Semalam kami kena paksa menyanyi lagu Alam Shah Jaya selepas kenduri kahwin Zamin. As usual la Zamin as Kapten Sekolah...so dia la kena jerit "Alam Shah, Alam Shah Sedia!".
I had a good time last night sebab dapat berjumpa dengan ramai kawan Alam Shah. Ada juga terjumpa dengan junior. Not to mention, dapat jumpa kawan-kawan yang lain. Ada yang dah berbini, ada yang dah berawek...dan yang paling bestnya, bini-bini diorang ni sebenarnya kawan-kawan aku juga yang asal dari social ring yang lain pulak.
Ni budak-budak batch aku yang ada nama bapak yang sama. Sebenarnya keluarga Mat Nor besar lagi..ada dalam 2 3 orang lagi. Disebabkan nama bapak yang sama, therefore kalau nak mengutuk pun kena guna nama datuk. Sampai semalam pun masih lagi terbawa-bawa perangai buruk tu ke Dewan Perdana. Kelakar...serius!
Tu gambar aku dengan Shooke. Now dia dah jadi doktor, sama macam cita-cita dia dulu. Aku dengan Shooke start jadi kamcing masa aku join tusyen waktu Form 4 dan Form 5 di MARA Infotech. Masa tu memang ke mana-mana saja berdua sebab kitorang tak kenal sapa-sapa. Aku memang respek dengan Shooke ni sebab dia kalau nak apa-apa, dia akan pastikan dia dapat benda tu.
No comments:
Post a Comment