Sunday, September 02, 2018

Hello Ahmad Husyairi


Isteri aku tengah mengandung. Kandungannya baru berusia 5 bulan. Ini anak kami yang kedua. Seperti sangkaan aku, bayi ini bayi lelaki.

Alhamdulillah, kandungan bayi ini sihat-sihat saja.

Macam-macam aku interview doktor yang buat scan pada bini aku. Habis semua penyakit yang boleh diketahui dari dalam kandungan, aku tanyakan pada dia. Setakat ini jawapannya semuanya yang positif.

Alhamdulillah, itulah yang aku harapkan. Yang kami harapkan sebenarnya.

Sebenarnya setiap kali isteri aku mengandung, aku lah yang punya intuisi yang paling tepat berkenaan hal ni. Entah kenapa, selalu dalam fikiran aku kalau ada apa-apa jua yang berkaitan dengan soal ibu mengandung.


Masa anak yang pertama dalam kandungan, aku juga yang punya rasa mahu bini aku check samada dia tengah pregnant ke tak. Aku juga yang ada naluri kuat mengatakan, ini bayi perempuan. Begitu juga anak yang kedua ini. Aku sendiri rasa isteri aku mengandung. Dan instinct mengatakan anak ini anak lelaki.

Aku bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Ada kawan-kawan aku yang berkahwin beberapa lama tapi masih belum menimang cahaya mata. Tuhan Maha Pemurah bagi kami berdua.

Aku harapkan bayi lelaki ini bakal membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi bagi kami sekeluarga. Rasanya kami pun dah sepakat nak namakan bayi ini, Ahmad Husyairi. Sempena nama senior aku yang paling aku respect masa di sekolah dulu.

No comments: