Monday, July 21, 2014

Malaysia dan tragedi

Kali ini dah masuk 2 tragedi melanda Malaysia. Yang pertamanya bila Malaysia Airlines MAS MH370 hilang di Laut Hindi. Samada dirampas, dibom atau pun ditenggelamkan, itu semua menjadi tanda tanya bagi semua orang di dunia ini.
Dan kini datang lagi musibah menimpa MAS. Penerbangan MH17 ditembak di ruang udara Ukraine pada hari Khamis lepas dan mengorbankan 298 penumpang berserta anak kapalnya. Tiada yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian ini. Tapi banyak bukti menunjukkan kumpulan pemisah yang pro Russia bertanggungjawab dalam menembak jatuh kapal terbang ini.
Jadi seluruh dunia berasa marah kepada Russia. Anehnya rakyat Msia pulak sibuk nak marahkan kerajaan dan pihak pengurusan MAS. ANEH tapi benar!
Aku rasa rakyat kita ni semakin tolol dan singkat akal disebabkan kurangnya common sense di kalangan kita. Patutnya yang dimaki adalah ketua kumpulan pemisah di sana. Sebab merekalah, kapal terbang milik Msia dijahanamkannya. Sebab merekahlah, 298 nyawa manusia yang tidak berdosa mati dengan sia-sia. Kalaulah aku ini PM Msia, dah tentu aku akan buat pakatan tentera sulit dengan kerajaan memerintah Ukraine dengan menghantarkan bantuan senjata dan medical kepada mereka supaya mereka berperang habis-habisan bunuh semua kumpulan pemisah pro Russia itu.
Aku juga akan buat pakatan dengan NATO untuk beri amaran kepada Russia supaya tidak masuk campur dalam urusan Malaysia membantu kerajaan Ukraine untuk hapuskan kumpulan pemisah ini.
Apa yang penting, maruah kedaulatan negara kita terpelihara, kematian rakyat kita dibela dan kematian rakyat kita dalam insiden ini tidak akan dilupakan.

Sunday, July 06, 2014

Aku dan mama


Gambar dengan mama, tanda kenangan zaman aku di kolej. Sempat pulang untuk bercuti musim panas. Aku singgah untuk bertemu dengan mama. 4 tahun di kolej tapi baru kali ni aku dapat luangkan masa bersama mama dan keluarganya.

Tapi sekarang ni semua orang dah jadi dewasa. Mama juga beransur tua; menghampiri masa persaraaan optional. Mungkin kini aku patut luangkan lebih masa melawat mama. Berbual-bual dengannya. Paling tidak dapat dengar ngomelannya tentang cikgu-cikgu di sekolah tempat mama mengajar.

Insya allah. Tunggu ya mama, nanti ayed datang ke rumah jumpa mama. Rindu mama!

Wednesday, July 02, 2014

Berita gembira


I got good news from LinkedIn yesterday. Ada orang dalam MAVCAP mintak aku datang jumpa dia sebab dia berminat nak discuss on SimpanKira, as a VC. Interesting! Of course la aku haooy nak mampus sebab aku usaha cam nak mampus kot to make this happen, i mean the apps. My team works so hard to turn this into reality. So we all deserve to get pat on our back.

Tapi.......

Apa-apa pun kena tunggu Isnin depan. Tengok apa katanya.