Sunday, July 30, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Semalam aku attend wedding Ijam, budak rumah Dato Onn kat SAS dulu. Muka-muka yang sama ajer yang datang kenduri kahwin ni ah. Muka orang-orang yang dah kahwin agak payah sikit nak nampak sebab...errr..mungkin sebab banyak sebab. Aku pun tak tahu and tak nak amik tahu. Pertama kalinya dalam tahun ni kot aku jumpa Wan Yusran. Lama tak jumpa brader hensem tu. Budak rumah Dato Onn jugak. Sekarang ni bebudak batch aku tengah layan scoreboard rumah mana yang paling ramai dah kahwin. Rumah Aminuddin Baki gamaknya ketinggalan banyak jugak.

Tadi dua tiga orang bebudak batch aku tanya, bila aku nak kahwin? Minggu lepas Yana tanya aku, bila aku nak attend kenduri kawen orang sorang-sorang ajer ni? Aku dengan lepaknya jawab, "Relak ahhh. Sampai masa..jalan ajer". Bagi aku, no rush nak kahwin-kahwin ni sebab dok asyik nak stabilkan business. Itu saja. Steady relationship tu penting juga lah but untuk kahwin, bukanlah dalam masa terdekat ni. Yang penting sekarang ni kita berkawan-kawan sajalah. Kenal hati budi, kenal perangai buruk baik. Esok-esok bila rasa seru sampai, pandai-pandailah settlekan sendiri.

Photobucket - Video and Image Hosting

Hari ni memang serius cukup kenyang bagi aku. Kat kenduri kahwin Ijam tadi aku bantai makan nasi dua kali. Maybe sebab aku bangun kol 12.30 tengahari and tak breakfast kot. Terus layan gi kenduri kahwin. Belah malam pulak ada BBQ kat rumah Dr ZO. Aku memang datang lambat sebab hujan lebat tak ingat punya kat Ampang. Ya Allah, makanan memang banyak gila. Aku cuma takat tolong-tolong grill kan ayam ngan kambing ajer. Yang lelain tu, maleh aku nak menolong eh!

Photobucket - Video and Image Hosting

Mata pedih wooo kena asap. Aku rasa dah sampai boleh kena keracunan asap ni. Muka aku rasanya dah bertambah hitam dah sebab kena bahang and asap BBQ tu. Seronok juga dapat jumpa orang-orang UMMC; Dr Yati, Dr Nazi, En Khairul etc. Yang lelain tak kenal sangat.

Aishhh..sebenarnya ada benda lain nak tulih. Ni dah jadi cerita lain pulak. Takpe ler, esok-esok ler aku gebangkan kat sini. By the way, ada sesapa yang dah dengar lagu 7 Hari by Karim Daud? Macam harammmmmm jek kan? :D

Thursday, July 27, 2006

Tak banyak perkara yang dilakukan hari ini. Banyak diselesaikan semalam. Berjumpa dengan pengarah satu syarikat ni untuk bincangkan produk IT yang dihasilkan oleh syarikat itu. Mungkin syarikat aku boleh pasarkan. Mudah berkira dengan pengarah sebab dia juga Alumni MISNA, sama seperti aku. Pertubuhan jemaah yang aku sertai semasa di Amerika dahulu.

Hari ini aku melawat mak aku di HUKM. Sudah dua hari dia bermalam di situ. Doktor tahan dia di wad kerana sakit kencing manisnya dikatakan serius. Berderau darah aku bila papa telefon aku dan beritahu mummy ditahan di wad kelmarin. Sejuk sekejap kepala lutut aku.

Tengah hari tadi semasa di hospital, aku lihat bengkak di kaki ibu aku sudah surut. Barangkali insulin yang disuntik secara berkala membantu. Along balik dari Rawang terus melawat mummy semalam. Farah pun sama. Dia balik dari UM sekejap untuk lawat mummy. Besan mummy pun datang juga. Aku cuma melawat mummy pada waktu tengahari saja.

Angah bergurau dengan mummy tadi. Dia tanya kalau-kalau mummy nak makan bubur McDonald. Tak pun kalau nak order durian ke. Aku tak banyak sangat cakap. Cuma sesekali aku menyemak nota doktor di hujung katil mummy. Jeling pada bacaan glukosa dalam darahnya. Konon-konon nampak gaya macam doktor. Aku tanyakan pada mummy macam mana dengan 'toileting' dia. Penting untuk kita awasi aktiviti toileting pesakit diabetis sebenarnya. Ini mengikut kata kawan aku seorang doktor lah.

Mummy tak sabar nak balik rumah. Sebenarnya hujung minggu ni dia nak ke Kuantan. Nak pergi kenduri kahwin anak sepupunya. Aku sendiri pun tak berapa kenal dengan sepupu mummy. Cuma tahu nama saja. Hmm...dah sakit begitu, duduk sajalah di rumah. Tapi agaknya rimas duduk saja tanpa buat apa-apa. Angah kata duduk sajalah di rumah. Tak pun, duduk seminggu di hospital. Seronok apa, katanya. Aku toleh kiri dan kanan, seronok pemendanya?

Agaknya esok mummy sudah boleh balik kot. Agaknyalah. Aku mungkin nak curi-curi masuk wad mummy belah pagi kot. Nak belikan suratkhabar untuk dia. Tadi sudah aku belikan majalah Jelita untuk dia. Aku pun tak tahu dari mana datangnya idea nak beli majalah tu. Mungkin lepas ni, aku belikan majalah Al Islam kot. Ada orang tu suka baca Al Islam, katanya lah.

Hmmm...weekend ni ada banyak plan untuk aku. Kenduri kawen Ijam (kawan SAS), celebration party for SAS Band and BBQ di rumah Dr ZO.

Wednesday, July 26, 2006

I came home late last night. Sat at the dinner table alone. My mind was at somewhere else. I reached for a pen and a scrap paper. This is what I wrote last night.

Seeing you
is the desire of most men
can long for

Caring for you
is the sincere obligation of any man
can have

Missing you
is the greatest soothing feeling of a man
can feel

Longing for you
is the most logical sense of every man
must have

Loving you
is the honor whom a man
must treasure

And sacrifice for you
is the greatest sense of love of one man
for you to see him true.

Does it make sense? I don't really know it. But it visualizes perfectly clear in my mind and my thought.

Tuesday, July 25, 2006

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati...

Kita bertemu di penghujung rindu.

Monday, July 17, 2006

It is official. Menurut kata Dr Ika, kawan aku yg jadi doktor kat Belfast tu, dia kata aku demam berdasarkan simptom-simptom yang diberikan. Huk alah, aku tak suka demam!

Sakit tekak and batuk. Batuk sampai sakit kepala and bahu.
Hidung tersumbat. Rasa cam tak cukup nafas.

Dimanakah sudafed?

Arghhhhhh...

Saturday, July 15, 2006

10 Years of Leaving the Past

This afternoon, my friend told me that I was appointed to be the Project Director for 10 Years Life After SAS. I was about to decline the offer because I didn't think I would have time to organize such activities. Anyway, they wouldn't let me to decline. Shit!

Photobucket - Video and Image Hosting

I don't usually want to associate myself with people in my batch. Honestly, I think some of us just don't grow up when we get together again. They want to see everybody in the image of school kids again. They want to ridicule people by calling names on them. Play some lame school joke. Well, some of them are still funny but some are plain stupid and dumb. Period.

Can't exactly blame them for doing that because I think people who do that kind of thing are insecure people. That's why. Insecure of themselves.

Hmm...from December 7th 1992 till December 13th, 1997. 5 years in that school only taught me one thing. Stick to your principle and success will come follow. I never join the crowd since I can think for myself. I do select my friends; friends who only support me in anything I do and correct me if I stray away from my true path. I ain't any stuck up dickhead but I know I cannot be successful if I want to keep up with Jonesses.

What are we celebrating again? 10 years after school? What it has done to us? I'd rather to think where I want to be in the next 10 years and who I want to be then.

Thursday, July 06, 2006

Monday, July 03, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Last night I could not sleep at all. I tried hard but insomnia is persisted. Whether should I call it as insomnia or not, that requires me to see any clinical pyschiatrist to evalute the situation. Well, sometimes the doctors love to exaggerate the whole thing.

Nevermind.

One thing I dont understand is the fact that I'm under the weather today. Maybe due to lack of sleep. Again, that doesn't match with my gut feeling.

What could be the issue for me?

I know the mind is the epicenter of the whole physical disturbance. Something is bothering my mind subconsciously. Should I deal it squarely? Or perhaps just let the time goes by, hoping it will heal whatever wound it had caused?

In the meantime...I must try to sleep tonite.