Thursday, December 01, 2022

Cari Rejeki Mencoba Nasib di Bumi Keraton

 30 Nov 2022

Aku berada di bumi Jakarta. Kali ini perlu ada satu direction yang jelas bagi startup aku. Cari apa yang aku impikan.

Tapi apa yang aku impikan?

Apa yang telah aku lakarkan secara jelas; di ruang minda, di ceruk hati dan di kotak perasaan?

Hal ini yang perlu diperhalusi. Yang mesti dijelaskan sejelas yang mungkin.

Sungguh aku terasa sangat kecil bila aku travel bersama-sama orang-orang yang hebat dalam bisnes mereka. Ada yang bercerita tentang fund raising. Ada yang bercerita tentang penggajian mereka. Ada yang bercerita tentang strategi konkrit mereka masuk ke pasaran antarabangsa.

Tapi aku sedar, sewajibnya aku ambil kesempatan ini menyedut jiwa berani mereka, semangat adventurous mereka, yang mahu membesarkan bisnes hingga dapat menggajikan beratus-ratus orang dan menghasilkan berjuta-juta pendapatan bagi bisnes ini.

No comments: