Wednesday, May 22, 2013

Sistem Pendidikan yang Disconnect dari Realiti

Percaya atau tidak, pendidikan kita di universiti pada hari ini banyak jauh tertinggal berbanding realiti industri. Di alam pekerjaan, ada beberapa skil yang diperlukan di kalangan fresh graduates, tapi ruang lompang ini tidak diisikan oleh mereka kerana mereka ini dididik oleh si ibu ketam.

Contohnya...sekiranya young lecturers sendiri tidak mempunyai latarbelakang pekerjaan yang kukuh dalam bidang yang mereka mahu ajarkan..jadi bagaimana mereka dapat menyiapkan mahasiswa yang mahu menawan dunia bila mereka tamat pengajian nanti.

Aku sendiri merasa ada kebangangang dalan idea menarik lebih ramai graduan muda untuk menjadi pensyarah muda. Akhirnya memang itu lah yang mereka jadi - bersyarah. Talk only but experience zero.

Jadi pihak universiti harus peka pada keperluan mahasiswa sekarang. Di zaman ekonomi berkembang pesat, banyak jenis-jenis pekerjaan dalam sektor ekonomi tradisional sudah terhapus dan mereka digantikan dengan jenis pekerjaan yang baru. Apakah mahasiswa hari ini dapat mengisi kekosongan skop pekerjaan ekonomi baru? Atau hanya biarkan mereka melalak dan merintih dan merayu untuk diberikan 6 bulan lagi latihan pasca universiti?

No comments: