"Kadang-kadang, orang yang paling kita sayanglah yang paling payah nak disayangi" - Makcik Rubiah, filem Cinta.
Aku baru tahu result UPSR dua orang budak darjah 6 yang aku ajar tusyen tahun ni. Sorang dapat A dalam Science dan Math. Sorang lagi dapat A dalam Science tapi B dalam subjek Math. Not bad la kan? Well done.
Now jiran aku mintak aku ajar tusyen PMR dan UPSR untuk anak dia. Aku tak kisah sebab family aku jaga anak-anak dia since anak sulung dia tu baby sampai ke anak dia yang nombor 4. Pendek kata, budak-budak tu dah jadi a part of our family. Lagi senang aku nak ajar. Kalo malas, "Alang bedal ajer Kakak dengan rotan!". Tersengih-sengih budak tu bila dengar aku cakap camtu.
8 Januari nanti aku akan jumpa dengan budak-budak PMR dan SPM dari Rumah Anak Yatim Bakawali. Aku mengajar tusyen kat situ for free. Aku tahu aku ni amal tak banyak. Esok-esok kalau aku mati, ini ajer lah amal jariah yang aku dapat bagi. Duit sendiri setakat ni belum banyak lagi untuk menderma buat masjid ke, nak buat rumah anak yatim ke or nak buat sekolah ke. Cuma boleh mengajar for free saja.
Kadang-kadang aku rasa geram pada cikgu-cikgu yang selalu mengomel pasal karenah pelajar-pelajar di sekolah. Sebabnya aku rasa, diorang sendiri yang pilih profesion untuk mengajar. Jadi kenapa nak kecoh-kecoh? Ada pulak yang ada low expectation pada anak murid sendiri. Sampai satu masa, kita kena beri peluang pada students untuk buat sendiri. Kita hanya sediakan panduan dan mereka harus fikir sendiri untuk bergerak dalam garis panduan diberi. Kalau diorang buat silap, kita mesti beri sebab kenapa diorang salah supaya diorang boleh berfikir. Kesilapan mesti dihukum, tapi bukannya untuk semata-mata menghukum. Sebaliknya mesti ada nilai-nilai pengajaran. Aku ingat lagi kata Residence Life co-ordinator aku, Mike Lovett kata, "It's okay to make mistake for as long you don't kill people".
How true is that? Pengalaman mendewasakan kita. Kesilapan mematangkan kita. Guru-guru zaman sekarang selalu tekankan jangan buat silap. Jadi, kalau tak pernah silap, maksudnya tak pernah buat apa-apa lah kan? Tapi kalau buat silap yang sama berjuta kali, siapa yang bangang kat sini?
Hmmm..tepuk dahi tanya diri sendiri lah!
Ayam Dah Kahwin
Hari Sabtu lepas aku attend kenduri kahwin kawan aku sejak dari Form 1. Sama-sama sebilik, sama-sama dalam rumah Amiekids and sama-sama bersilat dalam Silat Seni Gayong dulu. In fact, sama-sama datang interview scholarship PETRONAS di bangunan Dayabumi and sama-sama isi borang pilihan negara. Bezanya, dia pilih Australia and aku pilih Amerika. Dia kata dia nak ikut kakak dia yang study kat sana. Aku pulak nak gi ke Amerika sebab aku nak join band kat sana. :D
Nama mamat ni Nizam tapi since form 1 kami panggil dia Ayam. Senior Form 5 yang bagi nama tu kat dia sebab mamat ni terkentut masa senior tu lepak kat katil dia. "Ayam betul kau ni!". Lebih kurang camtu la, terus melekat nama tu sampai laa ni.
Berkawan dengan Ayam memang sangat senang. Aku jarang sekali dengar dia cerita yang buruk-buruk pasal orang lain. Semuanya yang best-best lah dia citer pasal orang. Kad jemputan kenduri kahwin dia pada aku pun, dia pi taruk nama "Tan Sri M*hd F*rid". Memang kuat memuji betul dia nih.
Apa-apa pun aku doakan dia suami isteri kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Susah sama diredah, senang sama dinikmati. Aku tahu dia ada ramai ex girlfriend dulu-dulu time kat Australia tapi yang ni, she is the ultimate one.
"Isteri itu bukan hak milik, tapi satu anugerah" - Cikgu Elias, filem Cinta