Wednesday, October 06, 2004

Sekali-sekala...



seorang wanita bermahkota ibu
menggenggam jari-jari kecil
ikatan ini tidakkan terurai
kerna tautan ini
tautan darah dan akidah
dan rahmat dari Allah

kini ibu, peganglah tanganku ini
biar kubawa ibu menjelajah hasil
titik peluhmu
biar kubawa ke alamku, hasil ukiranmu
selama ini

dodoianmu ibu
membina benteng pemisah
antara yang haq dan yang bathil
membakar semangat perjuangan
mengait kasih kepada junjungan tercinta
bersujud lama mengabdi diri kepada
Yang Esa

kini ibu, peganglah tanganku ini
biar kubawa ibu menjelajah hasil
titik peluhmu
biar kubawa ke alamku, hasil ukiranmu
selama ini

(ibu, jika belum pernah kau dengar
ucapan terima kasih dariku
ketahuilah doaku ini
moga Allah menyayangimu
sepertimana kau mengasihiku
dari dulu hingga kini dan selamanya)


Minggu lepas kawan aku dari Besut, Terengganu gi graduation dia. Dia tanya aku, ada apa-apa tak pesanan aku untuk dia sempena hari konvokesyen dia. So aku cakap, "Congratulation on your graduation. Today, it signifies your achievement in your academic. Be joyful. Don't forget to smile despite your hectic and miserable week. And lastly, see your parents and say, "thank you", sincerely". And she said, "Ouchhh". Heheheeh..dia tahu aku perli dia for the last part. Anyway, that's not the main point.

Hmm..yup..thank you. Itu yang aku nak cakap kat mak ayah aku on the day aku graduate nanti kat sini. Aku nak call depa from here and nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab percayakan aku, bagi sokongan kat aku dari jauh and tak pernah lupa untuk doakan aku walau pun aku ni memang trouble maker for them. Well, 'trouble maker' in a good way I hope.

Ramadhan pun dah dekat. Maybe it's a good time to call them again and wish them 'Selamat Menyambut Ramadhan'.

No comments: