Thursday, December 08, 2022

Inviting a Partner

Seriously aku tak pernah nak ajak sapa-sapa jadi partner aku.

Bukan senang nak berpartner dengan aku, sebab aku ni gila kuasa. Aku value aku punya independence. Bila dah ada partner, we can't make the decision by ourselves. Always kena consult with the partner.

But anyway, even bila aku dah ajak jadi partner pun, aku kena draw the line. Aku still have veto. Aku still the decision maker.

Aku percaya untuk satu-satu venture tu berjaya, semua orang kena ada bidang kuasa dan ruang tanggungjawab masing-masing. Stick to it. At the end of the day, business ni kena tengok pada aliran revenue kita. Aliran cash yang bisnes ni ada. Sembang macam mana deras pun, tapi hasil tak masuk pun taraguna.

Betul tak?

So, aku bagi kawan aku masa seminggu untuk dia decide. Or else, aku move. No hard feeling. It's just business.

Thursday, December 01, 2022

Cari Rejeki Mencoba Nasib di Bumi Keraton

 30 Nov 2022

Aku berada di bumi Jakarta. Kali ini perlu ada satu direction yang jelas bagi startup aku. Cari apa yang aku impikan.

Tapi apa yang aku impikan?

Apa yang telah aku lakarkan secara jelas; di ruang minda, di ceruk hati dan di kotak perasaan?

Hal ini yang perlu diperhalusi. Yang mesti dijelaskan sejelas yang mungkin.

Sungguh aku terasa sangat kecil bila aku travel bersama-sama orang-orang yang hebat dalam bisnes mereka. Ada yang bercerita tentang fund raising. Ada yang bercerita tentang penggajian mereka. Ada yang bercerita tentang strategi konkrit mereka masuk ke pasaran antarabangsa.

Tapi aku sedar, sewajibnya aku ambil kesempatan ini menyedut jiwa berani mereka, semangat adventurous mereka, yang mahu membesarkan bisnes hingga dapat menggajikan beratus-ratus orang dan menghasilkan berjuta-juta pendapatan bagi bisnes ini.