
Pagi tadi aku buat pertama kalinya pergi mesyuarat agung tahunan untuk satu syarikat korporat. Pertama kali tengok CEO Scomi Group, Shah Hakim Zain dan Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaluddin, buat aku sedikit teruja. Ya ke teruja? Taklah sangat tapi lebih kepada perasaan kagum. Shah Hakim Zain ni kalau diikutkan umurnya memang muda, dalam tak lebih dari 40 tahun tapi sudah jadi CEO Kumpulan.
Aku pun sempat toleh kiri dan kanan, tengok siapa shareholder untuk Scomi Group ni. Rata-ratanya orang Cina yang jadi pelabur. Orang melayu tak ada, kecuali proksi bagi KWSP. Rasa malu pun ada juga.
Tamat saja AGM & EGM, aku amik peluang untuk berjumpa dengan CEO Scomi Group dan Pengerusinya. Saja memperkenalkan diri dan bertukar business card. Indeed, Shah Hakim is a nice person, unlike other stuck up and snobbish corporate guy. But who knows how he would behave in a board of directors' meeting, kan?
Anyway, sementara aku tunggu kawan aku untuk ambil aku di lobi, aku sempat juga berbual dengan salah seorang anggota lembaga pengarah Kumpulan Scomi, Steven Foong. Banyak benda yang aku tanyakan pada dia. And banyak nasihat and pandangan yang aku kira menarik dan juga lain daripada yang lain.
Sebelum dia beredar, aku tanyakan dia satu soalan.
"If there is any good advice you want to give to me before you leave, which one it will be?".
"Remember, be humble. Someday you will be up there, you tend to forget that you are no different than others. Sometimes, people think that they know everything when they actually are not. You can be smart, but there is other person who is smarter than you. You can be rich, but there is other person who is richer than you. Be humble".
"But sir, be humble is a rare commodity nowadays in KL".
"True, and that what makes you a different person than the rest".
He smiled and left in chauffeured Volvo.