Hari ni masuk hari ke 8 mak aku ada dalam wad ICU. Yes, 8 hari dalam ICU dan 2 minggu dalam HUKM. Satu tempoh yang lama aku tak nampak mak aku berada kat rumah sendiri. Even doctors now are clueless on what caused my mom to stay in sedative condition now. The result from lumbar puncture is negative for meningitis. I was told that there will be EEG and CT scan on my mom's head but so far, nothing materialize.
Semuanya bermula dengan satu insiden. Mak aku jatuh dari tangga kat rumah on Saturday last two weeks ago. She only went to the hospital on Monday, only after she was threatened by her doctor at dialysis center. Mak aku memang takut masuk hospital pasal dia takut kena tahan kat wad. And yeah, dia terus kena tahan the moment dia masuk HUKM untuk check up for her benjol kat dahi tu.
Mak aku punya kesihatan deteriorated ever since that day. Hari Rabu after they did a CT scan on her head, mak aku tak boleh bercakap. Aku nampak mak aku macam cuba bercakap tapi tak boleh buka mulut dia. Masa tu hati aku dah terdetik dah. Mata aku dah berkaca-kaca kejap. Aku memang cukup sensitif kalau hal-hal yang melibatkan mak aku. Terus aku panggil doktor yang ada kat wad Neurosurgeri tu. Aku question whatever yang diorang buat, aku nak tau every detail about whatever they've been doing to my mom. Aku mintak doctors tu explain about the result of CT scan. They said the result is ok. Mak aku takde suffer any fraction or anything yang serious about her head except ada cracked kat atas kening dia. Tu pun will heal along the time lah. Then why my mom couldn't speak or at least to open up her mouth?
Aku risau kalau mak aku kena stroke. At that point I was maintaining my composure. Aku stayed kat situ and kept asking the doctors, please find the reason why my mom tak dapat buka mulut untuk bercakap. Masa tu mak aku still sedar. Still conscious. Akhirnya doktor dapat pinpoint kenapa mak aku takleh bukak mulut. Pasal darah mak aku pekat after the CT scan process. It's a temporary effect. So they handled what they need to handle about my mom.
The next day aku datang lagi. Masa tu aku tengok mak aku macam weng-weng sket. Aku layan sembang dengan mak aku macam biasa. Tengok-tengokkan dia. Cuma aku pelik bila mak aku bercakap, dia akan ulang dua kali. And bila aku datang dekat pada dia..bercakap dengan dia..dia ingat aku ni ayah aku. Aku seriously bertakung air mata masa tu. Dalam hati aku, ya allah, biarlah mak aku ingat sapa aku ni.
Tapi yang paling aku ingat bila aku datang hari Jumaat tengahari tu. Aku duduk sembang dengan mak aku. Mak aku macam ngantuk-ngantuk gitu. Nurse tengah serve lunch pada mak aku. Aku tengok mak aku makan sambil aku baca suratkhabar sebelah dia. Aku tanya mak aku, dia nak makan buah apa. Aku boleh tolong belikan. AKu turun pergi belikan buah honeydew dengan betik. Aku suapkan honeydew pada mulut dia. Mak aku nampak cam lalok-lalok gitu. Aku perasan jugak yang mak aku ni macam cam tak cam orang.
Kemudian Kak Liza datang dengan husband dia. Kak liza ni jiran aku and dia memang kerja nurse di Pantai Hospital. Mak aku masa tu dah pejam mata dah..tidur kot. Bila Kak Liza tegur mak aku...mak aku macam tak berapa cam dia. Tahap kesedaran mak aku pun dah macam menurun. Kak Liza goncang-goncang badan mak aku untuk dapatkan respond..macam tak ada pulak. Aku masa tu ingat, mak aku sure mengantuk nak tidor kot. Yang aku tahu, mak aku akan complaint sakit kalau tangan kiri dia digerakkan.
Aku stay dengan mak aku sampai jam 2.30 petang. Itulah yang last sekali aku nampak mak aku dalam keadaan sedar.
Sampai waktu malamnya, hari Sabtu jam 1.30 pagi..mak aku dimasukkan ke wad ICU dalam keadaan kritikal.
No comments:
Post a Comment