Dubai. Bumi padang pasir.
Aku sebenarnya tak tahu apa yang dicari di sini oleh company aku. Logik akal aku katakan bukan masanya kami melangkau jauh dari rantau Nusantara. Ini cakap aku berdasarkan ukur baju di badan sendiri.
Segalanya serba mahal.
Segalanya menuntut wang ringgit.
Aku kira, jauh lebih mahal berbanding Singapura.
Bisnes itu menuntut kita melihat kapasiti sendiri dan kemampuan kita untuk merencana pasaran baru.
Di sini, jelas yang aku alami di sepanjang exhibition hanya pandangan padang pasir yang gersang.
