ni aku selalu diserang dengan soalan yang sama.

Bila kau nak kahwin?
Abg Farid nak kahwin bila?
Woit, bila hang nak kahwin?

Hmmmm..siapa tak nak kawen beb! Serious shit aku cakap, siapa yang tak nak kahwin? Eh chup, ada-ada. Rabiatul Adawiyah, wali Allah tu memang dia tak mahu kahwin. Okay, tak kelakar. Itu cerita lain.

Bercakap pasal hal kahwin ni, memang payah. Bukan boleh pakai tangkap muat dan esok terus akad nikah. Banyak lagi perkara yang nak difikirkan. Dulu aku bercakap mudah, "Apa susah mau kahwin, ada awek ada balak, selamba la akad nikah". Dulu bolehlah sebab kita orang muda, cakap tak bertapis. Sekarang ni dah panjang sikit akalnya, berfikir pun lebih jugalah.

Bila bercakap pasal hal kahwin, bukannya mahu bercakap sampai ke majlis walimah. Atau pun malam pertama. Atau pun kenduri tumbangkan seekor lembu. Atau pun majlis bertandang dari rumah saudara ke rumah saudara yang lain. Mendirikan perkahwinan bukan satu perkara yang main-main. Perlukan komitmen. Perlukan panduan dan arah. Janganlah jadi pendekar mahu turun ke gelanggang, tapi keris takde, langkah silat pun sumbang, doa buka gelanggang pun tak baca habis. Buat malu 7 keturunan aje.

Papa pernah cakap pada aku, "Kita berkahwin ni, biarlah sampai akhir hayat". Telan air liur aku masa aku dengar papa pesan macam tu pada aku. Mummy kata pulak, "Ayed pilihlah siapa-siapa pun, mummy tak kisah asal. Yang mana Ayed berkenan, yang itulah mummy berkenan". Masa tu, dah berkaca-kaca mata aku bila dengar mummy cakap macam tu. Bukan apa, kita sebak sebab sampai begitu sekali rasa percaya mak pada kita. Berkahwin bukan hanya pada diri kita sahaja, tapi juga pada keluarga kita. Ambil contoh sekarang, Angah dan Kak Fidah dah bertunang sekarang ni. Aku tengok Kak Fidah giler babeng amik hati mummy. Maksudnya berkahwin bukan setakat dengan laki-laki dan perempuan, tapi turut juga berkahwin dengan seisi keluarganya.

Well, aku baru berumur 24 sekarang ni. Orang kata, orang laki-laki ni kahwin lambat tak apa. Tapi ikhlas hati aku katakan, aku kalau boleh nak kahwin cepat. No kidding. Nak kahwin cepat. Sebab apa? Sebab kalau boleh nakkan zuriat cepat (okay people, don't think anything horny here, ok?). Aku tengok satu iklan kat tv di sini pasal iklan life insurance. Satu pagi anak perempuan dia dalam umur 5 6 tahun tanya pada bapanya pasal umur bapanya. Kemudian, dia tanya lagi, "Daddy, when I go to college, how old are you?". "I will be 55, honey". Ting! Dia terus imagine pasal financial stand dia bila dia lepas bersara. Ada ke cukup duit untuk tanggung perbelanjaan anak perempuannya di kolej nanti.

Haa..aku macam tu lah. Aku fikir, kalaulah aku kahwin lambat which is totally fine with me, nanti dapat anak pun lambat. Ambil contoh bekas kawan sebilik aku di PPP, ITM dulu. Dia kahwin dengan bini dia sejak tahun pertama di US lagi. Sampai sekarang tak ada anak, kalau tak silap aku. Berusaha tetap berusaha tapi masa takkan tunggu kita. As I always say, time will wait for no one and we will only get older, not younger. Kalau aku kahwin umur 30, by the time aku pencen, anak pertama aku baru berumur 25. Itu pun kalau aku kahwin, setahun kemudian terus dapat anak (macam Mak Long! Mak Ngah kata Mak Long cukup efisyen..hantu betul Mak Ngah ni!!). Cuba fikir pasal hal isteri kita. Bagi wanita yang mengandung lepas umur 30, ada risiko untuk dapat penyakit atau pun keguguran. Tambah lagi, bilangan ovum makin sedikit, dan bukannya bertambah. Untuk sahkan cakap aku, sila rujuk pada doktor sakit puan (see, ada hikmahnya baca majalah Wanita bulan-bulan). Bila kahwin, jangan asyik dok kesian kat diri sendiri ajer, kena kesian juga pada bini kita.

Bila bercakap pasal kahwin pulak, takkan sah kalau kita tak bercakap pasal hal orang perempuan. Penting juga. Tak ada orang perempuan, mana boleh kahwin. Mahu kahwin dengan lelaki ke macam brader-brader gay kat San Francisco or New Paltz, NY tu? Simpang malaikat 44. Aku still lelaki tulen, still berahikan pada perempuan.

Aku simpan banyak angan-angan pasal dah kahwin. Okay, segan la jugak nak mengaku kat sini kan. Tapi serious shit, aku dah simpan angan-angan pasal macam mana aku nak layan isteri aku nanti bila dah kahwin. Contoh utama yang aku lihat ialah contoh papa sendiri. Macam mana dia sabar layan mummy, macam mana dia sanggup luangkan masa dia untuk mummy, macam mana dia tekun menghantar mummy ke sana ke sini. Bukan senang nak dapat lelaki macam tu. Papa bukanlah seorang yang belajar tinggi-tinggi macam anak-anak dia. Yang dapat pendedahan dunia barat. Tapi romantiknya papa, gentleman nya papa, aku rasa mengalahkan orang putih. Yang slack nya, papa dan mummy tak jalan berpegangan tangan sama-sama. Eishh, kalau papa dan mummy buat macam tu, aku sendiri segan nak jalan dalam radius 5 meter sekitar diorang. Segan beb! Tapi mummy dan papa selalu minum air dalam satu gelas. Kalau mummy tak habis makan, papa habiskan makanan mummy, samalah jugak kalau papa tak habiskan makanan dia, mummy yang habiskan. Hmm..kat rumah pulak, aku seorang ajer yang selalu habiskan makanan yang mummy tak dapat habiskan.

Pada dia yang bakal jadi bini aku, tak kisahlah sesiapa pun dia. Kat mana pun sekali pun dia berada, aku cuma nak cakap ini saja.

Saya memang sayang pada awak cuma saya belum ketemu awak lagi. Tapi saya akan teruskan pencarian saya. Dan nanti bila satu hari nanti saya jumpa awak, saya doa supaya tuhan limpahkan rasa cinta saya yang tidak berbelah bahagi pada awak dan rasa cinta awak yang tidak berbelah bahagi pada saya, dan saya harap kita dapat hidup rumahtangga bahagia. Susah saya akan jadi susah awak juga, dan susah awak akan jadi susah saya juga. Saya bukan lelaki sempurna dan saya bukan juga manusia hebat. Saya cuma seorang lelaki biasa dan saya juga mahukan seorang wanita biasa dalam hidup saya. Saya tak mahukan Miss Universe, sebab saya bukan Mr. Universe. Saya mahu mengenali awak, zahir dan batin dan saya juga mahu awak mengenali saya zahir dan batin. Saya bukan orang kaya untuk beri awak harta, tapi akan saya usahakan selagi ada kudrat di badan saya untuk berikan kesenangan berpatutan pada keluarga yang bakal kita bina. Percayalah, setiap ujian yang datang melanda kita berdua, saya harap kita tanganinya dengan hati yang cekal dan percaya antara satu sama lain. Dan kalau ada ketikanya rumahtangga kita berkocak hebat, hanya dua perkara saya minta; tolong berdoa pada Tuhan minta dipermudahkan urusan rumahtangga kita dan tunjukkan jalan keluar bagi masalah rumahtangga kita, moga selamat semuanya. Akhir sekali, saya sayangkan awak, sayang yang sungguh teramat sayang. Cuma saya belum tahu siapa awak dan di mana awak. Sabarlah ya sayang?

Hopefully lepas ni, kurang sikit soalan-soalan cepuk emas yang datang. Atau pun janganlah entry kali ni mencetuskan kontroversi lagi. Ini luahan hati aku. Itu pun sebenarnya banyak lagi nak dikatakan tapi simpan saja dalam hati. Bila sampai masanya, akan aku kongsi saja hati aku dengan 'dia' nanti.

In the spirit of Thanksgiving: Different Perspective from Native Americans

My dear Malaysian readers,
On the eve of November 25th every year, many families in America sit together at the dinner table for the turkey feast to celebrate Thanksgiving. Thanksgiving is not a religious tradition. Thanksgiving is a celebration of the camaraderie forged between Pilgrims from the Old World (read, Europe) to the New World and the Native Americans. It signifies an understanding between these two different cultures based on humanity. But that was long before the massacre of Native Americans on their own land, here in this great America.

And now, I'd like everyone to spend two or three minutes to read this article written by one of the few Native Americans left here to tell you the real story behind the real Thanksgiving celebration.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thanksgiving: A Native American View
By Jacqueline Keeler
Pacific News Service

Saturday 01 January 2000

I celebrate the holiday of Thanksgiving.

This may surprise those people who wonder what Native Americans think of this official U.S. celebration of the survival of early arrivals in a European invasion that culminated in the death of 10 to 30 million native people.

Thanksgiving to me has never been about Pilgrims. When I was six, my mother, a woman of the Dineh nation, told my sister and me not to sing "Land of the Pilgrim's pride" in "America the Beautiful." Our people, she said, had been here much longer and taken much better care of the land. We were to sing "Land of the Indian's pride" instead.

I was proud to sing the new lyrics in school, but I sang softly. It was enough for me to know the difference. At six, I felt I had learned something very important. As a child of a Native American family, you are part of a very select group of survivors, and I learned that my family possessed some "inside" knowledge of what really happened when those poor, tired masses came to our homes.

When the Pilgrims came to Plymouth Rock, they were poor and hungry - half of them died within a few months from disease and hunger. When Squanto, a Wampanoag man, found them, they were in a pitiful state. He spoke English, having traveled to Europe, and took pity on them. Their English crops had failed. The native people fed them through the winter and taught them how to grow their food.

These were not merely "friendly Indians." They had already experienced European slave traders raiding their villages for a hundred years or so, and they were wary - but it was their way to give freely to those who had nothing. Among many of our peoples, showing that you can give without holding back is the way to earn respect. Among the Dakota, my father's people, they say, when asked to give, "Are we not Dakota and alive?" It was believed that by giving there would be enough for all - the exact opposite of the system we live in now, which is based on selling, not giving.

To the Pilgrims, and most English and European peoples, the Wampanoags were heathens, and of the Devil. They saw Squanto not as an equal but as an instrument of their God to help his chosen people, themselves.

Since that initial sharing, Native American food has spread around the world. Nearly 70 percent of all crops grown today were originally cultivated by Native American peoples. I sometimes wonder what they ate in Europe before they met us. Spaghetti without tomatoes? Meat and potatoes without potatoes? And at the "first Thanksgiving" the Wampanoags provided most of the food - and signed a treaty granting Pilgrims the right to the land at Plymouth, the real reason for the first Thanksgiving.

What did the Europeans give in return? Within 20 years European disease and treachery had decimated the Wampanoags. Most diseases then came from animals that Europeans had domesticated. Cowpox from cows led to smallpox, one of the great killers of our people, spread through gifts of blankets used by infected Europeans. Some estimate that diseases accounted for a death toll reaching 90 percent in some Native American communities. By 1623, Mather the elder, a Pilgrim leader, was giving thanks to his God for destroying the heathen savages to make way "for a better growth," meaning his people.

In stories told by the Dakota people, an evil person always keeps his or her heart in a secret place separate from the body. The hero must find that secret place and destroy the heart in order to stop the evil.

I see, in the "First Thanksgiving" story, a hidden Pilgrim heart. The story of that heart is the real tale than needs to be told. What did it hold? Bigotry, hatred, greed, self-righteousness? We have seen the evil that it caused in the 350 years since. Genocide, environmental devastation, poverty, world wars, racism.

Where is the hero who will destroy that heart of evil? I believe it must be each of us. Indeed, when I give thanks this Thursday and I cook my native food, I will be thinking of this hidden heart and how my ancestors survived the evil it caused.

Because if we can survive, with our ability to share and to give intact, then the evil and the good will that met that Thanksgiving day in the land of the Wampanoag will have come full circle.

And the healing can begin.


Jacqueline Keeler is a member of the Dineh Nation and the Yankton Dakota Sioux. Her work has appeared in Winds of Change, an American Indian journal.

Thursday, November 25, 2004

Sunday, November 21, 2004

I Feel Honored...



I wasn't intended to write this down because I felt it would not be appropriate. But after a long thought, I changed my mind. I wanted to write this down don't want to forget this because this only happens once or twice in my lifetime and I do not want to forget this.

Just now I had a chat with my sister in Japan. She said something which I never would expect to hear from her.

"You have problems of your own...but still treat me nicely. Thanks seriously from the bottom of my heart. I may not be telling you oftenly but I thank Allah for a bro like you".


Isn't your heart swollen with a sheer amount of ecstatic esctacy when your brother or sister says something like that to you? That is exactly what I am feeling right now.
The Irony of 'Manchurian Candidate'

I just watched The Manchurian Candidate, starred by Denzel Washington, Meryl Steep and a few other hot stars of Hollywood. But that doesn't fascinate me, or perhaps, that doesn't pull my interest. Instead, what I am more interested is on the conspiracy to take over the White House. Or rather should I say, to control the America and subsequently, the World.

See, by having the world with capital W means to me, this means that the world is no longer a real world. This world, especially in the 21st century, is created by US and its allies. It was in 1990, a new term introduced as The New World Orde during the United Nations meeting in New York. That was a clear message sent by the then President of United States to the whole world that US foreign policy will dominate the world politic for perhaps, till the Armageddon. Since the collapse of USSR, it ended the Cold War between two super powers and since then it has created a void in power balance. Before this, we had an east block and a west block. Both were led by Soviet Union and America respectively. Therefore, it was always in check and balance.

I rememberd in 1962, there was a crisis between USSR and America over the Cuban sea. It was the closest the world could get to the nuclear war. Everybody held their breath. Both administration, Soviet and US which at that time was led by John F Kennedy, tried in many ways to resolve the issue, including a secret negotiation between Robert Kennedy and the Soviet ambassador. If, one of the Soviet submarines accidentally passed the US Naval barricade, the world could end up in the nuclear holocaust and I won't be here in the United States and you won't be reading this blog. But that didn't happen. Krutchev and Kennedy managed to work out on agreement over the Cuban matter by negotiating both their interest on US-owned missile installation in Turkey and possible pre-empt strike from US on Cuba.

What I am trying to potray here is the magnitude of power and influence of US President on the course of world politics and its fate, so to speak. Anybody who becomes the President of the United States is basically holding the power to rule the world. US has the second largest economic after China, US holds most of the advance technology in the world, US secures most of the strategic locations in the world with its mighty military power; Middle East (Saudi Arabia, Qatar), Pacific (Okinawa, South Korea), and Europe (German).

I am becoming more suspicious especially after the presidential election of 2004 - how the Americans chose George W Bush as their president after what he has done to the country; huge deficit, maintain tax break for the wealthy people, hiding the truth from his fellow Americans, diminishing civil liberties through the Patriot Act, infringement of human rights in Guantanamo Bay, violating the Geneva Convention on the treatment of POW, exporting more jobs oversea, increase rate of unemployment etc.

History has proven that George W Bush is not the best candidate to run this country. Previously in his past, he ran many companies and most of them were energy based companies. However, none of the companies succeeded in business. This is reported in Craig Unger's book, House of Bush, House of Saud. If he could not run a small company, how can he manage a country as big as USA? For the 9 first months during President George W Bush first term, Mr. President took a vacation from his office and spent most of the time at his ranch in Texas. So who ran the country? Obviously his Vice President.

Furthermore, he also doesn't have the right attitude and morals to serve this country. Why? Military record showed that he was AWOL for close to 12 months during his service in Texas National Guards. Not only that, he was also arrested for DUI (drive under influence, major violation of road traffic) in 1976. This is reported in Craig Unger's book, House of Bush, House of Saud. If he could not run a small company, how can he manage a country as big as USA? For the 9 first months during President George W Bush first term, Mr. President took a vacation from his office and spent most of the time at his ranch in Texas. So who ran the country? Obviously his Vice President.

Months before US invaded Iraq, there was a conference in USA for corporations which involve heavily in manufacturing military and defense products, discussing the possible outcome of investing in Iraq. The convention was officiated by no other than the president himself, President George W Bush. Look, Halliburton suddenly gets multimillion dollars contract to rebuild Iraq. For your information, previous CEO of Halliburton is Vice President Dick Cheney. Furthermore, on the first day the US army launched attack on Afghanistan, a US-based oil company named Unocal signed an agreement with its interim 'puppet' president of Afghanistan, Hamid Karzai. Why wait until the US army invaded Afghanistan? (To secure the pipeline built across Afghanistan's land, not to hunt for Osama bin Laden).

It starts to show now that US President is in favor of huge corporation instead of his fellow Americans. This is exactly what the movie The Manchurian Candidate tries to depict. The possibility of 'puppet' president. A powerful one too.

Ooohhh...scary isn't it when we think carefully about this whole thing?

Friday, November 19, 2004

Apa Cerita Syawal?



Syawal masih lagi berbaki. Hati pun dah kurang rasa girang Aidilfitri. Mungkin banyak urusan yang mesti dipenuhi. Yang pasti, tahun ini mesti dihabiskan di bumi State College, tak ada ragu lagi dalam hal tu.

Nak bercerita pasal sambutan Aidilfitri kat sini, aku sure rasa menda tu dah basi dah. Nothing interesting except kami bebudak undergraduate kat Penn State ni raikan bersama-sama kami ajer. Selalunya sambut hari raya dengan ziarah rumah Aunty Fuzi, but not this year. Kesian Aunty Fuzi nak handle open house untuk 50 orang. Tak gamak rasanya kot.

Yang aku tahu, laksa penang aku settle, beres, selamat dikerjakan oleh bebudak yang join potluck tu. Baguslah, nak bagi duit raya, duitnya tak ada lagi. Jadi sedekah ajerlah makanan yang kita mampu masak. Banyak lagi masakan-masakan yang sedap-sedap aku tibai masa potluck tu. Yang aku rasa paling sedap masa tu, kuah kacang bebudak apartment 1004. Perghh..mujur ajer aku tak jilat mangkuk tu.

Bila bercakap pasal masak ni, teringat pulak yang mummy suruh aku masak di rumah bila balik nanti. Hmmm...itu memang jadi masalah sikitlah. Aku memang segan plus tak berani nak masak kat rumah. Bukan apa, takut digelakkan dengan mummy. Aku dengan dia memang sangat lain selera makan. "Alah mummy, malas aa orang nak masak kat rumah. Nanti kang, mummy komplen, kata masin laa..tawar laa...apa laa". "Tak ape ler, engkau masak ajer. Biar mummy yang letak garamnya". Hmm..lately ni banyak pulak request mummy kat aku. Ajak aku balik Kelantan laa (dia suruh aku drive sorang-sorang)..suruh aku masak lah..mintak aku beli set pinggan mangkuk untuk dia la. Memang nak buat semua tu, cuma mintak slow-slow la sikit. Pancit aku nak penuhkan.

Insya Allah minggu depan akan dapat resipi Baklava, sejenis kuih dari Timur Tengah. Ada sorang instructor lab aku untuk kelas CH E 407W dari Iran setuju nak beri pada aku. Katanya, itu resipi keluarga dia. Ah, tak apalah, yang penting aku dapat resipi tu. Nak cuba-cuba sendiri kat dapur apartment aku. Tak pun, bagi kat mummy, suruh mummy cuba kat rumah. Aku memang suka baklava ni. Professor Abdullah Yavas, atau pun Brother Abdullah ajer aku panggil dia, kata baklava ni dari Turki. Tapi Sanaz, TA aku tu kata pulak, baklava ni asalnya dari Iran. Hmm....gasaklah korang. Yang mana-mana ajer, asalkan aku dapat cuba kuih ni.

By the way, kat blog Kak DZ ada letak satu URL untuk tengok ramalan jodoh mengikut Arab kuno. Memang kelakar la website yang dia rekomenkan tu. Aku cuba dengan 3 nama orang yang berlainan. Gila tak gila..mula dengan nama first crush aku. Daripada 3 tu, satu daripadanya kata kalau aku kawin dengan orang tu, rumahtangga kami akan sentiasa diuji dengan kesusahan. Yang keduanya pulak, dikatakan rumangtangga kami akan sentiasa dibanjiri dengan rezeki yang berlimpah ruah. Yang ketiganya pulak, dikatakan rumahtangga kami akan sentiasa dimuliakan oleh masyarakat sebab rumahtangga kami ni menjadi contoh teladan. Ini komen yang dinyatakan oleh ramalan Arab kuno tu tentang personaliti aku (yang aku rasa memang tepat la kot..kui kui kui..),

Beruntunglah kamu, karena kamu termasuk orang yang banyak disukai orang lain karena sikap ksatriamu. Di sisi lain, kamu punya budi pekerti yang halus dan sopan santun. Satu kelemahanmu yaitu jika mempunyai keinginan sulit dibantah.

My first reaction? Aku gelak tak ingat sampai tepuk-tepuk meja punya! None of the three persons tu sebenarnya ada kaitan dengan aku. Aku tak percaya ramalan-ramalan ni, tak kisah ler sebaik mana pun ramalannya pasal aku. Allah juga yang Maha Tahu siapa perempuan yang bakal bersama aku. Tapi mana tau, kot-kot antara nama-nama yang aku cuba tu, ada satu yang berhasil ke? Ah well, who knows? Lightning could strike!

Wednesday, November 17, 2004

Aidilfitri Memory Revisited

People say, some of the best memories visit you on the eve of very special occasion. Some can be fond memories and some can be bitter memories. To some genius people, they actually make money from these remembrance moments. For instance, many Hollywood filmmakers made movies from stories before the Christmas. Like The Family Man, Scrooged and many more. Well, we are not talking about the Christmas here. We are talking about Eid Fitr. How many of you actually reminisce the good ol' memories on the eve of Eid Fitr? Care to share with us?

Let me start by sharing my 2 cents worth of my story.

Years ago I fell in love. In all the honesty I have, I must say, that was the best moment in my life knowing that I was whole-heartedly in love. Oh yes, it sounds very cheesy but not to me. Being in all-boys school for 5 years, we were basically testosterone hormone dependant. Lovey duvey was a big no no for me.

As sappy as it was, I started to learn how to miss a person. It was really bad because I was torn apart, between telling her the truth or hiding it from her. After a few days of consolation, I decided to call her right after I finished with the Eid Fitr prayer and its sermon. But that was only the beginning.

I was among the first people arrived at the mosque that morning. The takbeer was recited. And you know how does it sound - very melancholic tone and full of emotion. I couldn't help to keep thinking about her. Wanting to know, how is she doing over there in East Coast. Is she having a good time with her family and what not. I slowly let the peaceful moment of Eid Fitr absorbed deep into my innerself.Within that tranquility, I found myself slowly sobbed for missing her so much. So much so, I gradually let my tears rolled down my cheek. It wasn't that hard to admit to myself that I actually wanted to be by her side. Or maybe, wanted her to be by my side. Wanted to celebrate Eid Fitr with her.

God knows what is the best for His servants and we didn't end up together. After a few years of waiting with 3 time rejections, I made peace with myself and moved on.

And everytime Eid Fitr visits me, I will surely remember that I was once shed my tears for a lady on the morning of this holy day. Hoping that she will eventually miss me too. But now, the hope is gone. Only the memory still preserves for the spirit of remembrance.

How about you, dear readers? If you have your story to share with me, feel free to write in the comment section. Till then, enjoy the rest of the festive season. Selamat Hari Raya!

Sunday, November 14, 2004

Standing on the Edge

How would you feel when you stand at the edge, and can't do anything more to continue your journey? When you risk everything you have in chasing your dream? How about you feel helpless because you are stucked, get caught in situation you cannot get yourself out from it? You feel rage inside yourself. You feel angry. Dissappointed will be an understatement, either frustrated would not serves its true nature in defining the moment.

Building a bridge is what we are doing now. We build a bridge because we want to get to the other end of the bridge, looking for a new perspective and new insights. Or perhaps, looking for new relationship - to put it in perspective. But the bridge must be built from both sides. You cannot build a bridge from the middle and extend both sides to the riverbanks. It is ridiculous and not realistic at all.

After all, this is all a mere illusion and I get caught in this delusional moment. Everything is impossible.

Bitter is all I have now.

Friday, November 12, 2004

Di Hujung Ramadhan

"Din, bila kau nak balik Malaysia ni? Mak dah lama benar tak nampak kau dalam rumah ni".
"Din tak dapat cutilah mak tahun ni. Tengoklah, Din cuba usahakan balik hujung tahun ni, ya mak?", jawabnya lemah. Dia mengeluh sekejap.
"Dah 3 tahun kau tak sambut raya kat rumah ni. Mak teringin nak kau ada kat sini waktu raya nanti. Mak bukan apa Din, mak sunyi kat sini," kata ibunya. Tersekat-sekat suaranya seolah menahan sebak di dada. "Sejak ayah kau dah tak ada, dah tak ada sapa-sapa lagi di rumah ni. Along selalu sibuk, tak habis-habis dengan kerjanya. Nak harap Angah datang bertandang ke sini, jauh sekali. Asyik dengan bininya saja. Tahun ni belum tentu lagi balik beraya di sini. Selalu sangat beraya di kampung bini dia. Si Hana jauh di UK sana belajar. Siapa lagi yang nak temankan mak ni Din".
"Mak, kalau Din boleh balik, memang Din balik rumah beraya tahun ni dengan mak. Tapi Din kerja jauh mak. Rezeki Din ada kat sini. Mak, Din janji dengan mak, Din minta cuti sebulan hujung tahun ni. Din balik M'sia dan duduk dengan mak untuk sebulan. Ya mak?". Itu saja yang mampu dia katakan pada ibunya.

Hari ini tinggal lagi seminggu untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Din masih lagi sibuk dengan tugasannya di pejabat. Kadang-kadang dia habiskan seharian suntuk di pejabat. Bidang tugasnya sebagai jurutera ternyata menghalang dia untuk bersenang-senangan seperti kawan-kawannya yang lain. Kebetulan dia telah pun ditugaskan untuk mengurusi satu projek baru. Lelah dirinya apabila terlalu banyak perkara yang perlu dia bereskan.

"Hello Along, assalamualaikum".
"Hello...haa..apa citer kau telefon ni? Kau balik tak raya ni, Lang?".
"Insya Allah balik. Tapi kau jangan cerita pada mak pulak pasal ni. Saja aku nak buat surprise kat mak," balas Din.
"Kau jangan Lang. Mak tu bukannya sihat sangat sejak dua menjak ni. Karang kau tiba-tiba tercegat depan pintu rumah tu, mati terkejut mak nanti!".
"Aishh, ada ke situ pulak. Nak sangat ke mak mati?!", Din meninggikan suaranya sedikit. "Idak ler, tapi sekurang-kurangnya kau bagi tahu pada mak dulu. Jangan nak buat terkejut-terkejut ni. Kau pun tahu perangai mak, bukannya suka sangat terkejut ni," jelas Along. "Haa, iya lah..iya lah. Eh, mak ada tak? Aku nak cakap dengan mak kejap". "Haa, kau tunggu kejap. Aku panggil mak," balas Along lagi.

"Hello Din, ni mak ni". Sedikit-sedikit terdengar di cuping telinga Din suara ibunya serak.
"Mak, mak apa khabar?".
"Mak sihat ni. Batuk sikit-sikit. Agaknya badan mak sejuk gamaknya. Eh, ni apa cerita telefon rumah rajin sangat ni? Selalu telefon sebulan sekali ajer," soal ibunya.
"Saja ajer mak. Hari ni Din kurang busy sikit. Kebetulan terasa nak sembang dengan mak pulak hari ni".
"Oh ye ke? Haa Din, ingat tak si Hafizah anak Pak Wan depan rumah tu? Dia dah nak nikah lepas raya ni".
"Haa, Din ingat dia mak. Dia nikah dengan siapa mak? Alahai, rugilah Din macam ni mak! Dah la lawa budaknya tu. Putih gebu kan dia mak? Din baru ingat nak masuk mengurat anak makcik Ani tu," kata Din sambil tergelak-gelak. Geli hatinya bila dia menyebut tentang hal mengurat anak dara jirannya.
"Padan muka kau Din. Mak dah suruh dari dulu lagi tapi kau tak nak. Asyik sibuk memanjang pasal belajar. Kau ni pulak Din, bila nak kahwinnya? Umur dah nak masuk 30. Nak jadi bujang lapuk ke?", soal orang tuanya. "Bujang lapuk pun famous mak. Macam P Ramlee tu kan mak? Mak tak nak ke anak bujang mak ni jadi famous?" sambung Din mengusik ibunya. "Haa..mak tak nak kau jadi macam P Ramlee. Nak kahwin, biar kahwin bini seorang. Kita nak berlaki berbini ni, biarlah kekal sampai akhir hayat bersama. Tak ada bercerai-berai," panjang pula ibunya menyambung 'ceramah'.
"Alah mak! Din ni, nak cari seorang pun payah gila. Ni kan pulak nak bertambah-tambah bininya. Lagi pun mak, siapalah nak ke Din ni. Muka macam getah sekerap!", jawab Din. Dia tertawa terkekeh-kekeh di hujung corong telefon. "Engkau ni kalau pasal merepek, memang nombor satu. Dari kecik sampai ke besar! Eh Din, mak sakit perut lah. Mak nak ke bilik air ni".
"Alaah mak. Nantilah dulu. Erm mak, hari raya dah dekat ni. Din nak minta ampun kat mak. Mintak ampun sangat-sangat. Din tak dapat balik cuti beraya. Halalkan makan-minum Din selama ni. Din cuma nak cakap, Din rindu sangat nak jumpa mak. Din janji dengan mak, hujung tahun ni Din balik M'sia. Din nak bawa mak balik kampung, gi ziarah kubur ayah sama-sama. Ya mak, ya?" kata Din. Dia cuba sedaya upaya menahan perasaan hibanya.
"Mak tahu kau kerja kat sana, Din. Mak tak paksa kau balik. Kau ada tanggungjawab kau di sana. Kalau ada salah silap kau dengan mak, dah lama mak ampunkan. Kau kan anak mak juga, sama macam Along, sama macam Angah dan Hana. Kau jangan risau semua tu. Kerja elok-elok sana. Jaga diri baik-baik, jangan lengah-lengahkan sembahyang tu. Itu ajer pesan mak", panjang lebar ibunya beri nasihat. Ringan sedikit rasa hati Din. Sejuk hatinya bila mendengar tiap pesanan dari ibunya.
"Eh Din, mak ni sakit perut ni! Mak pergi bilik air dulu! Bercakap dengan kau ni, memang takkan sudah," ujar ibunya lagi. "Haa..ya lah mak. Din letak dulu ya mak? Selamat hari raya mak! Assalamualaikum," balas Din. Tup. Talian telefon sudah pun diputuskan. Din cuma menggelengkan kepalanya sahaja.

28 Ramadhan, 1420
Din sudah pun mengemaskan segala pakaian yang bakal dia bawa pulang. Segala dokumen perjalanan sudah pun diurusi sebaik mungkin. Dia sempat membeli-belah pada hari semalam untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk adik-beradiknya. Din pun tak lupa membeli beberapa selendang sutera sebagai hadiah untuk ibunya. Hatinya sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Dia juga membawa pulang seorang temannya untuk diperkenalkan kepada ibu di rumah nanti. Din mahu restu dari maknya sebelum dia meneruskan hubungannya dengan 'kawan'nya itu.

Resah sungguh hatinya ketika berada di Newark International Airport. "Ya Allah, janganlah delay flight lagi macam dulu," ngomelnya sendirian. "Hey Din, are you okay?". Din terkasima sebentar. "Yeah, I'm cool here. It's just that I don't feel easy about this. It has been quite sometimes I've been away from my family. A bit anxious here though!", balasnya lembut. Din tetap tersenyum memandang temannya itu. "By the way Din, did you tell your brother to fetch us at the airport", soal temannya lagi. "Oh yeah, yup. I told Along to be there at 10 am. I'm pretty sure by then we should be over with the immigration...".

"Flight MH90 from Newark to Kuala Lumpur is ready for boarding. All passengers are required to provide the tickets and IDs. Passengers will be called upon through their seat numbers. Row 33 till...."

Din bingkas bangun dari tempat duduknya. Hatinya sudah berasa tidak sabar untuk tiba ke tanahair. "Lisa, shall we?". Lisa menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan segera menyertai barisan para penumpang yang bersedia untuk menaiki kapal terbang MAS. Senyuman di wajah Din tidak lekang sejak dia mula sampai ke lapangan terbang. Di hatinya terbayang reaksi wajah ibunya tatkala dia tiba di rumah nanti. "Mesti mak suka aku balik ni," katanya sendirian.

"Welcome to Malaysian Airlines sir, ma'am".

Sudah hampir 21 jam mereka berdua berada di dalam kapal terbang. Sebentar lagi penerbangan MH90 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Pemandangan bandar Kelang yang berbalam-balam dari langit tinggi membuatkan Din semakin tidak sabar untuk mencecahkan kakinya semula ke tanah. Dari jauh lagi dia sudah nampak menara KLCC yang tersergam indah. Begitu juga dengan Menara Kuala Lumpur. Tidak berhenti-henti dari tadi Din menceritakan tentang kehebatan bangunan KLCC kepada Lisa. Lisa cuma tersenyum kelat. Ah, barangkali dia penat dalam kapal terbang. Terperenyuk di kerusi berjam-jam, siapa yang tidak akan lesu. Berkaca-kaca mata Din apabila dia melihat pemandangan KLIA dari tepi tingkat. Hatinya terasa begitu rindu sekali untuk melihat suasana di ibukota nanti. Ingin sekali dia menghirup udara Kuala Lumpur setelah bertahun-tahun meninggalkannya.

Setelah selesai menguruskan urusan paspot dengan Pegawai Immigresen, Din dan Lisa segera meninggalkan kaunter Immigresen dan bersiap untuk menunggu bagasi mereka. Selepas itu keduanya berjalan menuju ke Balai Ketibaan. Dari jauh lagi Din sudah dapat mengenal kelibat Along yang diam berdiri. Dia nampak Along tersenyum, tapi senyumannya tidak seceria seperti yang sepatutnya.

"Assalamualaikum. Lama ke tunggu kita orang?", tanya Din.
"Wa'alaikumsalam. Tak lama sangat. Dah, tak usah berlengah lagi. Kita balik rumah terus ya?" ujar Along. "Eh nanti dulu. Ni, perkenalkan, Lisa," kata Din. Along menganggukkan kepalanya seraya menatap wajah Lisa. Lisa tersenyum. "Lisa, this is my brother, Along". "Assalamu'aleikum, nice to meet you," katanya. Along sedikit terkejut. "Oh Long, dia saudara baru kita. Okay, cepatlah, orang pun tak sabar nak jumpa mak ni," ujar Din lagi. Riak wajah Along segera berubah. "Hmm..marilah. Cepat sampai, cepat kita jumpa mak," jawab Along.

Setibanya mereka di rumah, Din merasa hairan apabila melihatkan ramai orang berkumpul di halaman rumahnya. Ramai pula yang berketayap dan bersongkok hitam berhimpun seolah-olah ada keramaian. Hatinya mulai berdebar dan rusuh sekali.Kedengaran suara orang ramai membaca surah Yasin. Dia segera memandang Lisa dan abang sulungnya. Lisa sendiri keliru. "Along, kenapa ni? Ada apa kat rumah kita ni Long?". Din nampak Angah bersongkok sedang sibuk mengedarkan naskhah Yasin kepada orang ramai. Along berpaling dan memandang wajah Din.

"Lang, mak kita dah tak ada. Mak sakit tenat sejak dari malam tadi. Katanya perutnya sakit. Aku bawak mak pergi ke hospital tengah malam tadi," jelas Along. Nyata di wajahnya kemurungan yang teramat sangat. Sejuk kepala lutut Din mendengarkan berita itu. Bergetar seluruh tubuhnya seolah-olah tidak mahu menerima berita kematian ibunya. "Mak sakit apa Long?". "Aku tak tahu. Doktor beritahu pagi tadi, perut mak ada banyak asid sampai berlubang dinding perutnya. Kata doktor lagi, mak lambat sangat dapatkan rawatan di hospital. Ulser di perut dia jadi makin parah. Aku cuba telefon kau malam tadi tapi tak dapat," jawap Along.

Belum sempat Along menghabiskan kata-katanya, Din sudah pun segera berlari masuk ke dalam rumah. Ditinggalkannya bagasi di luar begitu saja. Dia nampak sekujur tubuh ibunya terbaring di ruang tamu dengan ditutupi oleh sehelai kain batik jawa. Angah bangun segera dari tempat duduknya. Din terduduk di hujung kaki jenazah ibunya. Tak mampu lagi rasanya untuk dia berdiri lebih lama lagi. Pak Long datang menghampirinya dan cuba menenangkan keadaannya. Din bungkam seketika. Dia seperti keliru. Pak Long angkat sedikit hujung kain batik sehingga mendedahkan wajah pucat ibunya. Air mata segera terhambur keluar dari celah-celah kelopak mata Din.

"Mak..Din dah balik rumah ni. Kenapa mak pergi dulu? Sampai hati mak pergi dulu. Kenapa mak tak tunggu Din sampai rumah," Din memeluk jenazah arwah ibunya. Beberapa orang jirannya menyeka air mata mereka melihatkan ratapan Din. "Mak, Din bawa bakal menantu Mak. Nama dia Lisa, mak. Dia berhajat sangat nak jumpa dengan mak," rintih Din sambil dia mencium-cium wajah lesu dan kaku ibunya. Lisa berdiri tegak di pintu rumah. Dia sendiri mengalirkan air mata melihatkan keadaan Din meratap hiba kehilangan satu-satunya orang tuanya itu. Along segera meminta isteri Angah mendapatkan Lisa dan bawa dia masuk ke dalam bilik.

"Din, mak kita dah balik dijemput tuhan. Usah kita ratap-ratapkan lagi. Terseksa roh mak nanti, Din. Kita doakan arwah mak bahagia di sana," kata Along lembut. Din masih lagi tersedu-sedu. Dadanya terasakan sesak hingga dia berasa sukar untuk bernafas. "Din, kau banyak-banyakkan mengucap. Bawak bertenang Din," sambung Pak Long pula. "Mak...Din minta ampun mak sebab Din tak bagitau mak yang Din nak balik. Din mintak ampun mak sebab Din tak beraya dengan mak lama dah," keluhnya lagi. Perlahan-lahan Din melepaskan pelukannya. Along dan Angah memapah Din ke tepi. Jiran tetangganya mulai menyambung bacaan surah Yasin yang terhenti tadi. Angah hulurkan senaskhah surah Yasin kepadanya. Din menolak pemberian abangnya itu. Dia sendiri membacakan surah Yasin dengan tanpa dibantu bahan bacaan ayat suci Al Quran itu. Air matanya masih mengalir. Semakin lama semakin deras. Sesekali dia menyeka air matai yang membasahi pipinya. Hatinya hancur sekali apabila dia menyedari hakikat yang ibunya tidak dapat lagi bersamanya lagi. Tamat sudah tempoh emak di bumi Tuhan.

Kini sudah dua tahun emaknya kembali ke alam baqa. Setiap kali Ramadhan tiba ke penghujungnya, Din berasa sayu sekali kerana terkenangkan arwah ibu yang kini bersemadi jauh di dasar bumi itu. Lisa, yang kini menjadi isterinya, sangat-sangat memahami keadaan hati suaminya. "Honey, let's go home. It's about time to break our fast," sapanya lembut. Din berpaling menghadap isterinya, di pipinya masih lagi basah dengan air mata. Dia menatap kedua mata biru milik isterinya dan sejurus kemudian, dia bingkas bangun dan mendapatkan anaknya yang didukung oleh Lisa. "Yeah sure. We better get home before maghrib comes in," katanya seraya menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Lisa. Mereka berdua berjalan bergandingan tangan lalu meninggalkan kawasan perkuburan yang terbiar sepi dan sunyi itu.

Wednesday, November 10, 2004

Lagu Raya Kegemaran



Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia
Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyengat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku....- Setitis Cahaya di Aidilfitri, Aishah


Sayunya takbir bergema
Meredah keindahan suasana
Diriku ini jauh di rantauan
Ku berteman bayangan dalam penjuru impian
Di hari yang mulia, kutatapi segalanya
Tak sabar bertemu ayah dan bonda
Menghulur tangan bersalam-salaman
Menghapus dosa silam...- Takbir di Rantauan, A to Z


Semua orang ada lagu raya favourite masing-masing. Yang kat atas tu, sedikit senikata lagu raya yang aku suka. Yang aku kira, ada nilai sentimental bagi aku. Sementelah raya pun dah nak dekat ni, lagi rajin aku pasang lagu raya sambil study untuk exam aku dalam minggu ni. Bila dah dengar banyak kali, kita jadi lali dah dengan irama lagu tu. Tapi masa mula-mula dengar bait-bait senikata lagu di atas, buat hati aku tersentuh. Ada setitis dua bergenang air mata. Masa tu lah terasa sangat-sangat sunyi dalam hati, berjauhan dengan mak ayah, dan abang adik. Even, sampai ke hari ni pun hati aku masih lagi sunyi walau pun komuniti Malaysia, khususnya melayu di sini makin bertambah ramai berbanding waktu aku mula-mula sampai di sini kira-kira 5 tahun dulu. Mungkin hati aku akan terus sunyi sampai aku kembali pada keluarga di Ampang.

Menyusur kembali kenangan-kenangan dulu, memang tak sangka Aidilfitri kali ni akan jadi Aidilfitri yang terakhir bagi aku di sini. Imbas kembali hari raya aidilfitri aku yang pertama di US, aku berseorangan saja di apartment aku di Gateway. Kemudian aku buat keputusan untuk ke program agama anjuran MISNA di Leesburgh, Virginia. Habis program agama tu, aku teruskan musafir aku ke Bloomington, Indiana dengan menaiki bas ekpres Greyhound dari Washington DC ke sana (transit di Columbus, OH). Di situ, kami sambut Hari Raya dengan kawan-kawan ATU One yang lain. Cek Wan dari Minnesota, Intan dari Chicago, Kench dari Cleveland turun ke situ. 11th East Street, area rumah lama bebudak melayu di Bloomington tempat pertama aku sambut Aidilfitri. Meriah sebab Amy dan Rush buat biskut raya, Kak Kes buat rendang. Kami yang bebudak jantan ni semuanya menghabiskan duit dengan sewa videotape untuk ditonton beramai-ramai di rumah Amy. Setiap malam aktiviti yang sama - layan movies sampai sahur.



Setiap kali hari raya, aku akan call kampung aku, baik di Tanjung Karang, Selangor mahu pun di Kuala Krai, Kelantan. Saja bersembang dengan semua orang. Tapi bila sembang dengan mak ayah aku, tekak rasa kelat ajer nak cakap, "Pa, ayed mintak maaf zahir dan batin". Ishh..entah, tak biasa macam tu. Seingat aku, yang aku bebetul cakap macam tu masa sebelum aku amik exam SPM - mintak ampun, mintak halal makan dan minum plus doakan hati tenang sebelum amik exam. Tapi bila waktu raya, serius aku rasa kekok. Maybe bukan satu budaya dalam keluarga aku untuk bersalam-salaman dengan ibu ayah. Apatah lagi bersalam-salaman dengan adik beradik sendiri. Pelik.

Insya Allah tahun ni, aku akan call 4 buah rumah pada malam hari raya. Rumah atuk di Tanjung Karang, rumah Bak di Kuala Krai, Kelantan, rumah keluarga sendiri di Ampang dan rumah mama di Ampang Jaya. Oh ya, rumah kawan aku di Singapura (dah janji dengan dia nak sembang sakan pada malam raya). Hmm..tu dah jadi 5 buah rumah tu.

Anyway, pada semua, Salam Aidilfitri semua, mohon ampun maaf, tong tong, kosong-kosong, cincai semuanya! Kepada teman-teman beragama Hindu, Selamat Menyambut Deepavali, semoga cahaya terus menyinari dalam hidup anda semua.
Kelantan Negeri Aku

Ramai orang tak percaya kalau aku cakap aku asal dari Kelantan. Mungkin sebab lidah aku dah keras. Tak boleh bercakap loghat kelantan sangat. Bak kata sepupu aku,"Bunyi macam orang Siam cakap kelantan". Agaknya orang Siam cakap loghat Kelantan pun lagi bagus dari aku. Apa-apa pun, aku tetap bangga dengan status anak Kelantan aku.

Aku sebenarnya lahir di kuarter polis di Wakaf Mek Zainab, satu kawasan di Kota Bharu. Kami adik beradik membesar bersama-sama dengan anak-anak polis yang lain. Buas, nakal, 'gedebe'. Tapi yang paling 'gedebe' pun Angah lah, yang lain kurang sikit 'gedebe' nya. Tapi bila makin besar ni, 'gedebe' sudah kurang tapi jadi makin 'gelenya'. Hahahahaha...

Tak banyak yang aku dapat ingat pasal Kota Bharu melainkan waktu banjir. Dulu-dulu kalau waktu banjir, papa akan bawa kami adik beradik redah air banjir untuk bermain air. Papa aku selalu dukung aku dan Angah diletakkan atas bahu dia. Tangan dia lagi sebelah pimpin Along sambil redah air banjir yang separas pinggang dia. Kuat gila papa aku.

Bila aku masuk Alam Shah, aku dapat kawan dengan ramai budak Kelantan. Dari situ, aku asah balik loghat kelantan aku. Selalunya aku sembang dalam loghat Kelantan dengan member aku, Abadi, dari Besut. Orang Besut tak cakap guna loghat Terengganu, tapi diorang cakap dalam loghat Kelantan. Panjang kisahnya kenapa orang Besut tak mahu mengaku Terengganu tu negeri diorang, instead Kelantan jadi negeri diorang. Ni semua asalnya dari kisah kebodohan sultan Kelantan yang kalah sabung ayam dengan sultan T'ganu. Haii..sultan kelantan ni dari dulu sampai sekarang, bengapnya tak hilang-hilang.

In fact, sebulan dua sebelum aku masuk ke PPP, ITM, aku bawak diri sorang-sorang ke Kelantan untuk dua minggu. Aku guna duit kerja aku lepas SPM tu untuk jelajah Kelantan dengan member aku dari Alam Shah, si Fizzah tu. Kami naik motor EX5 dia ajer, ronda-ronda di kawasan dekat-dekat Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu. Entah mana lagi kitorang sampai, aku pun dah tak ingat. Ingat nak road tour on Harley Davidson, tapi dah tak ada, EX5 pun jadiklah kan.

Macam-macam aku dengar orang kutuk orang Kelantan ni. Kata orang Kelantan ni suka berpuak lah. Kuat semangat negeri lah. Orang lelaki Kelantan ni, lelaki jahatlah. Orang kelantan ni kolotlah. Pendek kata, macam-macam lah. Kadang tu pedih juga telinga, rasa nak sepak-sepak ajer sapa mulut celupar tu kan. Bising mengutuk, tapi ramai juga yang sibuk nak carik bini orang Kelantan. Tahulah mek-mek Kelate ramai yang comel-comel, ayu-ayu. Nak-nak yang dari Pasir Mas, stok putih melepak.

Aku suka Kelantan sebab bagi aku, negeri ni unik. Unik sebab ada budaya sendiri, ada loghat bahasa sendiri, orang-orangnya rajin bekerja, jadi tumpuan baik dari UMNO mahu pun PAS. Yang lagi unik negeri ni, bila sultannya tak gheti baca tulisan roman, instead dia baca, "pangkoh pangkoh pangkoh vi" (XXXV yang bermaksud 35) semasa hari keputeraannya yang ke 35. Aku suka betul dengar orang cakap dalam loghat kelantan. Kalau orang perempuannya cakap loghat kelantan, aku rasa comel giler. Hahahaha..itu aku la kan. Orang lain, aku tak tahu!

Sunday, November 07, 2004

Cerita Paksa Zaman Sekolah



(Sam sekarang engineer di PETRONAS, graduated from Imperial College, London UK; Shooke dah jadi Doktor Shukry Khalid, graduated from UM; Acap dah jadi engineer dengan company ayah dia, graduated from U of Michigan, US; Dolah sekarang dalam proses buat PhD dan lecturer di MMU, Melaka, graduated from MMU; Hadhramie buat Master di Australia bawah tajaan MMU, Melaka, graduated from MMU)

Satu hari aku dengan member-member kat sini sembang cerita pasal macam mana boleh hisap rokok. Aku bagitau la sikit-sikit pasal pengalaman aku dengan rokok. Aku pernah hisap rokok, bukan tak pernah. Hisap rokok Salem 7 batang waktu lepas PMR. Masa tu pulak aku cuba hisap rokok kat rumah member baik aku dari sekolah rendah, si Mat. Saja nak tahu apa best sangat hisap rokok ni. Habis sekotak rokok Salem tu aku hisap, still aku tak dapat mencari maksud kemasyukan hisap rokok yang diwar-warkan dek penghisap rokok tegar.

Tapi ada jugak yang hisap rokok bukannya disebabkan kemahuan sendiri. Macam member aku la sebagai misalannya. Dia kata dia kena paksa hisap rokok dengan senior dia. Camnih dia cerita cemaner senior dia paksa dia hisap rokok,

Senior X : Weh, aku nak kau hisap rokok ni!
Encik X : Ishh, tak nak bang. Tak elok hisap rokok ni!
Senior X : Aku tak kira! Aku nak kau hisap rokok ni. Tapi kalau kau tak nak hisap rokok tak apa, dengan syarat, kau hisap batang aku!
Encik X : Erkkk!!! Iskkk..tolong aa bang! Janganlah paksa camni bang..
Senior X : Ahhhhhh..cepat! Kau nak hisap rokok ni ke, atau nak hisap batang aku?

Haaa..naye gak tu kalau kena paksa cenggitu kan? Cerita kena paksa kat sekolah asrama ni standard lah. Memang macam-macam kena paksa. Ada jugak kena paksa fly (keluar asrama secara haram) sebab kena belikan makanan untuk senior. Mula-mula buat secara terpaksa, tapi lepas tu rasa seronok pulak terus jadi ketagih.

Haa..ni lagi satu cerita time aku kat sekolah dulu lah. Waktu tu kami dalam Form 2 and baru balik dari kelas prep malam. Kelas prep malam kat sekolah aku habis jam 11 malam and lampu asrama kena tutup jam 11.30 malam. Oh lupa nak citer, kami wajib pakai baju melayu and kain sarung kalau pergi kelas prep malam. Tak tahu apsal ntah kena pakai camtu.

Member-member aku dari kediaman Zaaba balik lah bilik diorang untuk tidur malam. Kebetulan, senior masa aku junior dulu-dulu memang stok cibai tak ingatnya. Itu belum masuk cerita homoseks diorang, tu takyah cerita la kan. Naik bulu roma ni kalau bukak cerita pasal ke'homoseksual'an batch diorang ni. Tiba-tiba masa member-member aku tengah sibuk bersiap tukar baju tidur, senior kat bilik diorang jerit suruh kumpul bilik,

Senior : Haaa..tunggu apa lagik weh! Kumpul bilik semua!
(Bebudak form 2 and form 3 berkumpul tengah bilik. Ada yang sempat tukar baju tidur, pakai t shirt dengan seluar trek. Ada yang tak sempat tukar baju, cuma berbaju melayu and berkain sarung ajer. Lampu bilik pun dah kena padam kan)
Senior : Haa..sekarang aku nak korang semua menonggeng! Tunggu apa lagik wehh!!! Tonggeng laaa..aku nak toron korang semua malam ni!!

Ya Allah, cuba korang fikir apa perasaan korang kalau korang yang jadi junior dalam bilik tu. Mesti cuak tak ingat punya lah..aku yang dengar cerita member aku tu pun boleh cuak. Tapi nasib baik la senior-senior kediaman Aminudin Baki tak secibai senior-senior kediaman Zaaba. Sapa mau kena toron (sodomi) dengan senior? Iskkk..simpang malaikat 44 wehhhh! Tapi mujurlah malam tu bebudak kat rumah Zaaba tu tak kena toron. Giler seh. Seriau jugak tu!

Tapi bila aku ingat-ingat balik cerita tu..memang aku gelak toksah kata lah. Macam-macam kisah kat asrama dulu. Kisah cerita kena ragging dengan senior dulu-dulu pun dah jadi modal ketawa dah walau pun time kena dulu, mulut ni memang ringan ajer menyumpah-nyumpah senior. Itulah dia warna-warna kehidupan kita. Lagi berwarna, lagi banyak modal berceritanya. Tak gitu?

Mimpi Aneh (tambahan)

Sejak dua menjak ni aku rajin benarlah mimpi yang pelik-pelik. Misalnya, dua tiga hari yang lepas aku mimpi pasal aku berjumpa dengan Dato Seri Anwar Ibrahim. Okaylah yang part jumpa dengan dia tu kan. Tapi yang paling pelik, mukanya bukan muka DSAI. Mukanya macam muka Samy Vellu. Eh, macam mana ni kan? Suaranya memang sahih, suara DSAI. Aku bangkit dari tidur dengan istighfar panjang.

Lepas tu, pagi tadi aku bangkit dari tidur dengan perasaan berdebar-debar. Sebabnya malam tadi aku mimpi aku ada kat sekolah. Kami kelam kabut bangun dari tidur untuk bersiap-sedia untuk inspection hari Sabtu. Kalau kat Alam Shah, memang setiap hari Sabtu kami akan ada pemeriksaan bilik-bilik oleh warden dan para pengawas. Yang paling nayanya, kalau kita jadi junior. Memang stok nak kena tibai ajer dengan pengawas, especially prefect F5.

Berpeluh-peluh la time inspection tu nak menjawap soalan-soalan prefect yang jumpa kotoran dalam bilik, yang tahu ada cadar tak tegang, ada loker berdebu, ada cermin tingkap tak berlap. Jadi pagi tadi aku terjaga dari tidur, kelam kabut nak cari tie sekolah aku. Nasib baik aku tersedar, bila aku tahu yang aku bukan lagi di Alam Shah. Tapi di Pennsylvania State University. Phewww..lega sehh...

Thursday, November 04, 2004

Living in True Color



6 tahun dulu aku diminta untuk pilih universiti mana yang aku nak pergi. Aku pilih tiga universiti; Colorado School of Mines, Penn State U & Ohio State University. Semasa mengisi borang kemasukan ke universiti-universiti tersebut, soalan yang terakhir sekali yang aku kena jawap ialah kenapa aku pilih universiti tersebut dan ceritakan serba sedikit tentang siapa aku sebenarnya. Aku memang tak ada masalah nak jawap soalan yang pertama, tapi bila kena jawap soalan kedua tu, aku macam dumbfounded sikit.



Sebenarnya dalam diri kita ini ada pelbagai 'diri'. Kalau tak percaya, cuba lihat diri sendiri dan perhatikan gerak geri kita bila kita berhadapan dengan pelbagai situasi. Kalau kita punya hanya satu diri saja, dan memang kita kantoi giler bila berdepan dengan keadaan yang tak sesuai dengan diri kita. Ambil contoh, kalau kita ni jenis serius, dah tentu kita tak boleh nak masuk bergaul dengan kumpulan orang yang stok asyik nak buat lawak ajer. Sah-sah tak kena, betul dak?

Kita sebenarnya kreatif dalam mencipta 'persona' dalam diri sendiri. Kita sebenarnya mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sekeliling kita. Tapi itu tak bermakna kita cuba jadi hipokrit. Apa itu hipokrit sebenarnya? Hipokrit tu orang yang menipu, orang yang menyembunyikan nilai dirinya sendiri kerana untuk kejarkan sesuatu keuntungan pada diri sendiri.



Pelbagai persona yang ada dalam diri kita ini sebenarnya untuk mudahkan laras komunikasi kita. Ambil contoh lagi, aku ni kadang boleh jadi serius, kadang boleh jadi kelakar, kadang boleh jadi emosi. Bukanlah bermaksudnya personaliti aku terhad pada satu-satu jenis emosi saja; ianya pelbagai untuk sesuaikan diri dengan orang-orang di sekeliling aku. Bila orang melawak, kita pun menyelit sekali lah melawak. Bila orang bicara soal yang serius, kita pun turut jadi serius. Takkan orang bercerita pasal menda serius, kita nak buat lawak. Dah tentu tak kena, orang lain pun mesti pandang semacam kat kita. Dah sewel ke apa mamat ni? Tak gitu?



Yang pentingnya, dalam pelbagai persona ini, prinsip dan sistem nilai mestilah sama. Kaedahnya mungkin berbagai-bagai. Pendekatannya pun mungkin bermacam-macam. Sebagai misalannya, aku tak nak ambil contoh jauh-jauhlah, aku cerita pasal diri aku sendiri sudahlah. Prinsip aku, biar aku ada di Amerika ni lama-lama tapi aku insya Allah takkan jejakkan kaki ke kelab malam, bar atau pun pub. Aku boleh melawak dengar cerita-cerita orang pergi ke bar/pub/night club. Aku boleh menyelit dengan mereka-mereka yang pergi ke tempat-tempat macam tu. Aku tak larang dan aku jugak tak galakkan. Sama jugak dengan strip club. Aku tahu ada strip club dekat area tempat aku tapi aku tak pergi dan tak nak pergi. Aku tahu, kalau nak masuk strip club kat situ kena bayar 20 dollar. Aku tahu pun sebab aku dengar cerita-cerita daripada orang-orang yang dah pernah pergi. Aku boleh layan sembang-sembang orang yang pergi ke sana. Tapi aku tak nak pergi dan takkan pergi ke tempat-tempat yang macam tu. Tak bermaksud aku nak bermuka-muka, tapi ini soal prinsip yang takkan berubah.

Tuesday, November 02, 2004

Bila Mau Balik?

Pak Lah: Eh, hang ni bila mau balik? Hang buat master ke kat sana?
Aku : Aishh, dak aihhh. Insya Allah aku balik hujung tahun ni.

Mummy : Ayed balik bila ni?
Aku : Hujung tahun ni paling cepat. Paling lewat pun, awal bulan satu tahun depan.

Papa : Semuanya okay kat sana? Bila Yed balik ni?
Aku : Alhamdulillah, okay sini. Hujung tahun ni baliklah. Tak pun, dapat ajer paspot baru tu, terus naik kapal terbang balik M'sia.


Hmm..semua orang tanya aku bila nak balik M'sia. Ada dua ajer soalan yang ada dalam kepala otak aku ni. Either diorang dah menyampah benar aku ada lama kat State College, or diorang rindu kat aku. Hehehhee..tak kisahlah mana-mana kan, yang pastinya, I am taking my own sweet time here.

By the way, Pak Lah tu senior aku kat sini dulu. Laaa ni dah kerja kat M'sia as engineer and dah kahwin and dah ada anak lelaki seorang.

Sebenarnya baru lepas telefon rumah. Seronok sembang dengan mak ayah aku. Maklum ler, lama benar tak bersembang dengan diorang. Mummy cakap kat aku, papa dapat t shirt raya. Angah belikan. Angah pulak, dapat t shirt baru dari tunang dia. Mahal kata mummy. Aku teringin nak tahu, kot kot raya tahun ni Angah buat baju melayu sedondon dengan kaler baju kurung tunang dia ke. Tapi aku cancelkan soalan aku tu. Tak tahu apsal entah.

Mummy dan papa sibuk tanya bila aku nak balik M'sia. Aku jawap macam biasa, "kalau tak hujung tahun ni, awal tahun depan lah baru sampai M'sia". Default answer. Nak jawap macam mana lagi, bukannya kita boleh balik suka-suka hati.

Aku sempat jugak bagitau kat mummy pasal idea nak bukak bisnes. Mummy macam biasa, remain sceptical. Macam tu ler mak aku, kalau first time aku bagi idea, mesti dia cebik dulu. Dia siap tanya, "Siapa yang nak belinya?". Aku cakap ler, "Alaa..kenkawan laa". Ikut mulut aku, nak ajer aku jawab, "Malaysia ni ada 23 juta rakyat. Mesti salah satu daripada 23 juta orang tu nak beli kek punya!". Tapi aku tak jawap macam tu, nak maintain takmo jadi anak derhaka. Hahahahaa..cukup ler kecik-kecik dulu jadi anak kurang ajar. Dah besar panjang ni, jadi la pulak anak mendengar kata. Anyway, aku still committed dengan idea bisnes ni.

"I want you to have fun"

Bila bercakap pasal hal ni, pasal minat dan idea anak-anak, buatkan aku teringat tengok cerita Everybody Loves Raymond. Hari ni di tv, si Raymond kena marah dengan bini dia sebab dia pandang rendah dengan minat anak dia. So si Raymond ni pergilah mintak maaf kat anak dia, and convince kan anak dia yang dia boleh buat apa yang dia suka and apa yang dia mahu. Satu perkara yang buat aku tertarik bila dia katakan pada anak dia, "I want you to have fun!". Hmm..berapa ramai mak ayah yang cakap begitu pada anak-anak dia?

Quite honestly, aku jarang dapat words of encouragement daripada mak ayah aku melainkan dalam soal pelajaran. Samada mak ayah aku akan larang atau pun berdiam diri terus. Ambil contoh, aku belajar silat gayong dari sekolah menengah sampai masuk PPP, ITM. Papa diam saja. Dia tak galakkan, tapi dia tak larang pulak. Aku masuk kursus Seni Parang dua dan Lembing di Komplek Sukan Kg Pandan, pun papa tak larang. Tapi dia hantarlah aku ke situ malam-malam setiap malam minggu. Waktu di sekolah menengah, aku masuk pancaragam. Sangat fanatik dengan pancaragam. Kemudian masa final exam Form 4, aku dapat 23 aggregate untuk final exam. Papa sangat marah and dia larang aku join band. Kalau dia tahu aku join band jugak, dia akan jumpa dengan pengetua sekolah and suruh Tuan Haji Yusof tu keluarkan aku dari band. Aku tipu ayah aku, aku kata aku dah stop band tapi dalam diam-diam, aku still berlatih dengan bebudak band. Waktu nak ke Sekolah Tun Fatimah untuk Pertandingan Orkestra, aku cakap kat papa, aku kena pergi ke STF sebab 'terpaksa'. Cikgu Suhaimi (coach concert band SAS) suruh aku pergi untuk jadi konduktor sebab jurulatih tak dibenarkan jadi konduktor. Papa tak tanya lanjut, cuma dia datang ke sekolah petang tu and hulur 20 ringgit buat duit belanja di JB nanti. Kalau dia tahu aku tipu dia, mahu gamaknya aku kena halau keluar dari rumah kot!

Tak pernah sekali pun aku dengar mak ayah aku cakap, "Haa..jangan lupa berseronok ya?". Bertuahlah kalau mummy dan papa cakap macam tu.

Tapi mama okay ajer. Aku pernah cakap pada mama, "Mama, is it okay if I join politic?". Dia kata, "I dont mind whatever my children want to be. I just want them to succeed". Aku rasa lega, sebab dia dah cakap explicitly apa pandangan dia. Kalau dengan papa dan mummy, semuanya kena trial and error.

Satu hari nanti bila aku dah jadi ayah, aku nak make sure yang anak-anak aku tahu, aku tak kisah diorang nak buat apa-apa pun selagi tak bersalahan dengan agama atau pun adat budaya orang Melayu. But the most important thing is, aku nak anak-anak aku buat apa yang diorang rasa seronok, again with the some condition - not against the religion and Malay customs. Sebab budak-budak akan tetap jadi budak-budak. Diorang nak bergembira. Diorang nak berseronok-seronok. Kalau diorang tak seronok, nanti diorang depress. Percaya tak kalau aku cakap, kajian di US menunjukkan kanak-kanak seawal umur 9 tahun dah mengalami masalah depresi. Siapa mahu anak-anak yang depressed? Cukuplah mak ayah saja dah depress, jangan libatkan anak-anak sekali.

Hmm..hari raya dah tak lama dah. Apa mau bikin masa hari raya nanti? By popular demand, aku kena masak laksa penang untuk budak-budak Malaysia kat sini masa jamuan hari raya nanti. Tang memasaknya tak ada masalah pun, yang masalahnya, ada sapa-sapa mahu kongsi modalnya?