Sunday, December 15, 2013

Faces from the past

I know it was very stupid to browse her facebook page. Then few familiar faces came up to the surface. Certainly they brought up some memories which I want to forget very, very, very hard.

Sometimes they are just some stubborn memories, hidden somewhere deep in my heart.

I wish I could erase those memories from my mind.

Friday, December 13, 2013

Menjelang 2014

Sekejap aje masa berlalu dari Januari sampai ke Disember. Of course, banyak perkara yang mendewasakan dan tak kurang juga perkara-perkara yang membodohkan aku dalam tempoh setahun ini.

Secara amnya, kedudukan kewangan agak stabil sebab adanya syarikat yang kukuh dalam perniagaan. Alhamdulillah ini memang aku tak nafikan. Alhamdulillah juga perniagaan yang makin bagus dan juga peluang-peluang yang datang membuatkan hati terasa berbelah bahagi; mahu stay atau pun mahu pergi ikut hati.

Kalau diikutkan kemajuan diri, aku masih lagi di takuk yang lama. Tak berkembang apa sangat. Aset pun tak berkembang. Ekuiti syarikat pun masih lagi belum diberikan. Agak terasa hati juga sebab ini adalah atas pegangan janji. Kurang manis agaknya kalau aku sendiri menegur dan bertanya. Sepatutnya tuan punya syarikat yang bertanyakan dan menawarkan kerana ini janji.

Sekarang ini perhubungan dengan manusia juga makin bertambah baik. Ada kemungkinan aku akan dirikan rumahtangga dalam tahun 2014. Berkongsi hidup dengan wanita yang dikasihi. Tak boleh didedahkan lagi di sini. Tunggu bila masa yang sesuai hadir dalam hidup aku.

Bicara sekarang adalah tentang hari esok. Apakah pengisian yang aku mahukan untuk kelangsungan hidup? Ada orang kata, kalau kita mahu tahu apa yang akan ada di masa depan, maknanya biarlah kita sendiri yang mencipta masa depan itu dengan keringat dan kejujuran cita-cita.

Jadi apa yang telah berlaku, biar disimpan di lipatan sejarah. Apa yang sedang berlaku, biar dihayati dan dirasai sepenuh hati. Dan apa yang akan berlaku, biarlah diri menentukan apa yang terjadi. Kan?

Wednesday, November 27, 2013

Frustration

Can we pour out the frustration onto the wall and be relieved from it?
Can we pour out the sadness onto the hollow ground and be relieved from it?
Can we pour out the grief and take in the happiness instead?

Tuesday, November 26, 2013

Updating some part of my life

Okay, it has been a while for me not to write my thoughts here. Certainly occupied with many things; works, friends, women and petty stuffs.

Things at the office now are quite messy. We now dwell with ISO documentations which I think it is necessary pain. Either I like it or not, if I want to see the company grows, this is what I need to do.

And speaking about women; hahaha..I dont know whether am I doing the right thing or not. Just go with the flow.

Very much recently I get myself into charity work. Mostly I donate money because that is the thing I can do from here. But insya Allah early December I will go to Perak to join the charity work and get my hands dirty. So hopefully this will enrich my own personal experience and allow myself to grow.

Really, helping the people in need is actually helping myself from inside. Everyone should do it too.

Saturday, November 16, 2013

Melayu dan Bahasa Inggeris

Hari ni aku attend TEDx Youth KL. Aku nampak ramai giler amoi-amoi yang datang. Boleh dibilang berapa ramai budak-budak Melayu yang datang.
Sayang bila orang kita tak suka datang dalam majlis ilmu. Memanglah program tu dibuat dalam Bahasa Inggeris, tapi sepatutnya tu bukan dijadikan sebab untuk mereka tak datang.
Atau pun, adakah diorang ni benar-benar tak ada semangat ingin tahu? Semangat untuk berinteraksi dengan orang yang di luar dari batas sosial mereka?
Entahlah. Adakah Melayu memang sikapnya begitu?

Monday, November 04, 2013

Sentuhan Hati

Jalan lurus disimbah hujan
Jalan bengkang-bengkok disuluh rembulan
Hati resah cari panduan
Mahu ditelusuri cari sang puteri
Tapi takut dirantai rasa gundah di celah hati
Tapi iltizam digenggam kemas
Mahu bertemu sang puteri, ratu di hati
Engkaukah yang ingin hatiku bersayang-sayang.

Wednesday, October 23, 2013

Arah tuju dan dinamik perniagaan

Tadi aku dan partner aku berjumpa dengan seseorang yang kami rasa patut kami jadikan atau pun, jemput dia jadi investor.
Kami memang mahukan seseorang yang pernah exit dari business dia dan dalam pada masa yang sama, pernah mengharungi suka duka dalam buat business. Ini kerana hanya entrepreneur saja yang tahu perit getir yang kami lalui.
Perbincangan kami sekitar tentang dayamaju produk, hala tuju business model dan juga talent acquisition. Of course, ada disentuh tentang kebarangkalian mereka jadi advisor kami. Tapi tunggu saja lah. Mungkin jadi atau mungkin tidak.

Tuesday, October 01, 2013

Kenangan bumi Amerika

Aku selalu terkenangkan kenangan manis masa bersama-sama kawan-kawan di Amerika dulu. Lebih-lebih lagi bila terdengar muzik nasyid yang selalu kami mainkan semasa roadtrip untuk perjalanan ke program MISG atau MISNA. Aneh ya dulu, kami tegar drive berjam-jam untuk bertemu rakan-rakan di program. Tapi kini, badan makin lesu. Tanda aku ni dah jadi semakin tua.

Tapi tanda kenangan di bumi Amerika tetap jadi simpanan termanis dalam memori aku - nasyid Impian Kasih. :)

Thursday, September 12, 2013

Bersyukur

Aku rasa aku nak tulis perkara-perkara yang aku syukurkan pada setiap hari kehidupan aku yang masih bernafas lagi.

Aku syukur aku masih punya ayah. Ayah yang biar pun dia tak begitu mesra dengan permintaan atau ajakan minum teh tarik aku. Tapi sekurang-kurangnya aku masih punya ayah tempat aku capai inspirasi hidupku.

Aku syukur aku masih punya pendapatan, biar pun tak sebanyak mana. Tapi masih lagi boleh digunakan untung bayarkan hutang piutang aku, makan minum aku, wang foya-foya aku.

Aku syukur aku masih lagi bernafas hari ini, tiada cacat dan celanya diri ini. Mampu berdiri tegak, jalan berderap dan lari maju ke hadapan. Jadi aku manusia berikhtiar dan juga keyakinan hidup.

Aku syukur hidup ini masih dibenarkan berusaha dengan apa yang ada. Tidak dibebani dengan apa yang tiada tetapi mahu-mahu ada.

Harap-harap esok lusa aku akan maju jaya. Harap-harap aku dapat gaji RM15,000 sebulan macam yang aku percaya. Harap-harap aku dapat dirikan rumahtangga pada tahun hadapan dengan wanita aku paling cinta. Ameen.

Monday, August 26, 2013

Cakap Siam

Petikan daripada conversation chat budak2 silat di whatsapp group aku.
-------------------------------------

As salam semua.....
Setelah bertapa 3 hari 2 mlm di Thailand..
Ni la hasilnya..
[ 1 ] Bahasa Thai

Satu = Neng
Dua = Song
Tiga = Saam
Empat = Si
Lima = Ha
Enam = Houk
Tujuh = Chet
Lapan = Ped
Sembilan = Kaw
Sepuluh = Sib

sawaddi krab/kha = selamat sejahtera ( "krab/khab" ditutur oleh boy dan "kha" ditutur oleh girl)

Selamat Pagi = Arun Sawad
Selamat Malam = Ratree Sawad
Selamat Tinggal = La korn
Apa Khabar? = Sabai di Mai?
Khabar Baik = Sabai di
Terima Kasih = Khob Khun
Terima Kasih (diucap oleh lelaki) = Khob Khun Krab (ada kalanya disebut Khob Khun Khab)
Terima Kasih (diucap oleh perempuan = Khob Khun Kha
Awak tinggal di mana? = Khun ju thi nai
Awak dari mana? = Khun ma chak nai
Bolehkah awak cakap bahasa Thai? = Khun phud phasa Thai dai mai?
Ya (diucap oleh lelaki) = Krab/Khab
Ya (diucap oleh perempuan = Kha
Ya = Chai
Boleh = Dai
Tidak = Mai
Tidak boleh = Mai Dai
pergi = Peai/pai
mari = Ma
Makan = Kin
Minum = Deum
Beritahu = Bouk/Bok
Tahu = Roou (lalau bahasa bm disebut 'ru')
Tidak Tahu = Mai Roou
Tidak Pandai = Mai Pen
Mahu = Aw/Ao
Tidak Mahu = Mai Aw
Di mana? = Thi nai?
Bila = Mea rai
Siapa = Khrai
Apa = Arai
kedai = Rarn
Jalan = Thanon
Rumah = Ban
Wang = ngen
Market = Talat
Ini Berapa? = Ni thau rai?
Itu Berapa? = Nan thau rai?
Mahal = Pheng
Murah = Thook
Banyak = Mak Mak (kalau nak ucap terima kasih byk2, ucap la "Khob Khun Mak Mak")
Sikit = Nid Noi
Senyum = Jim (kalau nak suruh awek senyum sikit, korang cakap la "Jim Noi")
saya (ditutur oleh girl) = chan
saya (ditutur oleh boy) = phom
cinta = rak
Suka = chob
kamu = ther
saya cintakan kamu/awak = chan/phom rak ther
saya suka awak = chan/phom chob ther
cik/awak = Khun
Dia = Khau

Minggu bahasa..
Jom ckp Siammmm..

Tuesday, August 20, 2013

Kemelut bagi Syarikat Muda

Pagi tadi kami berbincang panjang tentang salah seorang staff kami yang mahu berhenti kerja. Dari perbualan tentang exit interview, hingga ke polisi HR.......banyak jugalah yang dibentangkan. Ternyata, betul kata orang tua, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

So maksudnya keadaan yang disangka okay dalam syarikat rupanya banyak juga pergolakannya.

Nak diceritakan terlalu banyak dan meletihkan. Better duduk berdiam, meditasi dan berdoa mencari jawapan penyelesaian kepada permasalahan ini.

Saturday, August 17, 2013

Between CRM and Online Matchmaking Website

I am now torn between two apps; both are equally good in terms of economic prospects.

I wholeheartedly believe that CRM will play proper role in the economic wave. Now people are talking about economic glut, but I am not sure if this economic gIut is real or not. Well we don't have genius running the country now. pffft....

I think CRM is useful for traders, project chasers, manufacturing, real estate agents etc. If the business is cash base, then it will be tough to sell.

Ideally..., it would be good to sell this to solo entrepreneur. Most will likely to use this but it needs integration with Google Apps.

On the other hand, I also think that my online matchmaking website will create a dent in Malaysia landscape. In 4 months, I manage to get 1031 registrations. Actual the number is much higher. It could easily teach to 1,100 people.

But! These are FREE registration. Of course Malaysians love FREE stuffs. The real testament would come from paid subscription. Then we shall know the depth of the market for such product.

So these are my two options.

Tuesday, August 13, 2013

My chicken parmesan and Pasta

I've been meaning to cook this meal since my last failure to make chicken parmesan for myself. This is like nurturing my vengeance to cook good food for myself.

Anyhow since i am still on holiday, so I figured out this could be the time for me to create my own masterpiece.

So this is it!

Friday, August 02, 2013

Ruby jadi pelajaranku

Aku sekarang tengah sibuk belajar Ruby. Dan juga Rails. Niat di hati aku nak jadi coder..atau pun programmer. Biarkah susah mana pun, aku nak belajar jugak supaya paling tidak aku boleh hasilkan web apps aku sendiri.

Bila adanya skill macam ni, aku boleh bina digital asset aku sendiri. Tak perlu bergantung pada orang lain.

Aku pasti, masa depan banyak bergantung kepada software. Soalnya sekarang, software yang macam mana?

Tuesday, July 16, 2013

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Haihh lepas kena sound pasal kes terlepas cakap kat official college...aku pulak tergolek dari motor akibat kena kejar dengan anjing lahanat.

Memang suwey. Tiada rezeki hari ni.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 2013, satu lagi dejavu

Ramadhan kali ini sama macam biasa. Takde yang berubah sangat. Yang masih lagi sama ialah orang-orang yang duduk dalam rumah ni.

Ramadhan macam takde beza pun dengan bulan - bulan Iain, kau akan start questioning apa bezanya pun, kan?

Entah......aku rasa kosong.

Saturday, July 06, 2013

Founder's Struggle

For most entrepreneurs, the sole intent to do business is to create wealth for their own sake. However, during the struggle to continue or at least to sustain the business, there will be another epiphany comes to these folks' mind - bringing change to other people' lives.

Then for all we know later that our struggle to keep the company alive is due to the simple reason - the continuity for our employees to be salaried. Or at least our ability to pay them salary without glitch. So much for our belief that we thought our simple goal, which is to enrich ourselves, does not require any help. Boy, that was the biggest flaw in setting up a business!

The founders are humans too. They have feeling, attachment and emphaty towards their team members. While employees are busy working on their tasks, the founders are busy testing their hypothesis because this will decide if they can survive another day or not.

Then we also have to deal with other challenges as well like incompetency, creating the right culture, passion on the business and many more.

Sometimes I am surprised for how we cope with so many bullshit just to get done one thing. It's like it's a struggle for the founders on daily basis.

The founders' struggle.

Friday, July 05, 2013

Weekend Ordeals

Writing blog on my Samsung Note 2 kinda feel awesome. For some reason, using stylus is now considered a cool thing to do all over again.

But writing does spark some inspiring moments for the writer to start creating something out of imagination.

For example, the idea of putting up some plots to make story much appealing can be initiated by the strobes of pen or pencil.

I believe before I leave this jaded city, I must make an impact which positively affect all the people here.

Whether through my businesses or my activity of mingling with the public, it has to gererate that much impact in order for it to be impactful.

How? I let their to show me the way.

Thursday, July 04, 2013

Starbucks Growth for startup

Hmmm..... aHmmm now sitting in one of the many Starbucks outlets here in the Curve.

Just as I am trying to pour out my heart onto this blog, my client turned up. I thought she would be a Malay. I was wrong.


Wednesday, July 03, 2013

Being Single Father

The reason I choose to write about this is because that is who I am. I am a single adult. Same goes to my father.

He has lost his wife about 3 years ago. I can see that he has become somewhat lost and clueless.

Right now I am glad that he is now in Mekah to do his umrah. May he find his solace whiIe he performs his ibadah in this Holy Land.


Monday, July 01, 2013

Bitterness

Dear bro,
Life is too short to be miserable. Or to be bitter. God does not create you so that you can slump down and feel defeated. God creates you for a grand reason. Whether you are going to make it grand or not, it is entirely up to your strong will or not. The Lord has given you equal opportunities in every possible and humane ways for you to achieve greatness in life.
So stop being sad. Especially when you are sad for someone else's happiness. Go and create your own happiness. Never hide it. Embrace it and publicize it.
You are full of love. You are one stubborn and courageous guy i have ever known in my entire life. Never stop giving and never stop loving. For love, all good things will come back to its giver.
Have faith in Him. Always trust your instinct and rise to your occassion. Seize the day as if every day is your last day. Today is the day you make your parents, family and friends proud of knowing you in their life. Go and be one!

2nd Half 2013

Now it's officially the second half of 2013. Plenty of things have happened for Evenesis. I for once is almost clueless as to what else I need to do in order for us to increase our sales.

It has been established since early this year that we want to increase our sales to RM 2,000,000. Given the current number, I don't feel it's a certain aim anymore. Simply because the pipeline isn't that healthy. I feel there is a mismatch between what we offer to the market as to what the market actually needs.

If we were right, whatever we have built here is supposed to get market traction rather easily. But I found that our previous clients who acquired our solution through the grant package don't come back to us for more. So, are we really solving their problems? Do we want to alter their behavior before they realize that they have problem?

These are crucial for me because without these, it's tough to do selling.

Sunday, June 16, 2013

Vision to Grow for Temanhidupku.com

I'm thinking of bringing my matchmaking website to a minimum number of 1000 subscribers.

www.temanhidupku.com

I want to make it a #1 matchmaking website for Muslim in Malaysia.

Can you help me?

Saturday, June 15, 2013

Kerinduan

Kadang rasa mahu saja diturut hati pergi ke selatan semenanjung. Mahu berjumpa si buah hati.

Tapi bersabarlah hati. Mungkin selepas raya kita berikat janji...dan tak lama selepas itu kita berjanji sehidup semati yang kekal abadi.

Thursday, May 30, 2013

Umrah Ditangguh

Aku rasa papa sure tengah sedih sebab hari ni dia tak dapat fly ke bumi Arab untuk umrah. Dia dah pun bersedia sejak dari semalam. Pakaian dah bersajak dalam bagasi. Cucu-cucunya pun dah habis bercium dengannya. Tapi sayang kerajaan Arab Saudi sekat dan kurangkan bilangan orang yang nak lakukan umrah tahun ini.

Ini semua ujian. Ujian itu tandanya Dia ingat kita. Syukur Allah masih ingat pada papa aku.

Wednesday, May 22, 2013

Sistem Pendidikan yang Disconnect dari Realiti

Percaya atau tidak, pendidikan kita di universiti pada hari ini banyak jauh tertinggal berbanding realiti industri. Di alam pekerjaan, ada beberapa skil yang diperlukan di kalangan fresh graduates, tapi ruang lompang ini tidak diisikan oleh mereka kerana mereka ini dididik oleh si ibu ketam.

Contohnya...sekiranya young lecturers sendiri tidak mempunyai latarbelakang pekerjaan yang kukuh dalam bidang yang mereka mahu ajarkan..jadi bagaimana mereka dapat menyiapkan mahasiswa yang mahu menawan dunia bila mereka tamat pengajian nanti.

Aku sendiri merasa ada kebangangang dalan idea menarik lebih ramai graduan muda untuk menjadi pensyarah muda. Akhirnya memang itu lah yang mereka jadi - bersyarah. Talk only but experience zero.

Jadi pihak universiti harus peka pada keperluan mahasiswa sekarang. Di zaman ekonomi berkembang pesat, banyak jenis-jenis pekerjaan dalam sektor ekonomi tradisional sudah terhapus dan mereka digantikan dengan jenis pekerjaan yang baru. Apakah mahasiswa hari ini dapat mengisi kekosongan skop pekerjaan ekonomi baru? Atau hanya biarkan mereka melalak dan merintih dan merayu untuk diberikan 6 bulan lagi latihan pasca universiti?

Tuesday, May 14, 2013

Malam yang Hangat

Malam semalam memang terhangat dalam tahun ni. Berguling-guling aku di atas katil dan berboleng tanpa tshirt melekap di baju. Walaupun aku sudah set kan kipas selaju yang mungkin, tapi hangatnya masih lagi menyengat otak dan juga membasahkan badan dek peluh menitik.

Dan yang paling aneh, aku terjaga pagi tadi berada di katil yang lain. Maksud aku, semalam aku tidur di bilik adik aku dan paginya aku terbaring di katil bilik aku. Adakah aku berjalan dalam tidur? Mungkin kerana panasnya hawa di sana maka aku berpindah ke bilikku sendiri?

Entahlah. Semuanya serba mungkin.

Saturday, May 11, 2013

Memahami perangai manusia melalui series of test

Well now i am this project to connect human beings. Of course people are saying that this is crowded space. People get connected to other people through social networking website. And we have more than enough social networking website right now.

But what if.....this idea of connecting two humans..or rather I say it, two souls, for a simple noble reason - to found a happy and lasting marriage.

Using sets of statement, each of this statement has either positive connotation or negative connotation, a subject then must be able to set which one he likes and set its degree of importance to himself.

What do you think about this test? Would people be honest about it? Would people cheat about it? We know for sure women lie about their body size in dating website. Men would put pictures at least 1 year pre date than the day they registered in that dating website. So yeah...honesty is a bit tricky issue on this matter.

What do you think? Talk to me. Or unless you also lie about yourself in tests.

Thursday, May 09, 2013

Himpunan Rakyat Anti Penipuan Pilihanraya

Semalam hampir segala manusia yang berkongsi kebencian mereka pada SPR telah berhimpun dan berkumpul berama-sama dengan barisan pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka ini berhimpun dengan tujuan menyatakan rasa benci dan jijik mereka pada Suruhanjaya Pilihanraya.

Jalan raya sekitar stadium kelana jaya hampir tidak bergerak. Ribuan manusia berjalan kaki dan bersatu di stadium itu. Warna kulit, fahaman agama, kelainan bahasa tidak jejaskan langsung perhimpunan aman ini.
Ternyata rakyat Malaysia mulai matang.

Syabas rakyat Malaysia. Mudah-mudahan jalan mengisi kemerdekaan ini membawa sejahtera kepada semua isi Malaysia.

Tuesday, May 07, 2013

Pilihanraya Umum ke 13, 2013

Hari Ahad yang lepas pada 5 Mei telah pun berlangsung satu acara nasional, di mana hampir 80% pengundi berdaftar telah pun keluar untuk memilih wakil rakyat mereka.

Kali ini juga SPR telah memperkenalkan penggunaan calitan dakwat kekal. Akan tetapi omong kosong milik Pengerusi SPR jelas dimomokkan oleh orang awam keranan gagalnya dakwat itu melekat di jari pengundi untuk tempoh lebih daripada beberapa jam.

Pilihanraya yang menyaksikan peratusan tertinggi untuk pengundi membuang undi dalam sejarah Malaysia telah pun mempunyai pemenangnya. Barisan Nasional menang majoriti mudah dengan mencapai terlebih dahulu 122 kerusi Parlimen berbanding dengan Pakatan Rakyat yang memenangi baki bilangan kerusi di Parlimen.

Namun begitu, begitu banyak spekulasi yang tidak enak didengari mengenai prestasi SPR yang jelas menyebelahi pihak BN. Undi popular yang dimiliki oleh PR semakin bertambah jika dibandingkan dengan prestasinya pada pilihanraya 2008. Barisan kini gentar kerana mereka mengalami kemerosotan undi popular. Apa yang banyak menyelamatkan mereka adalah kerusi Parlimen dari negeri Sarawak.

Nampak gayanya....orang Sarawak terpaksa menerima Taib Mahmud sebagai Chief Minister nya buat kesekian kalinya. Memang liat nyawa politiknya untuk bertemu ajal.

Aku yakin dalam tempoh 5 tahun lagi Barisan Nasional akan jatuh tersungkur. Para pemimpin korup dari BN akan lari melarikan diri bersama-sama wang tunai yang siap sedia dalam bank akaun pesisir pantai mereka.

Ketika itu...Malaysia akan bangkit maju meninggalkan rakan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand....atau pun Filipina.

Wednesday, May 01, 2013

Banyak Cabaran Yang Tidak diduga

Dalam hidup sekarang, banyak betul cabaran yang nak dihadapi. Nak-nak bila kita dah hampir hak sampai ke hujung. Memang confirm serabut kepala nak buat keputusan, pilihan mana yang harus dibuat.

Yang jadi panduan untuk penyelesaian ialah pada prinsip hidup. Pada apa yang hendak dicapai dalan hidup.

Mungkin oleh kerana kita ni sering terleka dengan perjalanan hidup...kita terabaikan perkara-perkara kecil. Tapi perkara-perkara kecil inilah yang buatkan perbedaan yang besar dalam kita melihat isi dunia.

Tuesday, April 30, 2013

Nikmati perkara-perkara kecil dalam hidup

Aku selalu tunggu menda-menda yang besar dalam life. Tapi sebenarnya..yang buatkan hidup ni lebih bermakna bila perkara-perkara kecil jadi dalam hidup kita.
Seorang ibu ucapkan rasa sayang pada seorang anak.
Seorang kekasih buatkan cekodok ikan bilis untuk kekasihnya.
Seorang yang tidak dikenali melemparkan senyuman pada kita yang lalu melepasinya.
Simple things in life. Priceless.

Sunday, April 28, 2013

TemanHidupku.com, website untuk Muslim di Malaysia cari potensi calon untuk dirikan rumahtangga

Dah lama aku simpan hajat untuk hasilkan sesuatu yang sebegini. Now dah tercapai maksud hajat aku. Aku dah bina satu platform untuk muslimin dan muslimat di Malaysia bersuai kenal bagi maksud yang satu; dirikan rumahtangga.

Kenapa tak boleh guna Facebook aje? Ada orang tanya aku. Pastinya Facebook ni kurang sesuai sebab tidak menjaga privacy orang-orang yang serius nak bernikah. Sesiapa pun boleh masuk website tu.

Di sini lengkap ada ujian personaliti dan juga ujian keserasian. Kami gunakan algorithm tertentu bagi mengira dan mengenalpasti trend di antara dua profile. Jadi memang niat kami nak satukan dua insan yang berpotensi untuk bernikah.

Speaking of which, aku pun tanam niay nak bernikah. Insya allah mudah-mudahan pada penghujung tahun ni kalau financial standing mengizinkan. Tak mahu bernikah dan berkahwin sampai berhutang piutang dengan bank.

Harap-harap website membina perkahwinan ini dapat perhatian dan sambutan daripada orang ramai. Ameen.

Apakah Barisan Nasional Takut?

Makin menjadi-jadi mainan propaganda Barisan Nasional. Di Bistro Pandan Mewah di tempat aku selalu makan belah petang....akhbar Mingguan Msia dan akhbar Berita Harian edisi mengutuk dan memomokkan berita buruk tentang pembangkang diberikan percuma kepada pengunjung kedai mamak ini.

Ternyata, aku boleh rasakan betapa 'desperate' dan juga ketakutan yang menggila datang dari barisan politikus dalam Barisan Nasional.

Mereka harus takut, harus gusar sebab rakyat bukan lagi macai-macai yang picisan pemikiran. Aku dalam diam bangga mengira hari-hari akhir politikus jahanam ni.

Saturday, April 27, 2013

Aku ingin menulis kembali

Jalan kehidupan kita ini amat penting didokumentasikan. Terutama bila saat menghadapi detik-detik getir dalam hidup.
Warna-warna kehidupan takkan berhenti meluncur. Jadi aku lebih baik teruskan melakarkan lukisan dalam hidupku.
Nanti boleh jadi tenungan untuk diri sendiri di masa tua.