Sunday, December 15, 2013

Faces from the past

I know it was very stupid to browse her facebook page. Then few familiar faces came up to the surface. Certainly they brought up some memories which I want to forget very, very, very hard.

Sometimes they are just some stubborn memories, hidden somewhere deep in my heart.

I wish I could erase those memories from my mind.

Friday, December 13, 2013

Menjelang 2014

Sekejap aje masa berlalu dari Januari sampai ke Disember. Of course, banyak perkara yang mendewasakan dan tak kurang juga perkara-perkara yang membodohkan aku dalam tempoh setahun ini.

Secara amnya, kedudukan kewangan agak stabil sebab adanya syarikat yang kukuh dalam perniagaan. Alhamdulillah ini memang aku tak nafikan. Alhamdulillah juga perniagaan yang makin bagus dan juga peluang-peluang yang datang membuatkan hati terasa berbelah bahagi; mahu stay atau pun mahu pergi ikut hati.

Kalau diikutkan kemajuan diri, aku masih lagi di takuk yang lama. Tak berkembang apa sangat. Aset pun tak berkembang. Ekuiti syarikat pun masih lagi belum diberikan. Agak terasa hati juga sebab ini adalah atas pegangan janji. Kurang manis agaknya kalau aku sendiri menegur dan bertanya. Sepatutnya tuan punya syarikat yang bertanyakan dan menawarkan kerana ini janji.

Sekarang ini perhubungan dengan manusia juga makin bertambah baik. Ada kemungkinan aku akan dirikan rumahtangga dalam tahun 2014. Berkongsi hidup dengan wanita yang dikasihi. Tak boleh didedahkan lagi di sini. Tunggu bila masa yang sesuai hadir dalam hidup aku.

Bicara sekarang adalah tentang hari esok. Apakah pengisian yang aku mahukan untuk kelangsungan hidup? Ada orang kata, kalau kita mahu tahu apa yang akan ada di masa depan, maknanya biarlah kita sendiri yang mencipta masa depan itu dengan keringat dan kejujuran cita-cita.

Jadi apa yang telah berlaku, biar disimpan di lipatan sejarah. Apa yang sedang berlaku, biar dihayati dan dirasai sepenuh hati. Dan apa yang akan berlaku, biarlah diri menentukan apa yang terjadi. Kan?