Thursday, November 04, 2004

Living in True Color



6 tahun dulu aku diminta untuk pilih universiti mana yang aku nak pergi. Aku pilih tiga universiti; Colorado School of Mines, Penn State U & Ohio State University. Semasa mengisi borang kemasukan ke universiti-universiti tersebut, soalan yang terakhir sekali yang aku kena jawap ialah kenapa aku pilih universiti tersebut dan ceritakan serba sedikit tentang siapa aku sebenarnya. Aku memang tak ada masalah nak jawap soalan yang pertama, tapi bila kena jawap soalan kedua tu, aku macam dumbfounded sikit.



Sebenarnya dalam diri kita ini ada pelbagai 'diri'. Kalau tak percaya, cuba lihat diri sendiri dan perhatikan gerak geri kita bila kita berhadapan dengan pelbagai situasi. Kalau kita punya hanya satu diri saja, dan memang kita kantoi giler bila berdepan dengan keadaan yang tak sesuai dengan diri kita. Ambil contoh, kalau kita ni jenis serius, dah tentu kita tak boleh nak masuk bergaul dengan kumpulan orang yang stok asyik nak buat lawak ajer. Sah-sah tak kena, betul dak?

Kita sebenarnya kreatif dalam mencipta 'persona' dalam diri sendiri. Kita sebenarnya mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sekeliling kita. Tapi itu tak bermakna kita cuba jadi hipokrit. Apa itu hipokrit sebenarnya? Hipokrit tu orang yang menipu, orang yang menyembunyikan nilai dirinya sendiri kerana untuk kejarkan sesuatu keuntungan pada diri sendiri.



Pelbagai persona yang ada dalam diri kita ini sebenarnya untuk mudahkan laras komunikasi kita. Ambil contoh lagi, aku ni kadang boleh jadi serius, kadang boleh jadi kelakar, kadang boleh jadi emosi. Bukanlah bermaksudnya personaliti aku terhad pada satu-satu jenis emosi saja; ianya pelbagai untuk sesuaikan diri dengan orang-orang di sekeliling aku. Bila orang melawak, kita pun menyelit sekali lah melawak. Bila orang bicara soal yang serius, kita pun turut jadi serius. Takkan orang bercerita pasal menda serius, kita nak buat lawak. Dah tentu tak kena, orang lain pun mesti pandang semacam kat kita. Dah sewel ke apa mamat ni? Tak gitu?



Yang pentingnya, dalam pelbagai persona ini, prinsip dan sistem nilai mestilah sama. Kaedahnya mungkin berbagai-bagai. Pendekatannya pun mungkin bermacam-macam. Sebagai misalannya, aku tak nak ambil contoh jauh-jauhlah, aku cerita pasal diri aku sendiri sudahlah. Prinsip aku, biar aku ada di Amerika ni lama-lama tapi aku insya Allah takkan jejakkan kaki ke kelab malam, bar atau pun pub. Aku boleh melawak dengar cerita-cerita orang pergi ke bar/pub/night club. Aku boleh menyelit dengan mereka-mereka yang pergi ke tempat-tempat macam tu. Aku tak larang dan aku jugak tak galakkan. Sama jugak dengan strip club. Aku tahu ada strip club dekat area tempat aku tapi aku tak pergi dan tak nak pergi. Aku tahu, kalau nak masuk strip club kat situ kena bayar 20 dollar. Aku tahu pun sebab aku dengar cerita-cerita daripada orang-orang yang dah pernah pergi. Aku boleh layan sembang-sembang orang yang pergi ke sana. Tapi aku tak nak pergi dan takkan pergi ke tempat-tempat yang macam tu. Tak bermaksud aku nak bermuka-muka, tapi ini soal prinsip yang takkan berubah.

No comments: