6 Tahun Sudah Berlalu
Tajuk entry pun cam jiwang jekk..padahal takde menda pun. Bukan nak cerita ape, just nak reminisce good ol' memories down the memory lane. Insya Allah hari Jumaat ni jadi la kot Malaysian Nite kat universiti aku. Seperti biasa, silat is one of the main dish for that night.
Bila ingat-ingat balik..rindu pulak teringat kat kenkawan dalam silat nih. My huge crush dulu pun budak silat jugak. Cumanya, bukan sama-sama belajar sebab kami bukan sama bengkung. Aku ajar dia sebab dia baru masuk silat and kebetulan aku pembantu jurulatih kat gelanggang tu. But well, cerita lama..takyah nak ingat balik. Tak best.
Dalam gambar kat atas tu, di amik lepas demo silat gayong kat PPP, ITM Seksyen 18. Seronok jugak la masa tu. Sayang aaa aku tak dapat pakai baju silat aku malam tu sebab apa entah. Baju silat aku dah lusuh dah, luntur dah kaler hitam dia jadik kaler kelabu sebab 5 tahun bersilat dengan baju tu. Untuk demo malam tu, Kak Ati pinjamkan baju silat dia untuk aku...mujur badan dia besar la kan. Hehehe..aku rasa lain macam ajer bila sarung baju silat dia, sebab rasa besar kat dada. Hahahahaha....
Malam tu meriah la kat asrama siswa sebab ramai giler orang datang. Akak-akak siswi pun ramai gak datang tengok bebudak PSSGM bersilat. Tu yang syiok tuhhhh, awek ramai datang woooo! Partner bersilat aku si Haizrin tu, asalnya budak gelanggang Gayong Sek. Teknik Sg Buloh kot kalau tak silap aku. Kami sama-sama bengkung pelangi merah. Semuanya okay cuma kami ni tak berapa ngam lagi sebab baru kenal. Perbezaan utama antara aku dengan Haizrin, dia ni banyak main bunga sebab dia punya jurulatih dulu banyak tekankan bab seni, bab main bunga sebab diorang banyak join pertandingan silat seni, especially dalam masal (seni persembahan silat berkumpulan). Aku pulak, dah diasuh dengan dengan seni tempur sejak dari form 1 lagi. Memang tak ada ler nak bunga-bunga ni, asyik nak menghentam ajer kiranya. So bila dua-dua bersilat, memang gayat sikitlah rasanya. Sorang dengan bunganya, sorang lagi asyik nak menyerang ganas jek.
Understanding bersilat bersama pun belum bebetul kukuh, tak macam masa aku partner dengan Eak (nama betul dia Ezly Amer bin Khalid). 4 tahun punya understanding tak boleh nak compare dengan 2 3 bulan punya understanding. Sekali kilas pun kita dah tahu gerak pasangan kita, tapi kalau baru nak kenal-kenal, baru nak tepuk-tepuk and pukul-pukul..manalah kita nak dan cam dia. Itu pasal la banyak jugak aku terlupa buah pukul aku. Dah la dengan partner baru, buat pulak pentas pukulan bukan main pentas buah tapak hidup. Memang kantoi. Tapi seronok woo..alah, bukan bebudak silat bukan tahu pun kalau aku screwed up masa tu. Heehehehe..
Some people takleh relate apesal sesetengah orang kalau bersilat ni dia memang fanatik. Eh, bukan fanatik. Tak kena perkataan tu. Naik sheikh kot. Haa..banyak punca dia. Antaranya, panas baran tak yang gheti nak kontrol-kontrol. Aku dulu memang stok panas baran, serius shit tak tipu. Pantang angin ajer, nak angkat tangan ni ahh, mulut cam cibai ajer nak maki hamun. Tapi slowly dengan penglibatan dalam silat ni, baran aku makin hilang. Makin kontrol and composed. Bukan nak kata hilang habis, takkan habisnya nafsu amarah kita ni, cumanya samada dapat dikawal sepenuhnya atau pun tidak lah.
Selain dari tu, ada jugak gangguan daripada makhluk halus. Ni sebabnya kawasan tempat kita berlatih silat tu sebenarnya ada jugak makhluk lain duduk tinggal. Kita dok dalam dunia ni berkongsi dengan makhluk jin, syaitan, iblis dan banyak lagi yang kita tak dapat pandang sebab ada hijab. Sebab tu kita tak boleh berperangai sebarangan, sebab kita kena hormat dengan 'jiran-jiran' kita ni. Pernah Cikgu Selamat cerita kat aku, waktu dia jaga permainan silat di ITM induk, dia nampak budak sorang ni naik sheikh, mata merah-merah sambil bersilat meracau habis. Ni memang sah diganggu makhluk halus kata Cikgu Selamat. Mujur cikgu sempat cekup tengkuk mamat tu and humbankan dia ke tanah. Amik ko, makan tanah mamat tu. Lepas tu baru dia tersedar, terus tak ingat apa yang dia buat just before that.
Kalau tak kerana tempat pun, kadang kala disebabkan amalan persilatan tu sendiri. Cikgu Rasul, cikgu silat aku waktu di gelanggang Alam Shah cerita pasal amalan Silat Seni Lincah. Kalau nak bukak gelanggang baru, mesti disembelih ayam jantan seekor and darahnya ditaburkan keliling gelanggang. Haa..yang tu memang sah silap haribulan boleh bawak khurafat. Kalau ada sapa-sapa budak Seni Lincah yang terbaca blog aku ni, nak betulkan pun boleh apa yang aku cakap pasal depa. Tapi yang aku petik ni sebenarnya dari cikgu silat aku sendiri. Hanya dia yang tahu kebenarannya sebab dia yang jadi saksinya. Dalam Silat Gayong pulak, memang tak ada amalan macam tu. Yang ada, hanya doa minta perlindungan kepada tuhan dan selawat ke atas nabi. Hak mandi minyak panas tu dalam Silat Gayong, bukan untuk nak jadi kebal ke apa. Cuma untuk tujuan perubatan. Itu ajer. Sapa-sapa kata nak mandi minyak ni untuk kebal, untuk karut ajer.
Silat ni banyak ambil pergerakan daripada haiwan. Silat Gayong M'sia sendiri, ambil contoh gerakan harimau. Sebab banyak nama seninya ada kena mengena dengan harimau. Asas gerakan harimau, lompatan harimau melenting, harimau mengambur mangsa, harimau mengambur dahan, seni yoi (harimau melenting atas lumpur). Ambil contoh lain pulak, silat Cimandi. Kononnya silat ni dipengaruhi dengan aksi monyet, cimandi ni asal nama sanskrit bagi monyet kot. Lebih kurang gitu lah. Kita tengok sekali gaya, memang betul nampak cam monyet terlompat-lompat mengelak. Tak caya, gi la tengok memana gelanggang silat cimandi ni. Lagi satu, tengok silat Elang Putih, gaya macam burung helang pulak.
Ni azam aku lah. Aku tanam azam bila balik M'sia nanti aku nak sambung balik pelajaran silat. At the same time, nak sambung belajar tae kwon do balik. Nanti leh sparring dengan
Cik Alia, sifoo TKD blogger..hehehehe..Lagi pun, bagus bersilat ni, sihat badan, takde buang masa nak melepak tak tentu arah.