Dah lama aku simpan hajat untuk hasilkan sesuatu yang sebegini. Now dah tercapai maksud hajat aku. Aku dah bina satu platform untuk muslimin dan muslimat di Malaysia bersuai kenal bagi maksud yang satu; dirikan rumahtangga.
Kenapa tak boleh guna Facebook aje? Ada orang tanya aku. Pastinya Facebook ni kurang sesuai sebab tidak menjaga privacy orang-orang yang serius nak bernikah. Sesiapa pun boleh masuk website tu.
Di sini lengkap ada ujian personaliti dan juga ujian keserasian. Kami gunakan algorithm tertentu bagi mengira dan mengenalpasti trend di antara dua profile. Jadi memang niat kami nak satukan dua insan yang berpotensi untuk bernikah.
Speaking of which, aku pun tanam niay nak bernikah. Insya allah mudah-mudahan pada penghujung tahun ni kalau financial standing mengizinkan. Tak mahu bernikah dan berkahwin sampai berhutang piutang dengan bank.
Harap-harap website membina perkahwinan ini dapat perhatian dan sambutan daripada orang ramai. Ameen.
No comments:
Post a Comment