Hari Ahad yang lepas pada 5 Mei telah pun berlangsung satu acara nasional, di mana hampir 80% pengundi berdaftar telah pun keluar untuk memilih wakil rakyat mereka.
Kali ini juga SPR telah memperkenalkan penggunaan calitan dakwat kekal. Akan tetapi omong kosong milik Pengerusi SPR jelas dimomokkan oleh orang awam keranan gagalnya dakwat itu melekat di jari pengundi untuk tempoh lebih daripada beberapa jam.
Pilihanraya yang menyaksikan peratusan tertinggi untuk pengundi membuang undi dalam sejarah Malaysia telah pun mempunyai pemenangnya. Barisan Nasional menang majoriti mudah dengan mencapai terlebih dahulu 122 kerusi Parlimen berbanding dengan Pakatan Rakyat yang memenangi baki bilangan kerusi di Parlimen.
Namun begitu, begitu banyak spekulasi yang tidak enak didengari mengenai prestasi SPR yang jelas menyebelahi pihak BN. Undi popular yang dimiliki oleh PR semakin bertambah jika dibandingkan dengan prestasinya pada pilihanraya 2008. Barisan kini gentar kerana mereka mengalami kemerosotan undi popular. Apa yang banyak menyelamatkan mereka adalah kerusi Parlimen dari negeri Sarawak.
Nampak gayanya....orang Sarawak terpaksa menerima Taib Mahmud sebagai Chief Minister nya buat kesekian kalinya. Memang liat nyawa politiknya untuk bertemu ajal.
Aku yakin dalam tempoh 5 tahun lagi Barisan Nasional akan jatuh tersungkur. Para pemimpin korup dari BN akan lari melarikan diri bersama-sama wang tunai yang siap sedia dalam bank akaun pesisir pantai mereka.
Ketika itu...Malaysia akan bangkit maju meninggalkan rakan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand....atau pun Filipina.