Saturday, October 23, 2004

My Usual Ramblings



Sebenarnya tak ada apa yang nak dituliskan, melainkan merepek semata-mata. By the way, dalam online newspaper BBC, ada mention para arkeologi dah jumpa jamban tempat Martin Luther buang air besar. Martin Luther ni, untuk orang-orang yang tak tahu, ialah pengasas fahaman Protestan dalam Kristian. Martin Luther banyak mendedahkan korupsi yang berlaku dalam Katolik (especially bab penjualan surat pengampunan) dan menghuraikan untuk mendekatkan diri pada tuhan, bukanlah melalui gereja semata-mata; perlu mengikut kitab Bible secara sepenuhnya dan mengikut pemahaman kendiri kepada risalah Bible. Rupa-rupanya, si Martin Luther ni historically memang ada penyakit sembelit. Susah nak buang taik. Jadi disebabkan dia lama sangat dalam toilet, maka datanglah banyak idea-idea baru berhubung dengan ajaran Kristian yang sempat dia formulate kan. Hebat tak hebat, dalam jamban pun leh hasilkan idea yang revolusi and kontroversi.

Bercakap pasal kontroversi, sekarang ni isu Menteri JKR yang berura-ura nak saman SCAH pasal depa dok buat kempen, "Hon untuk Pecat Samy Vellu". Aku memang nak gelak pun ada, tepuk dahi pun ada, garu ketiak pun ada bila baca pasal karenah menteri kita yang gelap sorang ni. DAP punyalah bersalak dalam Parlimen suruh pecat dia, SCAH juga yang kena saman. Tahu jugak dia takut nak lawan Lim Kit Siang dalam Parlimen.

Tapi betullah, pada pandangan aku, memang patut pun cadangan dipecat dikemukan di Parlimen. Kalau jadi kat UK mahu pun US, dah tentu orang tu letak jawatan (atau pun dibersarakan awal, amik contoh George Tenet, ex CIA Director). Ambil contoh paling dekat, di Korea Selatan sendiri Perdana Menterinya diletakkan jawatannya disebabkan perlantikannya timbulkan kontroversi dalam Parlimen. Untuk selamatkan kredibiliti Parlimen dan kerajaan, dia sendiri secara sukarela letak jawatan. Perdana Menteri Jepun dah berkali-kali letak jawatan dan silih berganti kerana banyak tuduhan melibatkann rasuah dan salah urus. Sama juga menteri-menteri di Taiwan dan Thailand. Tapi hal ni tak boleh jadi di Malaysia, Bolehlahland ni. Kalau boleh semua menteri mahu mati kat kerusi empuk dalam pejabat kementerian masing-masing. Untuk apa? Aku pun tak tahu, korang sendiri jawaplah.

Oh, respon pada teman kite si Utarian (teman internet tanpa wajah, suara), lately memang kurang sikitlah blues blog ni. Mungkin sebab saya sibuk dengan urusan kelas dan lab. Mungkin juga saya simpan dalam hati. Or mungkin jugak saya sibuk menulis blues/jiwang karat saya dalam diari cokelat saya yang berhabuk atas meja kat bilik tu. Tapi apa-apa pun, saya rasa banyak saya luahkan kat dalam sleeping bag ajer lah. Bila rasa blues, saya pun masuk menyembunyikan diri dalam sleeping bag saya and tidur. Moga-moga mimpi yang indah-indah, ye dak?

Tapi itulah dia, buat sementara ini, blog ini akan betul jadi jalan yang sepi. Sepi dengan updates (melainkan 'paper-paper PhD', hasil pandangan saya tentang situasi semasa, samada keadaan di Malaysia mahu pun isu global).

Selamat berpuasa semua, selamat meneruskan ibadah puasa semua dan selamat menjadi manusia yang lebih berdisiplin dalam bulan Ramadhan ini. Ihya Ramadhan, Ramadhan Kareem!

No comments: