Hari ni masuk hari kedua mak aku ada di ICU. Doktor still tak tahu apa yang tak kena dengan mak aku. Sejak dari hari Isnin lepas, aku hari-hari paksa diri tersenyum bila aku kat HUKM jenguk mak aku. Hari-hari aku kena convince kan diri sendiri yang mak aku akan balik ke rumah tak lama lagi.
Semalam mummy masuk dalam ICU. Masa tu aku ada kat sana and tengok nurses tengah bantu mak aku bernafas. Aku berdiri kat sebelah katil mak aku sambil pegang tangan mak aku. Nurse yang berdiri sebelah aku tanya, mak awak pernah masuk wad ke? Aku kata, ya. Dia kata dia pernah jumpa mak aku di wad nefrologi. Ha ah, mak aku memang pernah masuk wad tu dan kami pernah berbual dengan nurse tu pasal skop kerja dia. Masa tu aku tengah bosan tak tahu nak wat apa.
Air mata aku dah start menitik masa tu. Aku dah tak kontrol-kontrol lagi dah. Jam 2 pagi and air mata aku menitik sebelah mak aku. Aku pegang tangan dia..aku urut2kan jari-jari dia. Harap-harap dia sedar yang aku ada sebelah dia. Masa tu Angah ngan Along tak ada lagi. Yang ada, aku, ayah aku and adik aku.
Aku tertido kat surau tingkat 2. Sedar2 Subuh dah masuk, papa kejutkan aku suruh balik rumah sebab mummy kena tahan kat ICU. Pelawat tak dibenarkan masuk.
Tadi hari ni, almost semua adik beradik mak aku sampai di HUKM. Adik-adik ayah aku pun ada juga. Semua amik giliran jenguk mak aku. Aku pun sama, amik giliran jenguk mak aku. Aku usap dahi dia..aku usapkan air mata yang keluar dari tepi mata dia. Aku cakap kat dia, tak lama lagi mummy balik rumah ek? Aku tak tahu apsal aku desperate sangat cakap camtu. AKu desperate nak tengok mak aku ada balik kat kerusi malas depan kat depan tv tu.
Resipi General Tso's Chicken yang aku print dari internet still ada lagi kat dalam kereta aku. Niat aku nak masakkan resipi tu sebab tu favourite aku masa study kat US dulu. Nak bagi mak aku rasa. Now hari ni dah masuk hari Ahad, mak aku still dalam wad lagi. Walaupun dia dah lepas kritikal stage, hati aku still lagi dalam kritikal.
Sekarang ni memang aku berserah secara total. Apa juga yang terbaik untuk mak aku, aku terima. Dia lagi tahu daripada hamba-hamba Nya.
No comments:
Post a Comment