Tuesday, January 10, 2023

Selintas rasa di malam hari ini

Aku datang lagi menitip sejarah hidup.

Bukan untuk tatapan aku, tapi buat santapan minda bagi anak-anak aku bila aku sudah tiada lagi. Andai kata kalau aku tak ada lagi, biar tulisan aku ni jadi tanda kenangan bagi anak-anak aku mengenal ayahnya.

Apa-apa pun, malam ni bukan aku nak menulis tentang kisah suka atau duka. Cukup untuk ceritakan apa yang terbuku di hati.

Perjalanan hidup kita semua ni hebat. Jika tidak hebat, tuhan takkan jadikan kita semua. Cukup hebat jika kita tidak rencanakan dalam kitab hidup, ibarat kita mendustai keberuntungan yang tuhan kurniakan pada kita.

Aku bersyukur aku punya dua orang cahaya mata yang comel, penyejuk hati dan penghilang lara. Aku bersyukur punyai seorang teman hidup yang setia, yang berjiwa lemah lembut dengan segala kedegilan aku dan keegoaan aku.

Tekad aku untuk tahun 2023 ni, aku nak tuliskan journal hidupku secara aktif. Menghitungkan semula apa yang baik, apa yang aku mahu perbaiki, apa yang aku mahu kecapi dalam dunia ini pada tahun ini.

Aku rasa ini penting untuk jiwa aku rasa sempurna. Mahu jadi achiever. Mahu jadi orang yang mencapai sesuatu. Sungguhpun kalau aku lihat semula hidup ni, rasa macam jauh lagi mahu jadi manusia hebat. Tapikan, macam aku katakan tadi, kehebatan dan keberuntungan yang tuhan kurniakan pada kita ni adakala tersamar disebabkan tumpuan kita pada yang remeh temeh.

Jadi jurnal ini bagi memusatkan kembali apa yang aku boleh kawal dalam hidup aku. Segalanya boleh diuruskan jika aku kuatkan segala iltizam dalam jiwa untuk capai apa yang aku mahu. Tuhan sudah berjanji pada makhluk manusia, Dia takkan bantu kita mengubah apa yang kita mahukan, selagi kita sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya.