22 November ini aku akan tamatkan zaman bujang. Menanti lama sungguh dari umur 27. Bermacam wanita aku berkenalan, bermacam hati aku cuba dekati, berbagai-bagai usaha untuk mencari - akhirnya aku bertemu dengan wanita yang inginkan aku sebagai mana aku inginkan dia.
Tenang saja untuk hari pernikahan. Moga dipermudahkan. Aku mahu cari bahagia bukan untuk sehari, tapi biar sampai pejam mata bersama dia.
