Tadi aku dan partner aku berjumpa dengan seseorang yang kami rasa patut kami jadikan atau pun, jemput dia jadi investor.
Kami memang mahukan seseorang yang pernah exit dari business dia dan dalam pada masa yang sama, pernah mengharungi suka duka dalam buat business. Ini kerana hanya entrepreneur saja yang tahu perit getir yang kami lalui.
Perbincangan kami sekitar tentang dayamaju produk, hala tuju business model dan juga talent acquisition. Of course, ada disentuh tentang kebarangkalian mereka jadi advisor kami. Tapi tunggu saja lah. Mungkin jadi atau mungkin tidak.
Sambal tumis ikan bilis masakan ibu jadi kegemaran aku. Masakannya biasa-biasa tapi rasanya hebat. Sama seperti cita-cita aku. Kisah-kisah aku. Rindu dan sayang aku. Aku rindu mummy.
Wednesday, October 23, 2013
Arah tuju dan dinamik perniagaan
Tuesday, October 01, 2013
Kenangan bumi Amerika
Aku selalu terkenangkan kenangan manis masa bersama-sama kawan-kawan di Amerika dulu. Lebih-lebih lagi bila terdengar muzik nasyid yang selalu kami mainkan semasa roadtrip untuk perjalanan ke program MISG atau MISNA. Aneh ya dulu, kami tegar drive berjam-jam untuk bertemu rakan-rakan di program. Tapi kini, badan makin lesu. Tanda aku ni dah jadi semakin tua.
Tapi tanda kenangan di bumi Amerika tetap jadi simpanan termanis dalam memori aku - nasyid Impian Kasih. :)