Sunday, March 29, 2009

Hari ni masuk hari kedua mak aku ada di ICU. Doktor still tak tahu apa yang tak kena dengan mak aku. Sejak dari hari Isnin lepas, aku hari-hari paksa diri tersenyum bila aku kat HUKM jenguk mak aku. Hari-hari aku kena convince kan diri sendiri yang mak aku akan balik ke rumah tak lama lagi.

Semalam mummy masuk dalam ICU. Masa tu aku ada kat sana and tengok nurses tengah bantu mak aku bernafas. Aku berdiri kat sebelah katil mak aku sambil pegang tangan mak aku. Nurse yang berdiri sebelah aku tanya, mak awak pernah masuk wad ke? Aku kata, ya. Dia kata dia pernah jumpa mak aku di wad nefrologi. Ha ah, mak aku memang pernah masuk wad tu dan kami pernah berbual dengan nurse tu pasal skop kerja dia. Masa tu aku tengah bosan tak tahu nak wat apa.

Air mata aku dah start menitik masa tu. Aku dah tak kontrol-kontrol lagi dah. Jam 2 pagi and air mata aku menitik sebelah mak aku. Aku pegang tangan dia..aku urut2kan jari-jari dia. Harap-harap dia sedar yang aku ada sebelah dia. Masa tu Angah ngan Along tak ada lagi. Yang ada, aku, ayah aku and adik aku.

Aku tertido kat surau tingkat 2. Sedar2 Subuh dah masuk, papa kejutkan aku suruh balik rumah sebab mummy kena tahan kat ICU. Pelawat tak dibenarkan masuk.

Tadi hari ni, almost semua adik beradik mak aku sampai di HUKM. Adik-adik ayah aku pun ada juga. Semua amik giliran jenguk mak aku. Aku pun sama, amik giliran jenguk mak aku. Aku usap dahi dia..aku usapkan air mata yang keluar dari tepi mata dia. Aku cakap kat dia, tak lama lagi mummy balik rumah ek? Aku tak tahu apsal aku desperate sangat cakap camtu. AKu desperate nak tengok mak aku ada balik kat kerusi malas depan kat depan tv tu.

Resipi General Tso's Chicken yang aku print dari internet still ada lagi kat dalam kereta aku. Niat aku nak masakkan resipi tu sebab tu favourite aku masa study kat US dulu. Nak bagi mak aku rasa. Now hari ni dah masuk hari Ahad, mak aku still dalam wad lagi. Walaupun dia dah lepas kritikal stage, hati aku still lagi dalam kritikal.

Sekarang ni memang aku berserah secara total. Apa juga yang terbaik untuk mak aku, aku terima. Dia lagi tahu daripada hamba-hamba Nya.

Wednesday, March 25, 2009

I Shed My Tears After Watching This

Minggu ni akan mungkin mencetus sejarah dalam agenda politik M'sia. Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung di PWTC. Najib ada banyak benda yang nak dikatakan. Tapi aku tak sure kalau semua perwakilan nak ikut semua benda yang dia katakan. Katanya UMNO kena berubah. Tapi perwakilan yang datang macam sama ajer dengan perwakilan tiga tahun dulu. Tak ubah-ubah. Atuk-atuk, nenek-nenek tua still yang sama duduk kat Majlis Tertinggi. Elok disepak keluar diorang semua ganti orang baru. Baru betul, 'Berani Berubah' bak kata Dato Mukhriz. Tapi tak sure la kalao 'Pemuda Berani' Khir Toyo nak tunjuk jalan keluar kat ahli MT. Khairy kata takpe..kita ni semuanya 'Setiakawan'. Masing-masing dengan slogan masing-masing ek. Kepoh lebey...haprak tak dak.

Dalam dua minggu sudah, Najib pun dok sibuk umumkan pasal pakej ransangan ekonomi ke 2 yang bernilai RM 60 billion (tapi sebenarnya RM 15 billion jek). Tapi pakej ransangan ekonomi pertama yang bernilai RM 7 billion masih lagi rakyat tak nampak kesannya yang nyata. Samada Najib yang tongong buat plan, atau pun rakyat yang bahlul dan buta mata tak dapat tengok. Korang rasa-rasa, siapa?

Kalau nak diikutkan lah kan, kerajaan Amerika dah umumkan yang negera diorang mengalami kemerosotan ekonomi bermula dalam bulan Disember 2007. Tapi pemimpin negara kita kata, Ooo..M'sia ni okay ape? Ekonomi kita ok!! Our banking system is still intact, no need to worry lorrr!!! Hehehe..sekarang apa sudah jadi? 100,000 orang hilang pekerjaan. Do we still need stimulus package? Or stim-no-fulus package?

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Noor Yaacop ke ape namanya kata teori 'Decoupling' dah collapse. Memang ler, aku rasa satu Asia dah tahu pasal ni sejak dua tahun sudah. Apa yang orang-orang kat Bank Negara and MOF buat pasal ni? Buat bodoh? Ke sebab menteri-menteri yang bodoh? Tapi lagi bodoh la orang yang mengikut ketua yang bodoh ek? Eish, entahlah, kawan ni tak pandai sangat bab ekonomi. Maklum la, kita ni rakyat apa tahu. Pak Menteri ajer yang pandai sorang...sebab pasal tu diorang jadi Menteri..yang kita ni ntah apa-apa.

Tun Daim Zainuddin kata, kalau pakej ransangan kedua ni tak disalurkan dengan cepat kepada rakyat, maka kita boleh lupakan untuk meransang ekonomi. Betul juga kata dia sebab dia pernah jadi Menteri Kewangan dan juga penasihat ekonomi pada Dr. Mahathir. Tapi yang aku tahu dalam bab ransang meransang ni, kena slow and steady..betul ke? Kerajaan mungkin lebih terrer, sebab tu memang slow giler babeng tak ingat nya diorang nak meransang. Sudahnya, rakyat dah tak teransang. Ekonomi tak turn on pon..stim pon tak ada. Hehehe..pesimis betul aku ni.

Tak, sebenarnya aku yakin ekonomi kita ni teguh sebab Najib kata kita tak payah nak risau apa-apa. Kerajaan pandai, depa dah pikir apa yang patut untuk dibuat. Itu pasal depa buat dua kali pakej ransangan ni. Yang pertama, cuma foreplay ajer. Bila tengok tak naik-naik, depa up sket ransangan tu. Tu yang dari RM 7 billion jadi RM 60 billion (walaupun sebenarnya cash yang keluar ialah RM 15 billion..lain-lain tu janji-janji ajer..takde maknanye pun).

CUma yang pelik, kalau betul ekonomi kita ni power bebenor..apsal payah benor pulak bank nak approve micro credit. Kata senang..proses 24 jam..pejam mata pejam mata bukak balik dah dapat RM 50,000. Tipu ajer la tu. Bank takut sebenarnya nak keluarkan duit sebab depa tak tahu macam mana nak assess situasi kewangan sekarang ni. Practically US dah start print duit pisang (takde control on money printing), EU dah start goyah pasal banyak sangat nak dibeli asset toxic, China dah malas nak tanggung deficit US dengan beli diorang nyer US treasury bond. Tapi dengar cerita skang ni, Norway punya matawang still kukuh pasal depa finance sendiri kewangan dengan duit dari hasil mahsul minyak diorang.

Haaaa....macam mana ek dengan hasil mahsul minyak kita? Dengar cerita PETRONAS pun sekarang dah start limit orang takleh duduk lama-lama kat opis. Pukul 9 malam dah kena tutup lampu and aircond. Guane tu?

Eishhh..teman tak tahu la nak kate ape. Perak dah jadi huru hara, surat kabor pembangkang dah kena gantung lesen, pembangkang pun dah ramai kena tahan pasal kes berkumpul dengar ceramah Brader Anwar...tu masa Najib belom jadi PM. Kalo Najib jadi PM..aku rasa MOF tu Rosmah yang akan run. Suruh Economic Planning Unit decide nak beli shopping mall mana untuk penuhkan selera shopping makcik tua tu.

Aku rasa-rasa ada 3 pilihanraya nak jalan ni. Tu pasal la huru hara sana sini. Kasik meriah sikit ek? FRU ramai-ramai kasik main air dengan water cannon diorang. Pak Samad Said kata, pilihanraya ni kita kena ajar sket deme deme ni dengan bahasa undi. Urmm..teman tak tahu la bahasa orang sastera ni..bahasa undi ni..tapi pengundi kat bukit-bukit tahu la ape kata Pak Samad. Kalo menang pembangkang kat bukit-bukit ni, mungkin hitam balik kot janggut Pak Samad. Hehehehee...

Apa apa pon, kita tunggu ajer..tengok apa nak jadi dengan Msia ni. Msia ni,bolehlah land. Tak pun, boleh la blah land. Mana satu? Entah ler.

Sunday, March 15, 2009

Baru-baru ni aku dapat email daripada seorang yang pernah aku kenal. Bukan pernah, tapi memang aku kenal dan aku akan kenang sampai bila-bila. Berdebar-debar aku baca email daripada dia. Aku dapat rasanya kan jantung aku bagai nak luruh dan jatuh, setelah aku baca isi kandungan email dia. Hujung jari jemari aku terus rasa sejuk dan kaku. Itulah reaksi aku secara fizikal. Tapi emosinya macam laut yang bergelora dilanda tsunami, gitu lah kiranya.

Lama aku diamkan. Dan lama juga aku cuba lupakan. Satu tahun lebih. Tapi tak pernah aku berjaya.

Secara automatik peristiwa-peristiwa yang membawa rentetan saat-saat tu terbayang-bayang kat fikiran aku macam wayang lama berputar semula. Sejak pertemuan pertama dalam Januari 2006 hingga ke saat ini.

Tapi aku tak tahu apa yang buatkan aku membalas isi kandungan email tu dengan memaafkannya dengan secara terbuka. Agaknya, aku tak dapat nak tipu diri sendiri yang itulah harga kasih sayang aku. Bahkan lebih dari kasih sayang. Mungkin itulah perasaan cinta yang sejujurnya aku berikan. Biarlah dimarah, dibenci dan dilayan sebegitu rupa, tapi jauh di sudut hati aku ni masih juga mahu memaafkannya. Selebihnya aku biarkan Tuhan yang putuskan. Jadi pengajaran untuk kita yang masih lagi bernyawa.

Aku kira, itulah ruang kosong yang ditinggalkan oleh aku di bumi Adelaide dulu. Adakah email itu akan dapat bantu menutup ruang kosong yang ditinggalkan? Aku pun tak tahu. Aku masih lagi seperti dulu, sentiasa mengucapkan dan mengharapkan yang terbaik terjadi atas hidupnya. Mudah-mudahan, ameen.

Seringkali juga,
aku titipkan selalu doa kudus kepada Dia
biar lembut gelora hatinya
biar ihsan urusan hidupnya
biar bahagia selalu mengiringi usianya
biar gembira jadi milik dia selamanya.
- petikan sajak yang aku tulis untuk dia, pada Jumaat, 28 Julai 2006

Thursday, March 12, 2009

Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

( korus )
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

As much as I like to write about my ambitions and what not, maybe sometimes I should include here of how I feel on certain issues. I guess the song above is the best description of how I feel right now.

My only driving force at this moment is work because it can fill up a huge void I have in my life, or rather I say, my heart. That's my reality.
AgroQuest
Okay, nampak gayanya aku kena tukar strategi. Berdasarkan daripada sembang-sembang dengan penasihat tembikai aku yang memang otai pasal hal tanam menanam tembikai ni, it is obvious that my cashflow for tembikai is wayyyyyy out of the reality. Seriously, aku pon tak aware pasal hal ni sampai bila diorang mention the cost untuk tanam tembikai with the help of automation is reaching RM11,000/hektar. Memang out figure aku!

So bila aku discuss balik dengan Bad tadi, aku rasa kitorang mesti bertanggungjawab atas risiko untuk buat projek tembikai ni. Therefore, as usual, I made the decision to scrap the idea of raising capital through public. The concern is that we may not achieve the profit rate as promised in our cashflow and it's no way that our cashflow is a true reflecton of the watermelon plantation.

However, the intention is clear - we will go into watermelon plantation within this year but through different means of collecting capital.

So this is what I thought. I plan to secure personal loan no more than RM 12,000. Aku cadang untuk daftarkan AgroQuest secepat mungkin and tanam tembikai secara kelakar di kawasan Serting Ilir (just untuk cukup syarat apply loan MARA). Selepas 6 bulan, aku akan apply for loan from MARA. We go maximum of RM 250,000. Interest rate is 4% on balance.

Then baru boleh kita kerjakan tanah 5 hektar di hujung Serting Ilir. Tak pun, based on maklumat yang aku dapat, kita 'henjut' terus tanah 10 hektar kawasan tanah kelapa sawit yang baru ditanam dalam setahun gitu. So I should expect the yield would be about 250 tan for the first season (and 750 mt or less for 1 year production). Assuming 70% of 250 tan is grade A material and 30% is grade B material, therefore we should gain about RM 197,000 (or RM 591,000 for 1 year). There is a possibility yang kitorang boleh dapatkan tanah kelapa sawit for free, depending on my negotiation skill la kan. So less cost. Hopefully is free! Wohohohoh!

So yes, kali dengan 3 season per year. Mudah-mudahan lagi bagus la and we don't have obligation towards creditor except for MARA for 8 years.

Okay, the downside is that we need to wait for 6 months. Fine by me (shitttt...bulan 9 jugak la kitorang start!).

So maybe what we can do in the meantime is raising capital through public (warm market sebenarnya) untuk projek pisang. Aku baru bercakap dengan peraih pisang dari Johor petang tadi and get his feedback on potensi pisang. Local market memang tak boleh nak support local demand. So yeah, there is a huge potential for us! So, maybe akan ada tembikai division and pisang division in AgroQuest.

The finite question is - sapo nak buek for both of project? Aku tau biar la aku handle tembikai. Bad dah penuh pasal dia kena handle MediaT@ni and M@gicQuest side by side (tu pasal ler aku suh share same office dengan MQ). Eak, not quite sure kalau dia sanggup pasal dia dah ada family. FizZah, not quite sure pasal tak nampak sangat dia keen untuk turun padang. So far nampak dia keen more on project management.

Takpe, this coming Saturday is our next meeting. Jadi memang betul-betul finalize la. Don't take anymore risk than we can handle. If we promise, we must deliver.

Medi@Tani Dot Com Sdn Bhd
Yes, let's talk about MT pulak. Hari Jumaat ni is the closing date for application of Pre Seed FUnd from MDEC. Yes, kitorang memang berterabur otak untuk siapkan paperwork and what not. Aku pon dah penat bercakap sorang-sorang untuk buat ayat to include in the paperwork. Terasa macam amik ENG202C balik. Kena buat executive summary etc. So yeah, it's practically ENG202C.

The application form did ask us of how to create revenue through our venture. Aku figure out, let say current statistic of internet user in Malaysia is about 15.8 million. Assuming 1% is 158,000 people who get involved or interested with agriculture. Only 10% is interested to go online. So we would get an audience of 15,800 people and each of them becomes our premium subscriber who pay RM 30 per year for exclusive news, training materials (including text, podcast & video) and marketplace for doing trading online on agriculture. That means about RM 474,000 revenue for the second year. Tu tak masuk lagi untuk ruang iklan. Remember, 1st year is the development stage (which aku akan jadi promoter tak ingat-ingat nya untuk portal ni!).

Aku dah call Tengku Zafrul, ex CEO of TuneMoney.com, to get his view on our online venture. He said we should meet up after he comes back from Dubai in two weeks time. Okiedokie, i'm fine by the tentative appointment. He may have a lot of advice or tips on how to do business/info services online. Most importantly is that he knows what works and what doesn't work for online business. This also reminds me to call up my mentor, Tengku Farith, and sit down with him and as usual, ask him to be my devil's advocate. AKu harap sangat otai-otai yang berpengalaman ni dapat bantu aku untuk get into perspective before aku pitch for the grant.

By the way aku dah bagitau kat Bad that aku nak reduce stake aku dalam MT. I'll just opt for 40%. I suggest he takes the same portion and let another 20% for our potential senior programmer.

So takat tu ajer la update pasal two ventures nih.

Random Thoughts
Anyway, this is just a random thought from me.

Semalam aku sembang-sembang dengan ayah aku bila aku balik rumah dalam pukul 1 pagi. Aku bersemangat gila babi citer kat ayah aku yang aku nak bina the next Sime Darby. Hahahaha, memang bila difikir-fikirkan, kelakar sial. But hey, dulu-dulu pun aku yakin giler ramai orang gelakkan kat Tan Sri Khalid Ibrahim bila dia kata dia nak engineer the mass buyover Sime Darby from its English owner. But he did it in a single day when he was Chairman of PNB.

My plan was to start from agriculture sector. Build capital through this industry, branch out to another types of agriculture activities but still maintain our position in agriculture (especially in plantation and livestocks but we must raise to the stage of peraih laa). Finally AgroQuest akan jadi holding company - a place to collect assets. This will be about 4 to 5 years. Given a solid financial foundation, we should extend our reach into healthcare. Yang aku nampak ialah sediakan pusat hemodialysis center. In fact, aku dah adakan nama untuk dialysis center ni (sempena nama mak aku). Through my simple observation, dialysis center is a cashcow due to high demand from diabetic patients in M'sia. Silap-silap aribulan kalau aku tak jaga makan aku, aku pun boleh jadi one of loyal visitor of my own dialysis center. Medi@Tani and M@gicQuest akan jadi AgroQuest punya IT arm. And later we must develop our own property management company by acquiring high value properties and provide rental services. So yes, agriculture, healthcare, IT services and investment property arms. Cukup untuk bina a group of company, maybe in 15 to 20 years.

Photobucket

Yang paling menariknya, all the founders are budak Alam Shah. And that was exactly I said when I invited my friends to join my quest for becoming financially free men.

"Kalau aku nak kaya, aku nak tengok juga kawan-kawan Alam Shah aku kaya!".

Tuesday, March 10, 2009

Apa aku nak tulis ek? Entah, blur sket.

Anyway, minggu lepas Public Mutual ada buat annual dinner for all the branches in Klang Valley. Only those who closed sales RM 1 million and above in 2008 were invited to the dinner and that included myself. So yes, I consistently closed more than RM 1 million every year since 2007. Hmmmm..hat's off to myself.

Aku tengok ramai lagi top achievers dalam Public Mutual. Well you know what? Aku terfikir, gila babi sial orang-orang yang close berjuta-juta untuk Public Mutual, tapi sayang masing-masing networth mungkin masih lagi rendah. Syarikat akan makin kaya dan juga pendapatan syarikat makin meninggi tapi consultants diorang mungkin tak dapat jadi sekaya dari Dr. Teh Hong Piow (Chairman of PM Bhd).

Aku pikir, baiklah kita berniaga sikit-sikit dan menaikkan networth secara perlahan-lahan daripada mengkayakan orang lain. Orang yang berniaga jambu di Bangsar pun boleh dapat net income $300+ sehari. Kalau 20 hari berniaga, dah berapa ribu untungnya?

Acara kemuncak semasa dinner Public Mutual bagi aku ialah bila Leina Hangat dijemput untuk buat performance on that night. Hmmm..aku nampak dia berjalan dari pintu masuk Grand Ballroom sambil mula menyanyi lagu I Will Survive. Tak semena-mena dia berjalan ke arah aku and duduk atas riba aku. Tup tup aku perasan muka aku dah naik kat skrin. Semua orang tengok. Arghhhhh....malu gila aku! Aku dah tak gheti dah nak kaver muka aku..Si minah tu peluk aku lagik time tu. Shit, tetek dia selambak depan muka aku..close proximity la kan. Hahahaha. That was my 2 minute fame.

Memang habis la aku malam tu kena usik dengan member-member aku yang lain. Cilako!

But I guess the climax for last weekend when I was invited by my ex teacher to give talk to her Form 4 students kat SM Sains Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. So aku pon pergi ajer la ke sana, buat keja kebajikan ni tak rugi (3 jam drive..iskkk). Serious shit, berterabur otak aku dok memikirkan apa benda yang aku nak cakap pada diorang. Kate kawan aku, speech aku berterabur barai pada sesi pertama. Tapi sesi kedua, lebih teratur dan lebih fun. Personally aku sendiri rasa fun pada sesi kedua sebab aku dah ada struktur modul dalam kepala aku.

And of course, I was glad that I could be myself in the second talk session. Aku halau ajer budak-budak yang datang lambat depan cikgu diorang. Including PRS yang sepatutnya jadi supporting staff aku. I told them, Life is my best teacher. So I just want to tell them, doesn't matter what piece of paper you carry with you, the best is still the experience of which you collected in the past. You get hit by circumstances not because by coincidences but more because of our choice of action that led to that circumstances.

Talking about love, intention and goals, dedicated and fierce determination. Coupled with some anecdotes, some stories about my own experience and ones that I read from books and magazines - enough to make them opened their mouths. Harap-harap takde air liur menitik. Aku rasa budak-budak tu terbangak sekejap kot bila aku menitik air mata bila aku sentuh pasal love. I know the feeling was honest and sincere. Ada student pompuan nak hulur kat aku tisu dia. Entah aku tak tahu pasal apa aku emotional bila aku sebut pasal batch aku kat SAS dulu. Aku cerita pasal aku rasa terkilan arwah Donut meninggal and aku tak sempat nak jumpa dia. Aku cakap, aku lebih percaya kawan-kawan aku kat SAS more than I trust my own relatives pasal kawan-kawan aku tahu buruk baiknya aku masa aku membesar sama-sama dengan diorang. Even now aku buat business dengan kawan-kawan dari batch aku di SAS juga. I guess aku cakap tu pasal nak relate dengan semangat batch budak-budak ni kot. My last note to them; Play hard in life because life is YOUR playground.

Abih tu, cikgu aku sampaikan request dari students F5. Budak-budak F5 minta sekolah adakan sesi khas between aku dengan diorang satu batch. Dah haru, bila pulak aku dapat luangkan masa untuk diorang ni?

Right after that aku dengan kawan aku terus ke Bahau untuk collect sample tanah untuk kitorang hantarkan pada MARDI. Just nak make sure tanah tu subur dan sesuai untuk projek ladang tembikai kitorang. Dalam pada masa yang sama juga kitorang gi melawat kawasan Serting Ilir untuk berjumpa dengan potential land owner. Aduhhh, aku terasa macam YB masa nak bertanding pulak masuk kampung, jumpa orang-orang tua bertanya khabar. Badan dah penat, tekak dah sakit, mengantuk tu toksah kata. Paksa juga la badan. Surprisingly, I always have the energy for people and hold conversation with them. Agaknya dah 2 hari aku kat Negeri Sembilan, spontan pulak aku bercakap dalam loghat nogori dengan makcik-makcik di sana.

Habis urusan di Negeri Sembilan, kitorang terus balik ke KL untuk our next appointment dengan this international trader. He's an uncle to our friend. Saja nak tahu selok-belok fruit trading for international market. Our aim is to supply watermelon untuk Middle East market, or possibly European market. Semangat gila sebelum jumpa that chap. Lepas jumpa tu, terus semangat down pasal dengar cerita yang tak sedap dari dia. But at least the story about Halal Mart is about to open did cheer me up a bit la. At least that's one avenue we can try to sell our fruit product through. Tak sangka ek, even for fruit trading pun macam ada cartel yang control. Doesn't matter Chinese, Iranian or Egyptian..it's all monopoly. Nampak sangat la aku ni naif.

However, thank god I have nice people around me to give us some advice and tips or possibly to offer us their own cable in order to materialize our intention. Setidak-tidaknya beban tu tak la berat sangat nak pikul sorang-sorang.

So, next destination..hmmm..maybe Thailand? Bukan untuk bercuti..tapi more untuk melawat Jabatan Pertanian di sana. Mana tahu boleh dapatkan tips berguna atau pun teknologi yang bagus untuk penanaman tembikai di sini. Kan?

The 2nd draft of business plan for AgroQuest (ladang tembikai) akan siap dalam Jumaat ni. Eak tengah preparekan and FizZah akan sediakan risk analysis for the business. We had convened on last Saturday and we went through chapter by chapter. Hopefully the loan package will be attractive for our potential creditors. I have a strong feeling that the bumpy road isn't over yet. I have yet to inform to our lawyer that we have agreed to appoint him as our legal advisor for this business entity.

Paperwork MediaTani will be sent to MDEC this week. Bad is handling that. MagicQuest Media will also be registered within this week. I need to handle that. Talking about that, I need to schedule a time with my client because she offered me a visit to his son's post production house. Anak dia kerja as producer kat advertising company and so they have post production unit. Something yang MagicQuest akan get involved with. So ni kena jadualkan jugak la dengan Bad pasal dia yang akan lead that company.

Alang-alang dah aku tulis kat sini kan. Aku nak advertise kan jugak la. I need a senior programmer to become our partner in MediaTani. Sapa-sapa yang ada background in being programmer for at least 3 years, please contact me. Thank you.

Kalu ada apa-apa cerita menarik lagi, nanti ler aku update kat sini. Aku dah penat nih.

Wednesday, March 04, 2009

Things Start to Moving On

My first venture is my AgroQuest agriculture-based business. This is scheduled to run in April when I secure enough number of creditors. At this moment we are aiming at raising RM 80,000 (it could go up to RM 100,000) to kick start. I have started the negotiation with the land owner. My colleague will finish the business plan in a matter of week. Another friend of mine suggested me to set an appointment with his father to fund this venture considering that his father's company is looking for chances to expand into agriculture sector.

This Friday we will re-visit the site again and collect some soil sample to check for its fertility. Hopefully that piece of land is very fertile for watermelon to grow.

Photobucket

Training matter shall be resolved by this weekend. I am also looking forward to meet up with CEO of Master Melon Sdn Bhd, the producer and exporter of watermelon to Middle East market,this Thursday just to get some insights and maybe, if I were lucky enough, to gain useful tips and advice to be successful in this sector.

Next in pipeline is my MediaTani Sdn Bhd venture with cooperation from MDEC via its pre-seed fund. Of course, we are running like crazy to write up the necessary application documents. I'm about to have migraine due to staying up late at night, formulating and planning for the documents submission. This is also a 'support service' to my first business entity, AgroQuest. I also have met with the manager of pre seed from MDEC - practically just to do PR exercise and get his advice on how to make sure our application for this grant a succesful one. My friend will review my application documents just to make sure everything is good to go. By the way, he is the recipient of this grant for the batch in 2007. So, good to have coach for grant application.

This is scheduled to kick off somewhere in September 2009.

The next venture is into training/post production house for OKU. I am planning to apply for grant from JTK under OKU scheme about RM 200,000 to fund for our hardware acquisition and set up of business premise in order to set up a training center and post production house. I will be holding the majority shareholding in this but I will let my friend to head the company. Hopefully he can do a real good job.

Photobucket

I aim to have affiliation with Majlis Latihan & Vokasional Kebangsaan, Lembaga Zakat Selangor, Pusat Pungutan Zakat WP and BAKTI to help out the OKUs out there by funding them at our training center so they will be equipped with skills in creative multimedia design. Hopefully by doing that, they can earn income and live independently.

Again, this thing can only be kicked off in September 2009 due to some regulation issues.

One good news - my sister is coming back for good from Japan. Can't wait to see her again! :)