Aku terjumpa lagu yang si Rozie minat baru-baru ni. Every time aku terdengar lagu ni, mesti aku teringat kat kawan aku si Rozie ni.
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan - Sudirman
Aku dengan Rozie dah lama berkawan, sejak dari darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Klang Gate dulu. Now dia ada kat Netherlands, sambung buat PhD kat sana. Kalau bercakap dengan si Rozie ni pasal orang Melayu, mesti dia cerita pasal perjuangan orang Melayu. Aku dengan dia berbeda pendapat pasal perjuangan-perjuangan nih.
Tapi itu yang aku suka. Aku suka discussion, perbincangan, pertukaran pendapat. Perjuangan Rozie lebih kepada bidang akademik. Termasuklah Puteri UMNO. Hehehehe...(mati aku kena katok ngan minah ni kalau aku citer pasal dia & Puteri UMNO nih)
Aku ada cita-cita nak jadi menteri. Nak jadi Menteri Pelajaran. Nak sepak Hishamuddin Tun Hussein keluar. Tapi selepas beberapa ketika, aku tukar cita-cita aku. Aku rasa, aku tak ada kredibiliti untuk jadi seorang menteri. Bagi aku, menteri mesti mempunyai akhlak dan sahsiah yang terbaik dan aku bukanlah dari kalangan itu. Aku tak mahu mencemarkan jawatan menteri itu dengan kisah-kisah perangai aku yang buruk-buruk. Bagi orang UMNO, maybe dah biasa kot. Aku tak mboh!!
Biarlah aku berbakti dengan cara aku sendiri. Bak kata Zidni, kita berbakti melalui menguasai ekonomi negara. Kembangkan ekonomi negara. Ambil contoh, Tony Fernandez, CEO Air Asia, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan banyak lagi. Asalnya aku tak setuju dengan kata-kata Zidni pasal membantu orang ramai melalui penguasaan ekonomi sebab masa tu aku fix pada politik. Tapi selepas berfikir panjang dan pembacaan aku, aku rasa dengan diri aku yang macam ni, better aku pilih jalan ekonomi.
Dapat bantu orang ramai untuk dapatkan pendidikan percuma, jalan raya yang baik, klinik atau hospital di kawasan kampung-kampung. Dapat tolong anak-anak yatim, janda-janda dan orang-orang tua.
Buat kerja-kerja tu cukup untuk buat aku senyum puas. Rasa puas.