Ramai yang bertanya, kenapa tak ber update blog ni. Terus terang katakan, tuan punya blog rasa makin tak selesa dengan diri sendiri, and makin tak selesa untuk menulis. Tuan punya blog sebelum ni rasa sangat senang bila datang mood menulis, tapi hari demi hari minat untuk menulis makin banyak menjauhkan diri. Apa lagi bila sebenarnya hati berat untuk menulis. Sudahnya, otak penuh dengan pelbagai fikiran yang kadang-kadang, merusuhkan keadaan.
Banyak sebenarnya yang mahu diceritakan. Cerita dari pelbagai sudut, warna-warna kehidupan tuan punya blog yang makin lama makin sampai ke penghujung kanvasnya di sini. Cerita politik US, cerita jiwang dan blues diri sendiri, cerita sepak terajang dunia akademik, cerita politik 'boleh saja' M'sia - pendek kata, macam-macam mahu diceritakan. Tapi hati ini tersekat. Tersumbat. Berkeladak sampai tak dapat nak keluarkan apa-apa.
Sudahnya dihamburkan saja di dalam hati. Terbiar macam tu, lesu dan sepi. Sesepi 'jalan-sepi' blog ni. Haa, eloklah tu. Kena sangat dah.
Sekarang ni tidur malam pun makin tak lena sebenarnya. Acapkali bila jam berdenting tengah malam, tuan punya blog masih lagi tersedar. Mata tak mahu lelap. Berjagalah sampai santak subuh. Bila siang datang, mata pun penat. Badan pun lesu. Jiwa? Toksah kata lah, pancet terus. Rasa-rasanya, mata ni dah jadi makin sepet macam apek, seolah-olah mata kawan tuan punya blog waktu sekolah rendah dulu, si Ng Li Peng. Tapi mestilah mata Li Peng lagi cantik, mata tuan punya blog ni macam mata burung hantu dah. Bulat dan menakutkan!
Idea Bisnes
Percaya atau tidak, tuan punya blog sekarang tengah berura-ura nak mula bisnes kek. Bukan sekarang lah, tapi perancangan bila balik dari mengaji di Amerika ni. Cadangnya, mahu bantu mak ayah. Maklumlah, sedar keluarga bukan dari golongan orang berada, jadi mahu cari duit poket lebih sedikit untuk bantu mak ayah. Kebetulan, ayah pun dah pencen bulan ni. Insya Allah dengan buat bisnes kek kecil-kecilan, harap-harap dapat bantu kewangan keluarga. Hmm..siapa nak jadi tukang buat kek nya? Mestilah mak tuan punya blog. Tuan punya blog insya Allah akan bantu mengotorkan tangan juga. Boleh lah nak test sikit, tengok kalau-kalau bakat membuat kek mak ada tempias sedikit-sedikit pada diri sendiri. Siapa nak jadi delivery man nyer? Ayah la kot, sebab dia pun pencen tak ada buat apa di rumah. Lagi pun, dia memang pandai selok belok jalan di KL. Ke ceruk mana yang dia tak pernah sampai, semua dah pernah pergi. Nama pun bekas anggota polis, kan?
Idea untuk berniaga kek ni dapat dari kawan tanpa muka, si Jaja dari Uniten. Tambah pulak dengan cerita-cerita dari kawan-kawan yang selalu order kek dari kawan-kawan yang buat bisnes kek ni, dengar cerita lumayan. Tak apa, keuntungan tu jadi satu dorongan. Tapi dorongan yang lebih lagi, nak bantu keluarga. Dan nak dapat pengalaman berniaga. Kecil-kecilan pun jadi, asalkan kita mulakan sesuatu.
Tapi ni masih lagi di peringkat idea. Belum di peringkat perlaksanaan. Banyak perkara yang mesti dibincangkan, baik dengan adik beradik dan mak ayah. Kalau ada sesiapa yang berminat nak jadi customer, pun bolehlah siap-siap bagitau apa yang nak diorderkan. Target masa untuk dilancarkan idea ni tak tentu lagi. Insya Allah bila dah sampai kat M'sia, boleh cerita banyak lagi.
Rasanya takat tu ajer. Hati dah tak tahu nak cerita apa lagi. Tersendat sendiri. Mungkin kalau lena sekejap, dapat bantu legakan kesendatan ini. Kita jumpa esok lusa pulak, ok?
No comments:
Post a Comment