Aku menjadi seorang usahawan kerana terpaksa. Dipaksa oleh keadaan di mana aku tak dapat menghabiskan masa study ku di universiti kerana ketidakpandaian aku untuk mendapat minimum grade C dalam kelas elektif chemistry.
Jadi aku pun pulang ke Malaysia dan cuba lah cari pekerjaan, apa saja yang sesuai dengan skill yang aku.
Fast forward 13 years later aku pun ada company Sdn. Bhd. sendiri. Tak mewah. Seadanya sahaja.
Sekarang ini aku di ambang untuk disaman oleh klien aku. Besar kemungkinan aku mungkin akan disaman hingga bankrap. Tapi aku dah dapatkan nasihat dari kawan aku, seorang lawyer yang pernah menguruskan kes-kes sebegini. Bukanlah bermakna hidupku hancur akibat ini, tapi ada kekurangan yang menyebabkan aku akan menghadapi masalah dengan pihak institusi kewangan.
Aku dah teliti keadaan aku pada hari ini. Sejujurnya aku memang tak perlukan apa-apa bantuan kewangan dari pihak bank. Jadi kegusaran tentang tak dapat memohon kemudahan perbankan, itu tak jadi satu masalah. Pendapatan pun boleh disalurkan kepada bank account Ma'am. Aku dah berpakat dengan Ma'am untuk sediakan beberapa bank account bagi tujuan perniagaan.
Persoalannya sekarang, apakah aku benar-benar bersedia dari segi mental dan emosi?
Jika tanya aku sekarang, aku lemas dalam menguruskan projek bodoh ini. Projek yang tidak sepatutnya aku benarkan si mamat bangang ni gunakan nama syarikat aku untuk tujuan keuntungan dirinya. Sebaiknya dari aku peningkan kepala aku, baiklah aku memeningkan kepala aku untuk menyiapkan produk yang aku sedang bina sekarang ni. Itu yang terbaik. Itu yang lebih baik, dari sudut ekonomi diri aku.
Yang lain-lain, irrelevant.
Sambal tumis ikan bilis masakan ibu jadi kegemaran aku. Masakannya biasa-biasa tapi rasanya hebat. Sama seperti cita-cita aku. Kisah-kisah aku. Rindu dan sayang aku. Aku rindu mummy.
Tuesday, August 21, 2018
Tuesday, August 07, 2018
Tentang Ibu Bapa
Aku dah masuk hari ni, kiranya dah jadi bapak untuk tempoh 1 tahun 7 bulan. Sama tempoh dengan hayat anak aku.
Pengalaman jadi seorang ayah ini adalah satu pengalaman yang sangat wonderful. Pengalaman yang tak dapat ditukar dengan wang ringgit, atau pun emas berlian, atau pun dengan apa juga yang finite dalam dunia ini.
Betul, ada masa-masanya aku rasa aku gagal sebagai seorang ayah. Tapi apakah perasaan ini satu perasaan yang normal? Normal bagi seorang lelaki. Normal bagi seorang ayah?
Dari saat aku menatap wajah anak aku, hingga ke saat ini bilamana aku melihat dia, perasaan halus pasti menyelubungi hati dan jiwa aku. Satu rasa yang menusuk jauh ke sudut hati aku.
Aku kira, itulah perasaan kasih dan sayang tulen pada jiwa manusia yang lain. Tiada prasangka, tiada hasad dengki, penuh cinta dan penuh kepercayaan.
Satu hari jiwa yang aku tatap ini akan membesar menjadi seorang manusia yang membawa manfaat kepada manusia yang lain.
Betul lah dulu cakap May Phng, semua ibu bapa mendidik dan membesarkan anak-anak masing-masing dengan template ajaran ibu bapanya yang terdahulu. Dan dicampurkan dan diadunkan dengan pengalaman hidup masing-masing. Tidak ada buku teks yang turun bersama kelahiran setiap anak tentang bagaimana untuk menguruskan, membesarkan dan mendidik anak-anak itu.
Saat aku begitu rebel dengan ayah aku sendiri. Bila mana aku selalu menuduh dia selalu pilih kasih antara kami adik beradik, dan bila aku sendiri pernah simpan perasaan untuk lari dari rumah seawal aku berumur 10 tahun. Rasa jiwa terganggu dan jiwa iri hati melihat layanan ayah aku pada abang aku.
Kini bila aku dah besar, dah ada anak sendiri, aku rasa apa yang May Phng katakan dulu ada benarnya. Mungkin ayah aku lihat aku punya kekuatan dalaman. Mampu berdiri sendiri tanpa disokong oleh orang tuanya sendiri. Meskipun ada perasaan meronta inginkan perhatian dan juga sokongan secara literal, tetapi itu semuanya hilang berlalu dengan masa bila aku menjadi semakin dewasa.
Of course, aku janji pada diri sendiri. Aku tak mahu beza-bezakan kasih dan sayang aku pada anak-anak aku. Insya Allah tak lama lagi bakal menimang anak yang kedua, aku bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Aku mohon Dia kurniakan kesihatan yang baik pada anak yang bakal lahir nanti, dan juga kesihatan yang baik pada isteri aku yang akan melahirkan anak kami yang kedua.
Cinta itu pasti akan berterusan. Cinta yang berputik pada pandang pertama bila aku melihat anak aku didakap oleh ibunya di bilik bersalin. Cinta yang mendorong air mata aku tertumpah depan isteriku bila dia selesai berhempas pulas melahirkan puteri sulung kami. Dan aku doa cinta ini tidak akan pudar, bahkan makin mekar seiring perjalanan masa kami menjadi tua.
Monday, August 06, 2018
Cubaan menulis semula
Ok, aku nak menulis semula.
This time nak menulis dari hati.
It always best to write from the heart.
Nothing to hold.
Every bit of my fibre.

