Jalan makin panjang. Tapi sayang hati makin jauh. Jauhnya dari perasaan untuk terus jadi kuli orang.
Mungkin sebab fokus pada keinginan nak berniaga sendiri.
Hutang RM15,000 dah ada atas kepala.
Bulan-bulan kena bayar RM400 untuk tempoh 5 tahun. Tapi untuk 6 bulan ni sudah selesai. Harus fokus untuk dapatkan result.
Accounting software kitorang makin membuahkan hasil. Tapi kalau kami terlambat, mungkin aku boleh jadi bangkrap.
Soal pengurusan, aku kena terus terang. Kami sudah putuskan untuk tak mahu mamat tu jadi Director lagi dan shareholder. Tak mahu pikul biawak hidup. Cukup-cukuplah.
Sambal tumis ikan bilis masakan ibu jadi kegemaran aku. Masakannya biasa-biasa tapi rasanya hebat. Sama seperti cita-cita aku. Kisah-kisah aku. Rindu dan sayang aku. Aku rindu mummy.