Thursday, July 27, 2006

Tak banyak perkara yang dilakukan hari ini. Banyak diselesaikan semalam. Berjumpa dengan pengarah satu syarikat ni untuk bincangkan produk IT yang dihasilkan oleh syarikat itu. Mungkin syarikat aku boleh pasarkan. Mudah berkira dengan pengarah sebab dia juga Alumni MISNA, sama seperti aku. Pertubuhan jemaah yang aku sertai semasa di Amerika dahulu.

Hari ini aku melawat mak aku di HUKM. Sudah dua hari dia bermalam di situ. Doktor tahan dia di wad kerana sakit kencing manisnya dikatakan serius. Berderau darah aku bila papa telefon aku dan beritahu mummy ditahan di wad kelmarin. Sejuk sekejap kepala lutut aku.

Tengah hari tadi semasa di hospital, aku lihat bengkak di kaki ibu aku sudah surut. Barangkali insulin yang disuntik secara berkala membantu. Along balik dari Rawang terus melawat mummy semalam. Farah pun sama. Dia balik dari UM sekejap untuk lawat mummy. Besan mummy pun datang juga. Aku cuma melawat mummy pada waktu tengahari saja.

Angah bergurau dengan mummy tadi. Dia tanya kalau-kalau mummy nak makan bubur McDonald. Tak pun kalau nak order durian ke. Aku tak banyak sangat cakap. Cuma sesekali aku menyemak nota doktor di hujung katil mummy. Jeling pada bacaan glukosa dalam darahnya. Konon-konon nampak gaya macam doktor. Aku tanyakan pada mummy macam mana dengan 'toileting' dia. Penting untuk kita awasi aktiviti toileting pesakit diabetis sebenarnya. Ini mengikut kata kawan aku seorang doktor lah.

Mummy tak sabar nak balik rumah. Sebenarnya hujung minggu ni dia nak ke Kuantan. Nak pergi kenduri kahwin anak sepupunya. Aku sendiri pun tak berapa kenal dengan sepupu mummy. Cuma tahu nama saja. Hmm...dah sakit begitu, duduk sajalah di rumah. Tapi agaknya rimas duduk saja tanpa buat apa-apa. Angah kata duduk sajalah di rumah. Tak pun, duduk seminggu di hospital. Seronok apa, katanya. Aku toleh kiri dan kanan, seronok pemendanya?

Agaknya esok mummy sudah boleh balik kot. Agaknyalah. Aku mungkin nak curi-curi masuk wad mummy belah pagi kot. Nak belikan suratkhabar untuk dia. Tadi sudah aku belikan majalah Jelita untuk dia. Aku pun tak tahu dari mana datangnya idea nak beli majalah tu. Mungkin lepas ni, aku belikan majalah Al Islam kot. Ada orang tu suka baca Al Islam, katanya lah.

Hmmm...weekend ni ada banyak plan untuk aku. Kenduri kawen Ijam (kawan SAS), celebration party for SAS Band and BBQ di rumah Dr ZO.

No comments: