Saturday, October 30, 2004

Sebuah Pertemuan di Indianapolis, IN, 2001



Aku rindukan kawan-kawan aku dalam batch ATU One. ATU One ni sebenarnya program ke American Top Universities yang kerajaan mulakan semula lepas krisis ekonomi pada tahun 1997. Kami antara kumpulan pertama yang dikumpulkan oleh PETRONAS untuk dihantar semula ke US. Asalnya ada 33 orang, tapi sayang dua telah gugur. Baik gugur dari kumpulan kami, mahu pun juga gugur dari agama Islam kita. Kasihan...



Setiap tahun semua pelajar tajaan PETRONAS akan dikumpulkan di sebuah hotel bagi program informasi PETRONAS. Kami akan didedahkan kepada budaya korporat PETRONAS, aspirasi PETRONAS dan juga prestasi PETRONAS yang terkini. Bagi semua scholars yang akan graduate, diorang akan ditemuduga oleh Vice President PETRONAS bahagian Human Resource Management sendiri beserta General Manager dari anak syarikat PETRONAS yang lain. Aku pun dah go through process ni pada bulan 4 yang lepas, interview dengan VP di Delaware dulu.



Tapi kebanyakan daripada kami sebenarnya bukan berminat sangat nak datang program macam tu, melainkan kerana nak jumpa kawan-kawan dan juga nak makan sedap. Maklumlah, makan di hotel. Silap haribulan dapat catering makanan halal lagi. Tu yang sedap tu!



Bila dah lama tak jumpa, mesti banyak cerita/gossip/umpat/fitnah dan yang se parallel dengannya yang nak dikongsi bersama. Antara aktiviti yang lain dibuat semasa bertemu bersama ialah berjalan-jalan hauskan tapak kasut, makan-makan, shopping dan mengambil gambar.



Tapi most of the time aku rasa, kitorang banyak habiskan masa dengan berbual sesama sendiri. Instead of dengar penceramah sibuk bagi briefing pasal PETRONAS, kitorang sibuk update sesama sendiri, mamat ni dengan minah tuh, minah tu break up ngan mamat ni, awek si mamat tuh dah nak tunang dah, mamat tu teringin nak kawen. Typical kan? Nak buat camner, sesi ni hanya jadi sekali dalam masa setahun ajer. So, gimme a break la kan?



Seronok sebenarnya jumpa kawan-kawan. Maklumlah, batch aku tak ramai. Sikit ajer. Bila keluar, dengan orang-orang tu jugaklah. Bila buat kenduri makan-makan, jemput orang-orang tu jugaklah. Bila buat program agama, jemput orang-orang yang sama jugaklah. Pendek kata, semuanya sehati sejiwa, seia sekata. Seronok, rasa macam adik beradik. Cuma kurang sekehan dan suwingan ajer.



Sekarang ni, rata-ratanya ramai yang dah bekerja di Malaysia. Ada juga yang bekerja di US tapi aku tak boleh disclose kat sini. Nanti PETRONAS kejar diorang, payah wooo! Nak backing kawan punya pasal la katakan. Insya Allah penghujung tahun ni aku akan join diorang, and hopefully dapat jumpa la semua-semuanya and boleh buat aktiviti-aktiviti menarik bersama. Ameen.

No comments: