Wednesday, November 10, 2004

Lagu Raya Kegemaran



Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia
Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyengat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku....- Setitis Cahaya di Aidilfitri, Aishah


Sayunya takbir bergema
Meredah keindahan suasana
Diriku ini jauh di rantauan
Ku berteman bayangan dalam penjuru impian
Di hari yang mulia, kutatapi segalanya
Tak sabar bertemu ayah dan bonda
Menghulur tangan bersalam-salaman
Menghapus dosa silam...- Takbir di Rantauan, A to Z


Semua orang ada lagu raya favourite masing-masing. Yang kat atas tu, sedikit senikata lagu raya yang aku suka. Yang aku kira, ada nilai sentimental bagi aku. Sementelah raya pun dah nak dekat ni, lagi rajin aku pasang lagu raya sambil study untuk exam aku dalam minggu ni. Bila dah dengar banyak kali, kita jadi lali dah dengan irama lagu tu. Tapi masa mula-mula dengar bait-bait senikata lagu di atas, buat hati aku tersentuh. Ada setitis dua bergenang air mata. Masa tu lah terasa sangat-sangat sunyi dalam hati, berjauhan dengan mak ayah, dan abang adik. Even, sampai ke hari ni pun hati aku masih lagi sunyi walau pun komuniti Malaysia, khususnya melayu di sini makin bertambah ramai berbanding waktu aku mula-mula sampai di sini kira-kira 5 tahun dulu. Mungkin hati aku akan terus sunyi sampai aku kembali pada keluarga di Ampang.

Menyusur kembali kenangan-kenangan dulu, memang tak sangka Aidilfitri kali ni akan jadi Aidilfitri yang terakhir bagi aku di sini. Imbas kembali hari raya aidilfitri aku yang pertama di US, aku berseorangan saja di apartment aku di Gateway. Kemudian aku buat keputusan untuk ke program agama anjuran MISNA di Leesburgh, Virginia. Habis program agama tu, aku teruskan musafir aku ke Bloomington, Indiana dengan menaiki bas ekpres Greyhound dari Washington DC ke sana (transit di Columbus, OH). Di situ, kami sambut Hari Raya dengan kawan-kawan ATU One yang lain. Cek Wan dari Minnesota, Intan dari Chicago, Kench dari Cleveland turun ke situ. 11th East Street, area rumah lama bebudak melayu di Bloomington tempat pertama aku sambut Aidilfitri. Meriah sebab Amy dan Rush buat biskut raya, Kak Kes buat rendang. Kami yang bebudak jantan ni semuanya menghabiskan duit dengan sewa videotape untuk ditonton beramai-ramai di rumah Amy. Setiap malam aktiviti yang sama - layan movies sampai sahur.



Setiap kali hari raya, aku akan call kampung aku, baik di Tanjung Karang, Selangor mahu pun di Kuala Krai, Kelantan. Saja bersembang dengan semua orang. Tapi bila sembang dengan mak ayah aku, tekak rasa kelat ajer nak cakap, "Pa, ayed mintak maaf zahir dan batin". Ishh..entah, tak biasa macam tu. Seingat aku, yang aku bebetul cakap macam tu masa sebelum aku amik exam SPM - mintak ampun, mintak halal makan dan minum plus doakan hati tenang sebelum amik exam. Tapi bila waktu raya, serius aku rasa kekok. Maybe bukan satu budaya dalam keluarga aku untuk bersalam-salaman dengan ibu ayah. Apatah lagi bersalam-salaman dengan adik beradik sendiri. Pelik.

Insya Allah tahun ni, aku akan call 4 buah rumah pada malam hari raya. Rumah atuk di Tanjung Karang, rumah Bak di Kuala Krai, Kelantan, rumah keluarga sendiri di Ampang dan rumah mama di Ampang Jaya. Oh ya, rumah kawan aku di Singapura (dah janji dengan dia nak sembang sakan pada malam raya). Hmm..tu dah jadi 5 buah rumah tu.

Anyway, pada semua, Salam Aidilfitri semua, mohon ampun maaf, tong tong, kosong-kosong, cincai semuanya! Kepada teman-teman beragama Hindu, Selamat Menyambut Deepavali, semoga cahaya terus menyinari dalam hidup anda semua.

No comments: