Percaya atau tak..kali terakhir aku cakap dengan Along aku was last year. Itu pun tak dan habis 10 minit. Aku rasa dalam 2 3 minit ajer aku bersembang dengan dia, itu pun bukan sembang - soal jawab ringkas.
Bukan busy ke apa..ntah! Aku memang tak bernafsu nak cakap dengan dia. In fact, aku tak ndak pun amik tahu pasal hidup dia. Bagi aku, dia tu orang asing yang aku tak kenal sebab aku terpisah dengan hidup dia sejak dia duduk berasingan dengan kami. Along stay dengan Pak Long kat Lembah Keramat sebab nak habiskan tingkatan 3 dia kat Sek Menengah Lembah Keramat. Masuk Form 4, along ke MRSM Taiping untuk first batch program khas. Lepas SPM, along dapat ke Banting untuk buat accelerated A-Level program.
Tahun 1995 along dapat pergi ke Loughborough, UK. Along dapat satu universiti dengan Mak Long Kesuma. Aku pulak tengah prepare nak amik PMR. Waktu tu aku memang gelabah tak ingatnya pasal PMR jadah nih. So before Along bertolak ke UK, papa dan mummy bawak dia lawat aku kat sekolah. Details yang lain aku tak ingat, cuma satu ajer yang aku ingat, "Ko boleh ke dapat semua A ni?".
Tu ajer yang aku ingat. Itu yang aku sangat-sangat ingat walau pun dah hampir 9 tahun berlalu. And memang lepas tu, aku tak harap apa-apa lagi dari dia. Aku simpan azam, aku nak buktikan kat dia yang aku boleh buat lagi baik dari dia dalam PMR. Although along dulu amik SRP and of course PMR tak sama, tapi aku still nak tunjuk kat dia...aku boleh buat lagi baik dari dia. Alhamdulillah aku dapat straight As dalam PMR. Aku call mummy, suruh bagitau along kat UK tu, yang aku dapat semua A dalam semua paper aku.
Aku pernah cakap kat papa, kenapa Along cakap camtu? Kenapa tak bagi word of motivation instead of teasing me? Kenapa tak jadi macam Mak Long Kesuma yang tak putus-putus bagi nasihat, bagi dorongan, bagi peransang untuk jadi yang lebih baik? Kenapa mesti rendah-rendahkan aku..yang sebenarnya adik sendiri?
In fact, aku pernah juga cakap kat mama pasal Along. Hmmm...aku pun tak ingat apa yang mama komen pasal Along.
In fact, aku amik Chemical Engineering ni pun sebenarnya nak tunjukkan kat Along yang aku boleh berjaya tanpa kata-kata dorongan dia. And aku boleh buat lagi bagus dari dia sebab dia pun amik Chemical Engineering juga di UK sana. Aku bukanlah cita-cita sangat nak jadi Chemical Engineer ni. Ego kuat sangat kot dengan Along ni.
Now adik bungsu aku si Farah pulak yang amik SPM. Aku paham pressure yang dia alami sekarang, sama macam aku went through dulu. Aku selalu cakap kat Farah, gagal sekali tak bermakna gagal selalu. Dia pernah complaint kat aku yang English dia selalu barai. Padahal tak barai mana pun, just nombor dua dalam kelas ajer. Nombor satu dalam English is her classmate, lelaki. Aku cakap, "Haa..apa lagi..ngorat laa mamat tu. Jadikkan boipren, leh study sesama English. Leh cakap omputih selalu ngan dia. Nanti eloklah English Farah nanti!". Aku buat syarat pada Farah, kalau dia nak hantar email kat aku, dia mesti tulis email dia in English. Kalau tak aku takkan layan. And bila aku reply, aku reply in English as well.
Everytime Farah habis exam, aku akan call mummy and tanya apa result yang Farah dapat. Mummy memang dah biasa report kat aku apa yang Farah dapat dalam result exam dia. Kalau keputusan dia bagus ke..tak bagus ke, aku akan tetap email dia and cakap tahniah, cakap dia dah buat sebaik mungkin. Dulu masa Farah dapat 8A dalam PMR dia pun, aku hadiahkan sebuah laptop iBook untuk dia. Sebab itu yang dia mahukan dari aku. Aku nak adik aku dapat apa yang aku tak pernah dapat dari Along dulu. Aku nak adik aku tak rasa dia keseorangan dalam hadapi pressure academic world. Aku tahu aku memang tak rapat dengan adik aku, and aku tahu adik aku ada kakak angkat lagik tuh..tapi aku buat dekk ajer. Aku cakap kat dia, kalau nak mintak aku beli baju ke apa ke, jangan haraplah. Tapi kalau dia nak aku belikan buku untuk dia, insya Allah tak ada duit pun aku akan usahakan untuk belikan dia buku. Besides, aku dah janji ngan papa and mummy yang aku akan jaga Farah bila papa dan mummy dah tak ada nanti. Janji ni aku buat masa aku darjah 6 dulu, waktu balik dari MRSM Taiping lepas hantar Along ke sana.
Setakat ni alhamdulillah, Farah performs very well in school. Now kat MRSM Jasin, MRSM tempat Kak Long Aini and Kak Ngah Aida kita pernah study dulu. Farah dapat Dean's List almost every semester. Mudah-mudahan adik aku dapat go through SPM dengan penuh ketenangan.
No comments:
Post a Comment