Wednesday, March 25, 2009

Minggu ni akan mungkin mencetus sejarah dalam agenda politik M'sia. Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung di PWTC. Najib ada banyak benda yang nak dikatakan. Tapi aku tak sure kalau semua perwakilan nak ikut semua benda yang dia katakan. Katanya UMNO kena berubah. Tapi perwakilan yang datang macam sama ajer dengan perwakilan tiga tahun dulu. Tak ubah-ubah. Atuk-atuk, nenek-nenek tua still yang sama duduk kat Majlis Tertinggi. Elok disepak keluar diorang semua ganti orang baru. Baru betul, 'Berani Berubah' bak kata Dato Mukhriz. Tapi tak sure la kalao 'Pemuda Berani' Khir Toyo nak tunjuk jalan keluar kat ahli MT. Khairy kata takpe..kita ni semuanya 'Setiakawan'. Masing-masing dengan slogan masing-masing ek. Kepoh lebey...haprak tak dak.

Dalam dua minggu sudah, Najib pun dok sibuk umumkan pasal pakej ransangan ekonomi ke 2 yang bernilai RM 60 billion (tapi sebenarnya RM 15 billion jek). Tapi pakej ransangan ekonomi pertama yang bernilai RM 7 billion masih lagi rakyat tak nampak kesannya yang nyata. Samada Najib yang tongong buat plan, atau pun rakyat yang bahlul dan buta mata tak dapat tengok. Korang rasa-rasa, siapa?

Kalau nak diikutkan lah kan, kerajaan Amerika dah umumkan yang negera diorang mengalami kemerosotan ekonomi bermula dalam bulan Disember 2007. Tapi pemimpin negara kita kata, Ooo..M'sia ni okay ape? Ekonomi kita ok!! Our banking system is still intact, no need to worry lorrr!!! Hehehe..sekarang apa sudah jadi? 100,000 orang hilang pekerjaan. Do we still need stimulus package? Or stim-no-fulus package?

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Noor Yaacop ke ape namanya kata teori 'Decoupling' dah collapse. Memang ler, aku rasa satu Asia dah tahu pasal ni sejak dua tahun sudah. Apa yang orang-orang kat Bank Negara and MOF buat pasal ni? Buat bodoh? Ke sebab menteri-menteri yang bodoh? Tapi lagi bodoh la orang yang mengikut ketua yang bodoh ek? Eish, entahlah, kawan ni tak pandai sangat bab ekonomi. Maklum la, kita ni rakyat apa tahu. Pak Menteri ajer yang pandai sorang...sebab pasal tu diorang jadi Menteri..yang kita ni ntah apa-apa.

Tun Daim Zainuddin kata, kalau pakej ransangan kedua ni tak disalurkan dengan cepat kepada rakyat, maka kita boleh lupakan untuk meransang ekonomi. Betul juga kata dia sebab dia pernah jadi Menteri Kewangan dan juga penasihat ekonomi pada Dr. Mahathir. Tapi yang aku tahu dalam bab ransang meransang ni, kena slow and steady..betul ke? Kerajaan mungkin lebih terrer, sebab tu memang slow giler babeng tak ingat nya diorang nak meransang. Sudahnya, rakyat dah tak teransang. Ekonomi tak turn on pon..stim pon tak ada. Hehehe..pesimis betul aku ni.

Tak, sebenarnya aku yakin ekonomi kita ni teguh sebab Najib kata kita tak payah nak risau apa-apa. Kerajaan pandai, depa dah pikir apa yang patut untuk dibuat. Itu pasal depa buat dua kali pakej ransangan ni. Yang pertama, cuma foreplay ajer. Bila tengok tak naik-naik, depa up sket ransangan tu. Tu yang dari RM 7 billion jadi RM 60 billion (walaupun sebenarnya cash yang keluar ialah RM 15 billion..lain-lain tu janji-janji ajer..takde maknanye pun).

CUma yang pelik, kalau betul ekonomi kita ni power bebenor..apsal payah benor pulak bank nak approve micro credit. Kata senang..proses 24 jam..pejam mata pejam mata bukak balik dah dapat RM 50,000. Tipu ajer la tu. Bank takut sebenarnya nak keluarkan duit sebab depa tak tahu macam mana nak assess situasi kewangan sekarang ni. Practically US dah start print duit pisang (takde control on money printing), EU dah start goyah pasal banyak sangat nak dibeli asset toxic, China dah malas nak tanggung deficit US dengan beli diorang nyer US treasury bond. Tapi dengar cerita skang ni, Norway punya matawang still kukuh pasal depa finance sendiri kewangan dengan duit dari hasil mahsul minyak diorang.

Haaaa....macam mana ek dengan hasil mahsul minyak kita? Dengar cerita PETRONAS pun sekarang dah start limit orang takleh duduk lama-lama kat opis. Pukul 9 malam dah kena tutup lampu and aircond. Guane tu?

Eishhh..teman tak tahu la nak kate ape. Perak dah jadi huru hara, surat kabor pembangkang dah kena gantung lesen, pembangkang pun dah ramai kena tahan pasal kes berkumpul dengar ceramah Brader Anwar...tu masa Najib belom jadi PM. Kalo Najib jadi PM..aku rasa MOF tu Rosmah yang akan run. Suruh Economic Planning Unit decide nak beli shopping mall mana untuk penuhkan selera shopping makcik tua tu.

Aku rasa-rasa ada 3 pilihanraya nak jalan ni. Tu pasal la huru hara sana sini. Kasik meriah sikit ek? FRU ramai-ramai kasik main air dengan water cannon diorang. Pak Samad Said kata, pilihanraya ni kita kena ajar sket deme deme ni dengan bahasa undi. Urmm..teman tak tahu la bahasa orang sastera ni..bahasa undi ni..tapi pengundi kat bukit-bukit tahu la ape kata Pak Samad. Kalo menang pembangkang kat bukit-bukit ni, mungkin hitam balik kot janggut Pak Samad. Hehehehee...

Apa apa pon, kita tunggu ajer..tengok apa nak jadi dengan Msia ni. Msia ni,bolehlah land. Tak pun, boleh la blah land. Mana satu? Entah ler.

No comments: