Sambal tumis ikan bilis masakan ibu jadi kegemaran aku. Masakannya biasa-biasa tapi rasanya hebat. Sama seperti cita-cita aku. Kisah-kisah aku. Rindu dan sayang aku. Aku rindu mummy.
Sunday, December 23, 2018
Debar Menanti Hari Kelahiran Hero Malaya
Aku dah bersedia kemungkinan untuk baby ke dua ni mungkin kami akan menyambut kelahirannya lebih awal dari apa yang dijangka oleh doktor. Aku redha saja. Ada kemungkinan baby kami ni akan sama tarikh lahirnya dengan Aisya. Tapi ada kemungkinan juga dia lahir pada awal tahun baru.
Doakan saja kami baik-baik saja menghadapi detik-detik kelahiran bayi ini. Kami sudah sediakan nama untuk dia. Ahmad Husyairi. Kakaknya nama diberi Aisya Humaira. Nak ada signature AH bagi nama anak-anak aku.
Monday, September 24, 2018
Kita Menang!
I guess that's what happen when you trust the brotherhood and the code among brothers.
We fight and we fight till the end. Oh boy, it's the sweetest taste when we scored the last point against our opponent in the final match.
Sunday, September 16, 2018
Papa balik dari Makkah
Cukup 51 hari papa tunaikan ibadah haji di Makkah. Hari ni papa balik dah. Nampak kurus sikit papa. Plus, ada batuk.
Aku tanya, papa dapat ubat dari klinik pak arab ke? Papa cakap, dapat ubat dua botol dari klinik Tabung Haji. Tapi tak berkesan pun, katanya.
Aku risau kalau papa dapat Corona virus. Setahun dua yang lepas, virus ni dikira macam pandemic bagi orang yang ke Middle East. Especially musim umrah dan haji.
Apa-apa pun, harap papa okay. I think he looks best for his age now.
Nothing beats the feeling of relief to have him back in this house.
Sunday, September 02, 2018
Hello Ahmad Husyairi
Isteri aku tengah mengandung. Kandungannya baru berusia 5 bulan. Ini anak kami yang kedua. Seperti sangkaan aku, bayi ini bayi lelaki.
Alhamdulillah, kandungan bayi ini sihat-sihat saja.
Macam-macam aku interview doktor yang buat scan pada bini aku. Habis semua penyakit yang boleh diketahui dari dalam kandungan, aku tanyakan pada dia. Setakat ini jawapannya semuanya yang positif.
Alhamdulillah, itulah yang aku harapkan. Yang kami harapkan sebenarnya.
Sebenarnya setiap kali isteri aku mengandung, aku lah yang punya intuisi yang paling tepat berkenaan hal ni. Entah kenapa, selalu dalam fikiran aku kalau ada apa-apa jua yang berkaitan dengan soal ibu mengandung.
Masa anak yang pertama dalam kandungan, aku juga yang punya rasa mahu bini aku check samada dia tengah pregnant ke tak. Aku juga yang ada naluri kuat mengatakan, ini bayi perempuan. Begitu juga anak yang kedua ini. Aku sendiri rasa isteri aku mengandung. Dan instinct mengatakan anak ini anak lelaki.
Aku bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Ada kawan-kawan aku yang berkahwin beberapa lama tapi masih belum menimang cahaya mata. Tuhan Maha Pemurah bagi kami berdua.
Aku harapkan bayi lelaki ini bakal membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi bagi kami sekeluarga. Rasanya kami pun dah sepakat nak namakan bayi ini, Ahmad Husyairi. Sempena nama senior aku yang paling aku respect masa di sekolah dulu.
Tuesday, August 21, 2018
Di antara bala atau hikmah
Jadi aku pun pulang ke Malaysia dan cuba lah cari pekerjaan, apa saja yang sesuai dengan skill yang aku.
Fast forward 13 years later aku pun ada company Sdn. Bhd. sendiri. Tak mewah. Seadanya sahaja.
Sekarang ini aku di ambang untuk disaman oleh klien aku. Besar kemungkinan aku mungkin akan disaman hingga bankrap. Tapi aku dah dapatkan nasihat dari kawan aku, seorang lawyer yang pernah menguruskan kes-kes sebegini. Bukanlah bermakna hidupku hancur akibat ini, tapi ada kekurangan yang menyebabkan aku akan menghadapi masalah dengan pihak institusi kewangan.
Aku dah teliti keadaan aku pada hari ini. Sejujurnya aku memang tak perlukan apa-apa bantuan kewangan dari pihak bank. Jadi kegusaran tentang tak dapat memohon kemudahan perbankan, itu tak jadi satu masalah. Pendapatan pun boleh disalurkan kepada bank account Ma'am. Aku dah berpakat dengan Ma'am untuk sediakan beberapa bank account bagi tujuan perniagaan.
Persoalannya sekarang, apakah aku benar-benar bersedia dari segi mental dan emosi?
Jika tanya aku sekarang, aku lemas dalam menguruskan projek bodoh ini. Projek yang tidak sepatutnya aku benarkan si mamat bangang ni gunakan nama syarikat aku untuk tujuan keuntungan dirinya. Sebaiknya dari aku peningkan kepala aku, baiklah aku memeningkan kepala aku untuk menyiapkan produk yang aku sedang bina sekarang ni. Itu yang terbaik. Itu yang lebih baik, dari sudut ekonomi diri aku.
Yang lain-lain, irrelevant.
Tuesday, August 07, 2018
Tentang Ibu Bapa
Monday, August 06, 2018
Cubaan menulis semula
Ok, aku nak menulis semula.
This time nak menulis dari hati.
It always best to write from the heart.
Nothing to hold.
Every bit of my fibre.
Wednesday, March 28, 2018
Harijadi Puteri Pertama
Mata mengantuk, tapi minda masih segar. Sedang mencari-cari apa akal yang nak dibikin.



