Hati berdebar sebaik saja aku umumkan tentang hasrat aku. Sekarang perasaan yang real. Yang benar-benar menguji kesabaran dan komitmen aku pada satu perhubungan. Serious aku katakan, lemah kepala lutut aku bila terfikir risiko dan tanggungjawab yang bakal aku tanggung.
Tapi itulah evolusi kehidupan, kan? Dilahirkan ke dunia, membesar bersama keluarga, menjadi lelaki dewasa dan kembali mencari dan membina keluarganya sendiri. Aku harap aku jadi lelaki yang setia. Lelaki yang menjaga seisi keluarganya sebagaimana papa aku menjaga kami semua.
Doakan aku berjaya. Doakan aku jadi suami yang berguna, membahagiakan isterinya, dan menjadikan dia seluruh asbab kehidupanku.
Sambal tumis ikan bilis masakan ibu jadi kegemaran aku. Masakannya biasa-biasa tapi rasanya hebat. Sama seperti cita-cita aku. Kisah-kisah aku. Rindu dan sayang aku. Aku rindu mummy.
Thursday, October 22, 2015
Monday, October 12, 2015
Perihal mencari wang
Bila diri dah tersepit, sibuk nak mencari jalan penyelesaiannya, maka secara mudah ilham datang membantu.
Zaman ini ialah zaman informasi - cari apa maklumat pun boleh dapat. Skill mencari maklumat ni sangat penting. Nak-nak lagi bila nak cari maklumat untuk buat duit.
Aku nak cari RM15,000 untuk simpanan belanja kahwin. Zaman sekarang ialah zaman wang. Bakal mak bapak mertua korang nanti bukannya malaikat diutus tuhan. Wang juga permainannya bila nak dibincang tentang bab kahwin. So, bersiap sedia lah ya anak-anak!