Tuesday, April 30, 2013

Nikmati perkara-perkara kecil dalam hidup

Aku selalu tunggu menda-menda yang besar dalam life. Tapi sebenarnya..yang buatkan hidup ni lebih bermakna bila perkara-perkara kecil jadi dalam hidup kita.
Seorang ibu ucapkan rasa sayang pada seorang anak.
Seorang kekasih buatkan cekodok ikan bilis untuk kekasihnya.
Seorang yang tidak dikenali melemparkan senyuman pada kita yang lalu melepasinya.
Simple things in life. Priceless.

Sunday, April 28, 2013

TemanHidupku.com, website untuk Muslim di Malaysia cari potensi calon untuk dirikan rumahtangga

Dah lama aku simpan hajat untuk hasilkan sesuatu yang sebegini. Now dah tercapai maksud hajat aku. Aku dah bina satu platform untuk muslimin dan muslimat di Malaysia bersuai kenal bagi maksud yang satu; dirikan rumahtangga.

Kenapa tak boleh guna Facebook aje? Ada orang tanya aku. Pastinya Facebook ni kurang sesuai sebab tidak menjaga privacy orang-orang yang serius nak bernikah. Sesiapa pun boleh masuk website tu.

Di sini lengkap ada ujian personaliti dan juga ujian keserasian. Kami gunakan algorithm tertentu bagi mengira dan mengenalpasti trend di antara dua profile. Jadi memang niat kami nak satukan dua insan yang berpotensi untuk bernikah.

Speaking of which, aku pun tanam niay nak bernikah. Insya allah mudah-mudahan pada penghujung tahun ni kalau financial standing mengizinkan. Tak mahu bernikah dan berkahwin sampai berhutang piutang dengan bank.

Harap-harap website membina perkahwinan ini dapat perhatian dan sambutan daripada orang ramai. Ameen.

Apakah Barisan Nasional Takut?

Makin menjadi-jadi mainan propaganda Barisan Nasional. Di Bistro Pandan Mewah di tempat aku selalu makan belah petang....akhbar Mingguan Msia dan akhbar Berita Harian edisi mengutuk dan memomokkan berita buruk tentang pembangkang diberikan percuma kepada pengunjung kedai mamak ini.

Ternyata, aku boleh rasakan betapa 'desperate' dan juga ketakutan yang menggila datang dari barisan politikus dalam Barisan Nasional.

Mereka harus takut, harus gusar sebab rakyat bukan lagi macai-macai yang picisan pemikiran. Aku dalam diam bangga mengira hari-hari akhir politikus jahanam ni.

Saturday, April 27, 2013

Aku ingin menulis kembali

Jalan kehidupan kita ini amat penting didokumentasikan. Terutama bila saat menghadapi detik-detik getir dalam hidup.
Warna-warna kehidupan takkan berhenti meluncur. Jadi aku lebih baik teruskan melakarkan lukisan dalam hidupku.
Nanti boleh jadi tenungan untuk diri sendiri di masa tua.