Holy shit! Aku memang tak bajet langsung yang kita akan menang tournament volleyball ni. Dah la last minute punya arrangement, super adhoc, but people contributed to make it happened.
I guess that's what happen when you trust the brotherhood and the code among brothers.
We fight and we fight till the end. Oh boy, it's the sweetest taste when we scored the last point against our opponent in the final match.
Sambal tumis ikan bilis masakan ibu jadi kegemaran aku. Masakannya biasa-biasa tapi rasanya hebat. Sama seperti cita-cita aku. Kisah-kisah aku. Rindu dan sayang aku. Aku rindu mummy.
Monday, September 24, 2018
Sunday, September 16, 2018
Papa balik dari Makkah
Cukup 51 hari papa tunaikan ibadah haji di Makkah. Hari ni papa balik dah. Nampak kurus sikit papa. Plus, ada batuk.
Aku tanya, papa dapat ubat dari klinik pak arab ke? Papa cakap, dapat ubat dua botol dari klinik Tabung Haji. Tapi tak berkesan pun, katanya.
Aku risau kalau papa dapat Corona virus. Setahun dua yang lepas, virus ni dikira macam pandemic bagi orang yang ke Middle East. Especially musim umrah dan haji.
Apa-apa pun, harap papa okay. I think he looks best for his age now.
Nothing beats the feeling of relief to have him back in this house.
Sunday, September 02, 2018
Hello Ahmad Husyairi
Isteri aku tengah mengandung. Kandungannya baru berusia 5 bulan. Ini anak kami yang kedua. Seperti sangkaan aku, bayi ini bayi lelaki.
Alhamdulillah, kandungan bayi ini sihat-sihat saja.
Macam-macam aku interview doktor yang buat scan pada bini aku. Habis semua penyakit yang boleh diketahui dari dalam kandungan, aku tanyakan pada dia. Setakat ini jawapannya semuanya yang positif.
Alhamdulillah, itulah yang aku harapkan. Yang kami harapkan sebenarnya.
Sebenarnya setiap kali isteri aku mengandung, aku lah yang punya intuisi yang paling tepat berkenaan hal ni. Entah kenapa, selalu dalam fikiran aku kalau ada apa-apa jua yang berkaitan dengan soal ibu mengandung.
Masa anak yang pertama dalam kandungan, aku juga yang punya rasa mahu bini aku check samada dia tengah pregnant ke tak. Aku juga yang ada naluri kuat mengatakan, ini bayi perempuan. Begitu juga anak yang kedua ini. Aku sendiri rasa isteri aku mengandung. Dan instinct mengatakan anak ini anak lelaki.
Aku bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Ada kawan-kawan aku yang berkahwin beberapa lama tapi masih belum menimang cahaya mata. Tuhan Maha Pemurah bagi kami berdua.
Aku harapkan bayi lelaki ini bakal membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi bagi kami sekeluarga. Rasanya kami pun dah sepakat nak namakan bayi ini, Ahmad Husyairi. Sempena nama senior aku yang paling aku respect masa di sekolah dulu.

