Hehehe, lama gila aku tak menulis. Padahal dalam kepala otak ni sebenarnya banyak benda yang nak dituliskan. Cuma acapkali aku ter miss peluang nak menulis sebab banyak sangat makan vitamin M. Berderet-deret ajer menda yang nak disemburkan, dibebelkan, digossipkan.
Semalam ada peluang jumpa member lama kat Penn State. Layan gebang and sembang, tapi mostly sekitar isu perniagaan kami. Walau pun dia masih lagi bekerja, tapi dia juga ada bergiat dalam perniagaan pertanian. Aku nampak tempat dia tu memang senang la nak bertani pasal banyak kos yang boleh dikurangkan berbanding dengan tempat aku. Maybe one day aku akan drop by tempat dia kat utara. Mana tau ada peluang sana sini.
So hari ni aku akan berniaga di tempat yang baru. Agak teruja, pada masa yang sama agak gabra jugak pasal tak pernah berniaga kat sini kan. Kira selambe beruk ajer bukak. Aim aku kalau dapat hasil jualan bersih dalam RM 200 satu malam, itu sudah kira bagus untuk permulaan. We'll see about that, kan?
So tu la dia menda-menda yang aku nak mengarutkan. Esok-esok aku sambung lagi.