Sejak dua menjak ni aku selalu diserang dengan soalan yang sama.
Bila kau nak kahwin?
Abg Farid nak kahwin bila?
Woit, bila hang nak kahwin?
Hmmmm..siapa tak nak kawen beb! Serious shit aku cakap, siapa yang tak nak kahwin? Eh chup, ada-ada. Rabiatul Adawiyah, wali Allah tu memang dia tak mahu kahwin. Okay, tak kelakar. Itu cerita lain.
Bercakap pasal hal kahwin ni, memang payah. Bukan boleh pakai tangkap muat dan esok terus akad nikah. Banyak lagi perkara yang nak difikirkan. Dulu aku bercakap mudah, "Apa susah mau kahwin, ada awek ada balak, selamba la akad nikah". Dulu bolehlah sebab kita orang muda, cakap tak bertapis. Sekarang ni dah panjang sikit akalnya, berfikir pun lebih jugalah.
Bila bercakap pasal hal kahwin, bukannya mahu bercakap sampai ke majlis walimah. Atau pun malam pertama. Atau pun kenduri tumbangkan seekor lembu. Atau pun majlis bertandang dari rumah saudara ke rumah saudara yang lain. Mendirikan perkahwinan bukan satu perkara yang main-main. Perlukan komitmen. Perlukan panduan dan arah. Janganlah jadi pendekar mahu turun ke gelanggang, tapi keris takde, langkah silat pun sumbang, doa buka gelanggang pun tak baca habis. Buat malu 7 keturunan aje.
Papa pernah cakap pada aku, "Kita berkahwin ni, biarlah sampai akhir hayat". Telan air liur aku masa aku dengar papa pesan macam tu pada aku. Mummy kata pulak, "Ayed pilihlah siapa-siapa pun, mummy tak kisah asal. Yang mana Ayed berkenan, yang itulah mummy berkenan". Masa tu, dah berkaca-kaca mata aku bila dengar mummy cakap macam tu. Bukan apa, kita sebak sebab sampai begitu sekali rasa percaya mak pada kita. Berkahwin bukan hanya pada diri kita sahaja, tapi juga pada keluarga kita. Ambil contoh sekarang, Angah dan Kak Fidah dah bertunang sekarang ni. Aku tengok Kak Fidah giler babeng amik hati mummy. Maksudnya berkahwin bukan setakat dengan laki-laki dan perempuan, tapi turut juga berkahwin dengan seisi keluarganya.
Well, aku baru berumur 24 sekarang ni. Orang kata, orang laki-laki ni kahwin lambat tak apa. Tapi ikhlas hati aku katakan, aku kalau boleh nak kahwin cepat. No kidding. Nak kahwin cepat. Sebab apa? Sebab kalau boleh nakkan zuriat cepat (okay people, don't think anything horny here, ok?). Aku tengok satu iklan kat tv di sini pasal iklan life insurance. Satu pagi anak perempuan dia dalam umur 5 6 tahun tanya pada bapanya pasal umur bapanya. Kemudian, dia tanya lagi, "Daddy, when I go to college, how old are you?". "I will be 55, honey". Ting! Dia terus imagine pasal financial stand dia bila dia lepas bersara. Ada ke cukup duit untuk tanggung perbelanjaan anak perempuannya di kolej nanti.
Haa..aku macam tu lah. Aku fikir, kalaulah aku kahwin lambat which is totally fine with me, nanti dapat anak pun lambat. Ambil contoh bekas kawan sebilik aku di PPP, ITM dulu. Dia kahwin dengan bini dia sejak tahun pertama di US lagi. Sampai sekarang tak ada anak, kalau tak silap aku. Berusaha tetap berusaha tapi masa takkan tunggu kita. As I always say, time will wait for no one and we will only get older, not younger. Kalau aku kahwin umur 30, by the time aku pencen, anak pertama aku baru berumur 25. Itu pun kalau aku kahwin, setahun kemudian terus dapat anak (macam Mak Long! Mak Ngah kata Mak Long cukup efisyen..hantu betul Mak Ngah ni!!). Cuba fikir pasal hal isteri kita. Bagi wanita yang mengandung lepas umur 30, ada risiko untuk dapat penyakit atau pun keguguran. Tambah lagi, bilangan ovum makin sedikit, dan bukannya bertambah. Untuk sahkan cakap aku, sila rujuk pada doktor sakit puan (see, ada hikmahnya baca majalah Wanita bulan-bulan). Bila kahwin, jangan asyik dok kesian kat diri sendiri ajer, kena kesian juga pada bini kita.
Bila bercakap pasal kahwin pulak, takkan sah kalau kita tak bercakap pasal hal orang perempuan. Penting juga. Tak ada orang perempuan, mana boleh kahwin. Mahu kahwin dengan lelaki ke macam brader-brader gay kat San Francisco or New Paltz, NY tu? Simpang malaikat 44. Aku still lelaki tulen, still berahikan pada perempuan.
Aku simpan banyak angan-angan pasal dah kahwin. Okay, segan la jugak nak mengaku kat sini kan. Tapi serious shit, aku dah simpan angan-angan pasal macam mana aku nak layan isteri aku nanti bila dah kahwin. Contoh utama yang aku lihat ialah contoh papa sendiri. Macam mana dia sabar layan mummy, macam mana dia sanggup luangkan masa dia untuk mummy, macam mana dia tekun menghantar mummy ke sana ke sini. Bukan senang nak dapat lelaki macam tu. Papa bukanlah seorang yang belajar tinggi-tinggi macam anak-anak dia. Yang dapat pendedahan dunia barat. Tapi romantiknya papa, gentleman nya papa, aku rasa mengalahkan orang putih. Yang slack nya, papa dan mummy tak jalan berpegangan tangan sama-sama. Eishh, kalau papa dan mummy buat macam tu, aku sendiri segan nak jalan dalam radius 5 meter sekitar diorang. Segan beb! Tapi mummy dan papa selalu minum air dalam satu gelas. Kalau mummy tak habis makan, papa habiskan makanan mummy, samalah jugak kalau papa tak habiskan makanan dia, mummy yang habiskan. Hmm..kat rumah pulak, aku seorang ajer yang selalu habiskan makanan yang mummy tak dapat habiskan.
Pada dia yang bakal jadi bini aku, tak kisahlah sesiapa pun dia. Kat mana pun sekali pun dia berada, aku cuma nak cakap ini saja.
Saya memang sayang pada awak cuma saya belum ketemu awak lagi. Tapi saya akan teruskan pencarian saya. Dan nanti bila satu hari nanti saya jumpa awak, saya doa supaya tuhan limpahkan rasa cinta saya yang tidak berbelah bahagi pada awak dan rasa cinta awak yang tidak berbelah bahagi pada saya, dan saya harap kita dapat hidup rumahtangga bahagia. Susah saya akan jadi susah awak juga, dan susah awak akan jadi susah saya juga. Saya bukan lelaki sempurna dan saya bukan juga manusia hebat. Saya cuma seorang lelaki biasa dan saya juga mahukan seorang wanita biasa dalam hidup saya. Saya tak mahukan Miss Universe, sebab saya bukan Mr. Universe. Saya mahu mengenali awak, zahir dan batin dan saya juga mahu awak mengenali saya zahir dan batin. Saya bukan orang kaya untuk beri awak harta, tapi akan saya usahakan selagi ada kudrat di badan saya untuk berikan kesenangan berpatutan pada keluarga yang bakal kita bina. Percayalah, setiap ujian yang datang melanda kita berdua, saya harap kita tanganinya dengan hati yang cekal dan percaya antara satu sama lain. Dan kalau ada ketikanya rumahtangga kita berkocak hebat, hanya dua perkara saya minta; tolong berdoa pada Tuhan minta dipermudahkan urusan rumahtangga kita dan tunjukkan jalan keluar bagi masalah rumahtangga kita, moga selamat semuanya. Akhir sekali, saya sayangkan awak, sayang yang sungguh teramat sayang. Cuma saya belum tahu siapa awak dan di mana awak. Sabarlah ya sayang?
Hopefully lepas ni, kurang sikit soalan-soalan cepuk emas yang datang. Atau pun janganlah entry kali ni mencetuskan kontroversi lagi. Ini luahan hati aku. Itu pun sebenarnya banyak lagi nak dikatakan tapi simpan saja dalam hati. Bila sampai masanya, akan aku kongsi saja hati aku dengan 'dia' nanti.
No comments:
Post a Comment