Rindu membawa daku kekasih
Pada musim-musim bersamamu
Rasa kasih dan rindu
Yang tertanam buatmu
Di jambangan usiaku
Sejak dua menjak ni aku rajin bermimpi pasal arwah mak aku. Seolah-olah aku memang rindu gile dengan dia. AKu selalu berharap yang aku sedang mengalami mimpi yang tak best. AKu harap bila aku terjaga dari mimpi ni, aku akan nampak mak aku sedang duduk berehat di kerusi malas kegemarannya dan aku dapat tengok dia tersenyum memandang aku.
Dua malam yang sudah semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah dari workshop di KL, aku dapat rasakan perasaan sunyi dan hiba dalam diri aku sendiri. Seriyes, aku jarang melayan perasaan yang sebegini. Biasa lah, hati jantan kan kena selalu keras.
Tapi kali ni aku biarkan rasa sayu tu makin tebal dalam diri. Aku rasa ralat bila aku makin jarang dapat bersua atau pun berbual dengan ayah aku. Tambah-tambah bila aku dah jarang berniaga sama-sama dengan ayah aku dek kesibukan aku dengan workshop technopreneur nih.
Aku pun sendiri perasan yang aku selalu bertanyakan ke mana ayah aku nak pergi kalau dia bersiap hendak keluar. Entah, memang hati ni nak tahu ke mana hala tujuan ayah aku. Aku pun tahu, kalau aku asyik disoal hendak ke mana, aku pun mesti bengkek jugak. Macam di control2. Maybe aku nak selalu dekat dengan ayah aku.
It takes a loss of someone we love to make us understand the meaning of this loss.
Hari Ahad ni aku akan ziarah pusara arwah mak aku. Aku tahu, air mata aku pasti bercucuran bila aku berada dekat dengan pusara arwah mak aku. Arwah mak pernah cakap pada aku, yang aku ni perasa orangnya. Di luar nampak kental, tapi di dalam sangat sensitif.
Hari yang paling aku ingat ialah pada hari Jumaat, sebulan terakhir sebelum mak aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku temankan mak aku di wad HUKM dan suapkan dia makan buah honey dew. Aku temankan dia sampai mak aku terlelap, barulah aku beredar dari situ untuk sambung buat kerja aku. Kalau aku tahu itulah kali terakhir aku dapat bual-bual dengan mak aku, dah tentu aku akan stay kat situ sampai dia buka mata dia semula.
Al Fatihah untuk mummy.