Friday, March 18, 2011

Ayah aku takde kat rumah for almost a week. Dia pergi ke Vietnam untuk bercuti makan angin dengan abang sulung aku. Rumah ni agak sunyi rasanya bila ayah aku tak ada. Seriously sebelum ni, aku bila balik rumah selalu check dia kat dapur or kat bilik dia. Tapi bila balik rumah kosong, rasa macam sunyi and sebatang kara hidup aku ni. Hmmmmm...

Anyway, sekarang ni dah dekat nak habis Q1 for CS8 financial year. Aku pun dok review jugak our performance so far this year. AIMS hampir berjaya lah dapat customer. Setakat ni, aku dah approach beberapa kementerian untuk offer kat diorang about this software. Memang aku sendiri nampak, solution ni akan dapat bantu diorang untuk selesaikan masalah dari segi pengumpulan data dan juga bina database untuk kementerian masing-masing. Cuma sekarang ni kita kena follow up selalu lah kan.

Doakanlah supaya aku dapat close RM 3,000,000 sale this year. Mana tahu, untung nasib kita ni bergantung kepada rezeki dan jugak usaha kita. Insya allah. Ameen!