Tuesday, May 14, 2013

Malam yang Hangat

Malam semalam memang terhangat dalam tahun ni. Berguling-guling aku di atas katil dan berboleng tanpa tshirt melekap di baju. Walaupun aku sudah set kan kipas selaju yang mungkin, tapi hangatnya masih lagi menyengat otak dan juga membasahkan badan dek peluh menitik.

Dan yang paling aneh, aku terjaga pagi tadi berada di katil yang lain. Maksud aku, semalam aku tidur di bilik adik aku dan paginya aku terbaring di katil bilik aku. Adakah aku berjalan dalam tidur? Mungkin kerana panasnya hawa di sana maka aku berpindah ke bilikku sendiri?

Entahlah. Semuanya serba mungkin.

No comments: