Tuesday, August 21, 2018

Di antara bala atau hikmah

Aku menjadi seorang usahawan kerana terpaksa. Dipaksa oleh keadaan di mana aku tak dapat menghabiskan masa study ku di universiti kerana ketidakpandaian aku untuk mendapat minimum grade C dalam kelas elektif chemistry.

Jadi aku pun pulang ke Malaysia dan cuba lah cari pekerjaan, apa saja yang sesuai dengan skill yang aku.

Fast forward 13 years later aku pun ada company Sdn. Bhd. sendiri. Tak mewah. Seadanya sahaja.

Sekarang ini aku di ambang untuk disaman oleh klien aku. Besar kemungkinan aku mungkin akan disaman hingga bankrap. Tapi aku dah dapatkan nasihat dari kawan aku, seorang lawyer yang pernah menguruskan kes-kes sebegini. Bukanlah bermakna hidupku hancur akibat ini, tapi ada kekurangan yang menyebabkan aku akan menghadapi masalah dengan pihak institusi kewangan.

Aku dah teliti keadaan aku pada hari ini. Sejujurnya aku memang tak perlukan apa-apa bantuan kewangan dari pihak bank. Jadi kegusaran tentang tak dapat memohon kemudahan perbankan, itu tak jadi satu masalah. Pendapatan pun boleh disalurkan kepada bank account Ma'am. Aku dah berpakat dengan Ma'am untuk sediakan beberapa bank account bagi tujuan perniagaan.

Persoalannya sekarang, apakah aku benar-benar bersedia dari segi mental dan emosi?

Jika tanya aku sekarang, aku lemas dalam menguruskan projek bodoh ini. Projek yang tidak sepatutnya aku benarkan si mamat bangang ni gunakan nama syarikat aku untuk tujuan keuntungan dirinya. Sebaiknya dari aku peningkan kepala aku, baiklah aku memeningkan kepala aku untuk menyiapkan produk yang aku sedang bina sekarang ni. Itu yang terbaik. Itu yang lebih baik, dari sudut ekonomi diri aku.

Yang lain-lain, irrelevant.

No comments: