Firzanah Amni nama anak sulung Puan Nurul Aida kita. Puan Aida ni, kembar pada kakaknya Puan Nurul Aini yang baru bersalin baru-baru ni dan mendapatkan anak perempuan sulungnya yang diberi nama Auni Syifa'. Puan Nurul Aida dan Puan Nurul Aini telah lama menjadi kawan saya sejak kami tamat peperiksaan SPM kira-kira 5 tahun dulu.
Well, secara kasarnya pysche Puan Aida ni boleh dikatakan lebih kurang dan pukul rata saja dengan psyche saya. Itu menurut kata Puan Caza, eh silap, Cik Caza. Tapi Puan Aida selalu juga selisih faham dengan saya sampaikan dia merajuk tak mahu datang blog saya lagi dah, apa nak buat, nama pun psyche dah sama. Takleh seia sekata. Tak apa, yang penting saya tetap datang ke blog dia untuk tahu perkembangan perangai 'anak saudara' saya si Amni tu.
Perkenalan saya dengan Puan Aida amatlah unik kerana kami berkenalan menerusi internet kira-kira 5 tahun dulu juga. Kami tak pernah berjumpa selama hampir 5 tahun. Yang menjadi jambatan komunikasi ialah surat, birthday card, hari raya card, wedding invitation card, phone calls and instant messenger. Dulu bermula dengan ICQ, lepas tu sambung di AOL IM, kemudian sekarang ni di Yahoo! Messenger, masih lagi berhubung cuma kadang-kadang tak berhubung. Macam mana tu?
Dari zaman Puan Aida dan Puan Aini bujang, bertukar-tukar pakwe (applies only to Puan Aida), bertunang dan berkahwin, saya masih lagi tak berpeluang berjumpa dengan mereka berdua. Asalkan saya pulang ke M'sia, ada saja aktiviti yang saya lakukan, samada memancing barracuda di Sungai Kelang, atau pun menziarahi unta di Sintok, Kedah atau pun mengendap pasangan salah laku di taman KLCC, itu semua menghalang saya daripada bertemu dengan mereka. Sampaikan Puan Aini seronok pulak bersembang dengan papa saya sambil bertanyakan ke mana saya pergi bertapa, samada di Gunung Jati atau pun di Bukit Belacan.
Namun yang demikian, pada tahun lepas saya berpeluang berjumpa dengan Puan Aida dan suaminya, Encik Mufis bersama-sama Puan Aini dan Encik Yusuf di sebuah restoran di Ampang Park. Memanglah penat ketika itu kerana saya berkejaran dari somewhere dan terus buat appointment dengan pasangan Aida dan Aini. Setelah bertahun-tahun berkenalan, berkongsi cerita pengalaman hidup, berkongsi rasa susah senang di internet, akhirnya bertemu juga kami di restoran di Ampang Park. Buat pertama kalinya saya berjumpa dengan Puan Aida dan Puan Aini tapi ternyata kemesraan seperti telah berkawan bertahun-tahun lamanya (cuma tak pernah berjumpa). Suami-suami mereka iaitu Encik Mufis dan Encik Yusuf juga begitu sporting sekali. Kami menghabiskan masa dan makanan di situ dengan bergossip sana-sini, mengumpat sana-sini dan membelek-belek album gambar saya yang saya bawakan khas untuk tatapan mereka semua.
Insya Allah bila saya dah bekerja nanti dan mempunyai pendapatan yang tetap dan tidak perlu bekerja di loji minyak PETRONAS di Miri, Bintulu atau pun Labuan, atau pun di lokasi Kerteh, Gurun mahu pun Melaka dan Segamat, saya akan membelanja mereka semua makan di restoran kegemaran saya, iaitu Restoran Patani di Ampang. Sekian, terima kasih.
Yang ni pulak baby kepada Puan Norhayati Abdullah, seorang teman yang saya kenali sewaktu berhingus di sekolah menengah dulu. Panjang ceritanya kalau nak dikisahkan di sini, kelak sampai tiga empat purnama, takkan habis panjang ceriteranya. Jadi nak dipendekkan ceritanya, saya dulu tak kenal pun Puan Yatie ni. Tak rapat pun, cuma mendengar berita dan cerita dan gossip dari kawan-kawan sekolah dulu.
Pertama kali saya berjumpa dengan Puan Yatie ni ialah ketika di dewan besar SAS, sewaktu dia baru saja selesai memberikan pidato dalam pusingan kelayakan Pidato Piala Diraja peringkat Kuala Lumpur. Tapi masa tu saya amatlah segan, dan saya hanya menemankan orang yang rindu dendam 7 8 keturunan dengan Puan Yatie. Saya cuma tersengih busuk seperti kerang yang tunggu dibakar di warung makan Seksyen 18, Shah Alam.
Kebetulan pulak Puan Yatie ni kawan baik kepada tunang kepada kawan baik saya di SAS dulu, jadi secara tak langsung kami banyaklah juga berkomunikasi dan berbicara bersama, baik samada sewaktu dia bujang dan hinggalah waktu dia tak bujang dah. In fact Puan Yatie pernah berada di KLIA sewaktu saya mula-mula nak terbang ke US, tapi dia berada di sana bukanlah untuk menghantar saya, tapi menghantar kawannya dulu. Cisss..tapi tak apa. At least dia ada juga di airport. Malangnya saya telah dikantoikan oleh Puan Yatie apabila dia nampak saya melelehkan air mata di airport kerana terlalu sedih meninggalkan warung cendol di Coloseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Puan Yatie sekarang sedang berada di Cranfield, UK bersama-sama suaminya yang sedang menyiapkan PhD dan Puan Yatie sendiri seorang pemegang Sarjana dari universiti di sana. Dengar cerita Puan Yatie nak jadi tenaga pengajar di UTM bila pulang ke tanahair nanti ya? Mudah-mudahan Puan Yatie suami isteri dapat jadi tenaga pengajar yang baik pada generasi muda kita. Ameen.
No comments:
Post a Comment