Wednesday, November 10, 2004

Kelantan Negeri Aku

Ramai orang tak percaya kalau aku cakap aku asal dari Kelantan. Mungkin sebab lidah aku dah keras. Tak boleh bercakap loghat kelantan sangat. Bak kata sepupu aku,"Bunyi macam orang Siam cakap kelantan". Agaknya orang Siam cakap loghat Kelantan pun lagi bagus dari aku. Apa-apa pun, aku tetap bangga dengan status anak Kelantan aku.

Aku sebenarnya lahir di kuarter polis di Wakaf Mek Zainab, satu kawasan di Kota Bharu. Kami adik beradik membesar bersama-sama dengan anak-anak polis yang lain. Buas, nakal, 'gedebe'. Tapi yang paling 'gedebe' pun Angah lah, yang lain kurang sikit 'gedebe' nya. Tapi bila makin besar ni, 'gedebe' sudah kurang tapi jadi makin 'gelenya'. Hahahahaha...

Tak banyak yang aku dapat ingat pasal Kota Bharu melainkan waktu banjir. Dulu-dulu kalau waktu banjir, papa akan bawa kami adik beradik redah air banjir untuk bermain air. Papa aku selalu dukung aku dan Angah diletakkan atas bahu dia. Tangan dia lagi sebelah pimpin Along sambil redah air banjir yang separas pinggang dia. Kuat gila papa aku.

Bila aku masuk Alam Shah, aku dapat kawan dengan ramai budak Kelantan. Dari situ, aku asah balik loghat kelantan aku. Selalunya aku sembang dalam loghat Kelantan dengan member aku, Abadi, dari Besut. Orang Besut tak cakap guna loghat Terengganu, tapi diorang cakap dalam loghat Kelantan. Panjang kisahnya kenapa orang Besut tak mahu mengaku Terengganu tu negeri diorang, instead Kelantan jadi negeri diorang. Ni semua asalnya dari kisah kebodohan sultan Kelantan yang kalah sabung ayam dengan sultan T'ganu. Haii..sultan kelantan ni dari dulu sampai sekarang, bengapnya tak hilang-hilang.

In fact, sebulan dua sebelum aku masuk ke PPP, ITM, aku bawak diri sorang-sorang ke Kelantan untuk dua minggu. Aku guna duit kerja aku lepas SPM tu untuk jelajah Kelantan dengan member aku dari Alam Shah, si Fizzah tu. Kami naik motor EX5 dia ajer, ronda-ronda di kawasan dekat-dekat Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu. Entah mana lagi kitorang sampai, aku pun dah tak ingat. Ingat nak road tour on Harley Davidson, tapi dah tak ada, EX5 pun jadiklah kan.

Macam-macam aku dengar orang kutuk orang Kelantan ni. Kata orang Kelantan ni suka berpuak lah. Kuat semangat negeri lah. Orang lelaki Kelantan ni, lelaki jahatlah. Orang kelantan ni kolotlah. Pendek kata, macam-macam lah. Kadang tu pedih juga telinga, rasa nak sepak-sepak ajer sapa mulut celupar tu kan. Bising mengutuk, tapi ramai juga yang sibuk nak carik bini orang Kelantan. Tahulah mek-mek Kelate ramai yang comel-comel, ayu-ayu. Nak-nak yang dari Pasir Mas, stok putih melepak.

Aku suka Kelantan sebab bagi aku, negeri ni unik. Unik sebab ada budaya sendiri, ada loghat bahasa sendiri, orang-orangnya rajin bekerja, jadi tumpuan baik dari UMNO mahu pun PAS. Yang lagi unik negeri ni, bila sultannya tak gheti baca tulisan roman, instead dia baca, "pangkoh pangkoh pangkoh vi" (XXXV yang bermaksud 35) semasa hari keputeraannya yang ke 35. Aku suka betul dengar orang cakap dalam loghat kelantan. Kalau orang perempuannya cakap loghat kelantan, aku rasa comel giler. Hahahaha..itu aku la kan. Orang lain, aku tak tahu!

No comments: