Aku perasan yang aku dah tak banyak menulis di sini. Mungkin kerana hati pun sudah tawar untuk berkongsi cerita di ruang ini. Bermacam-macam updates yang sebenarnya perlu aku kisahkan tapi seperti biasa, musuh utamaku - malas. Itulah sumpahan kaum Melayu. Malas!
Hahahaa, bodoh betul aku nak salahkan perasaan yang aku memang dilahirkan bersama-samanya. Biasalah, manusia kan sifatnya angkuh.
Apa-apa pun aku nak jadikan setiap minggu untuk aku menulis di ruang ini. Untuk melepaskan segala benak di otakku. Jadi satu terapi minda dan jiwa. Semestinya menyamankan ya?
Apa-apa pun juga, aku masih lagi bermimpi untuk jadi raja sehari pada tahun depan. Minta2 tuhan permudahkan lah segala urusan mak nenek yang bersangkutan dengan tujuan ini. Amiin!