Baru-baru ni aku dapat email daripada seorang yang pernah aku kenal. Bukan pernah, tapi memang aku kenal dan aku akan kenang sampai bila-bila. Berdebar-debar aku baca email daripada dia. Aku dapat rasanya kan jantung aku bagai nak luruh dan jatuh, setelah aku baca isi kandungan email dia. Hujung jari jemari aku terus rasa sejuk dan kaku. Itulah reaksi aku secara fizikal. Tapi emosinya macam laut yang bergelora dilanda tsunami, gitu lah kiranya.
Lama aku diamkan. Dan lama juga aku cuba lupakan. Satu tahun lebih. Tapi tak pernah aku berjaya.
Secara automatik peristiwa-peristiwa yang membawa rentetan saat-saat tu terbayang-bayang kat fikiran aku macam wayang lama berputar semula. Sejak pertemuan pertama dalam Januari 2006 hingga ke saat ini.
Tapi aku tak tahu apa yang buatkan aku membalas isi kandungan email tu dengan memaafkannya dengan secara terbuka. Agaknya, aku tak dapat nak tipu diri sendiri yang itulah harga kasih sayang aku. Bahkan lebih dari kasih sayang. Mungkin itulah perasaan cinta yang sejujurnya aku berikan. Biarlah dimarah, dibenci dan dilayan sebegitu rupa, tapi jauh di sudut hati aku ni masih juga mahu memaafkannya. Selebihnya aku biarkan Tuhan yang putuskan. Jadi pengajaran untuk kita yang masih lagi bernyawa.
Aku kira, itulah ruang kosong yang ditinggalkan oleh aku di bumi Adelaide dulu. Adakah email itu akan dapat bantu menutup ruang kosong yang ditinggalkan? Aku pun tak tahu. Aku masih lagi seperti dulu, sentiasa mengucapkan dan mengharapkan yang terbaik terjadi atas hidupnya. Mudah-mudahan, ameen.
Seringkali juga,
aku titipkan selalu doa kudus kepada Dia
biar lembut gelora hatinya
biar ihsan urusan hidupnya
biar bahagia selalu mengiringi usianya
biar gembira jadi milik dia selamanya.
- petikan sajak yang aku tulis untuk dia, pada Jumaat, 28 Julai 2006
No comments:
Post a Comment