Wednesday, June 23, 2004

Antara Cita-cita dan Harapan, Antara Angan-angan dan Kenyataan

Aku percaya ramai antara kita sekarang ni hidup dalam satu kenyataan yang sangat jauh berbeza dengan apa yang kita angan-angan kan. Dan kalau ya pun kita hidup dalam keadaan yang kita angan-angankan, itu sudah bukan lagi menjadi angan-angan kerana ianya sudah menjadi satu kenyataan. Begitu juga pada waktu-waktu dulu, sebelum kita masuk ke universiti atau pun sebelum melangkahkan kaki ke sekolah, kita sudah punya satu cita-cita yang kita mesti kejar walau pada harga yang sangat mahal. Soalnya sekarang, sudah tercapaikan cita-cita itu? Atau pun yang tinggal hanyalah harapan yang seringkali kita angan-angankan untuk menjadi satu kenyataan yang mengesahkan satu cita-cita?

Cita-cita, harapan, angan-angan dan kenyataan.

Yang mana satu wujud dahulu?



Dulu sebelum aku melangkahkan kaki ke luar sekolah, aku sudah ada pelan hidup dalam ruang masa 10 tahun. Bila aku buat pelan hidup 10 tahun aku tu, segalanya nampak jelas, segalanya nampak 'achievable, attainable and doable'. Imagine mindframe of a 17 year old teenager?

19 - 23 - obtain a degree in Chemical Engineering.
23 - 24 - secure a job. Save money as much as he can.
24 - 27 - develop a career. Improve himself in his career.
27 - get married.

So, yang kat atas tu semuanya cita-cita aku.

Tapi sekarang sadly to say, aku berumur hampir 24 tahun (ingat semua, birthday aku 31 Ogos, jangan lupa hantar hadiah, ok?), tapi still terhegeh-hegeh kat universiti untuk menghabiskan study aku. By right aku dah lag setahun dari pelan hidup aku. And of course, everything will be off by 1 year, provided all the things which I've planned is working well lah.

Kalau dulu aku nampak clear semuanya, sekarang ni dah macam ada sikit-sikit jerubu. Ada kabur-kabur sikit itu macam. Dah tak baper clear, kena pakai spek tebal lagi rasanya. So, dari cita-cita, turun sedikit pangkatnya - jadi harapan.

Aku sekarang ni cuma berharap untuk dapat buat apa yang aku dah cita-citakan sebelum ni. Instead of making the list to be as objective as it can be, I opt for making it an outline. Merely a guideline. Timeline di sini semacam dah sudah tak wujud. Jadi harapan ni adalah cita-cita yang tak ada tempoh masa. Flexible? Mungkin aku wajib wujudkan ruang flexibility in my plan of action.

Sekarang ni, lepas melalui bermacam-macam episod dalam kehidupan aku, jerubu yang dulu-dulu sikit sekarang ni dah kira macam jerubu tahap kebakaran hutan di Indonesia dah! Kalau dulu visibility at least boleh nampak laa lagi KLCC dari beranda rumah aku, now jangankan KLCC, nak nampak Menara MPAJ dari rumah aku pun ada slim chance ajer. Kiranya, jerubu makin teruk. And harapan tadi, dah almost menjadi satu angan-angan. So there I am, hit by the reality - kenyataan.

Tapi bila aku duduk-duduk balik lepas solat fardhu, lepas aku fikir-fikir balik semuanya. Sebenarnya tak ada jerubu, tak ada kabus, tak ada ribut monsun sebenarnya untuk ganggu gugat apa yang kita dah cadangkan pada diri sendiri. Pokok pangkalnya sekarang terletak pada kata diri kita dalam hati. Samada mahu atau tak. Samada ingin atau tak. Kalau nak usha awek, usha bebetul sampai dapat. Kalau nak makan tu, biar melantak bebetul sampai kenyang tergolek mati. Kalau nak mandi tu, biar sampai habis air satu kolam tadahan. Pendek kata, kena ada komitmen.



Sekarang ni aku kena betulkan semula komitmen aku. Betulkan niat aku balik. Start to look everything with a positive eye, instead of negativity which clouds my head now. I need to go off from this place one day, escape from every routine I do everyday. It's so tiresome. I need to go off to rejuvenate my inner core, recharge myself and change the engine oil within myself.

So, dua minggu lagi aku akan ke Laurel Park insya Allah untuk menenangkan diri, beruzlah dalam hutan dan berukhuwwah dengan brader-brader Indonesia & Malaysia - berhibur dan beribadah di hutan Laurel Park dalam program Summer Training Camp anjuran Indonesia Muslim Student Association & Malaysian Islamic Studies Group.

Klik sini untuk lihat aktiviti yang bakal disediakan

In the mean time, I will stop write until this Friday. Ada exam final paper EE 305 (Introduction to Electronic Devices) and exam paper Thermodynamic (serious shit kalau aku lepas paper ni, aku nak bakar semua notes Ch E 303 aku nih).

See y'all in a few days from now.

Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir, salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang kukenang...
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepadamu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya, hanya berserah pada Nya
Salam akhir, salam yang teristimewa
Bersamanya kumemohon keampunan
Melaluinya kuberi kemaafan kepada mu.
Andainya aku punya waktu
Masih kuingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu, sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan.

No comments: